Followers

Tuesday, October 15, 2024

Pada siapa untuk aku luahkan?

Waktu sekarang sudah agak lewat. Kedai semuanya pasti sudah melabuh tirai. Rembulan pon pasti tersipu malu di balik pohon nan melambai.

Aku baru sahaja selesai mendengar curhat seorang sahabat. Sedang dalam kesedihan dia kerana teringat akan kekasih lama.

Aku bilang, " Sudahlah... Kamu tidak perlukan dia. Bukannya dia pertahankan kamu. Jadi sekarang fokus sahaja dengan hidup kamu. Perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Allah"

Ehhh rupanya aku sedang menasihati diri aku juga. Aku juga perlu perbaiki diri. Aku yakin dengan perbaiki diri aku akan menarik cerminan diriku untuk datang dekat pada aku.

Jujur saja ada seseorang yang bermain di minda. Namun begitu, aku tidak mampu mendekatinya. Tapi baru semalam aku menonton video Tiktok daripada Prof Muhaya.

Beliau berkata " If you love someone, let them go. Jangan pegang dia"

Maka dengan ini, aku melepaskan dia tetapi bukan dengan begitu sahaja. Aku melepaskan dia supaya dia sentiasa di bawah jagaan Allah. Moga Allah akan sentiasa memelihara dia untuk aku. Seandainya kami ditakdirkan bersama, maka kami akan bertemu pada titik takdir yang Allah dah tetapkan.

Sejujurnya aku tak pernah lupa untuk doakan dia. Tapi kadangkala aku merasa apa gunanya mengejar cinta manusia yang tidak jelas?

Jelas lagi cinta Allah pada aku. Allah tidak pernah mengecewakan hambanya. Tapi aku sebagai hamba yang selalu mengecewakan Dia.

Entah apa yang terdetik di hati aku sampai aku menulis disini. Sebenarnya aku bukan jenis meluahkan segala benda kepada manusia.

Cara aku meluahkan hanya melalui puisi dengan harapan tiada yang mengerti. Tetapi aku sangat mengharapkan si dia mengerti tapi jelas sekali dia tidak akan mengerti.

Dia tidak akan mengerti puisi aku tertulis untuk dia. Dia tidak akan tahu lirikku berlagu kerna dia. Ahhhh jiwang sangat ke aku ni? Iyaa aku seorang pemuitis. Jelas amat jiwangnya.

Tapi entah mengapa tiada siapa mampu hargai si jiwang ini. Jiwangnya tiada berteman, entah kapan muncul sang pangeran berkuda putih. Hahaha jauh sekali anganku!

Sudahlah,aku makin melalut. Aku mahu nonton Tiktok jap. Bubye!



No comments:

Post a Comment