Followers

Wednesday, October 18, 2023

Shopping Shopee Bersama Cuya!

Assalamualaikum, Hello Coconuts! Kelapa-kelapa kesayangan Cuya... kekekek

Alhamdulilah masih lagi diberikan kesempatan dan ruang untuk terus menaip dan berkarya di blog picisan Cuya ni. Syukur juga kerana dikurniakan rezeki daripada Tuhan dalam pelbagai bentuk. Salah satu bentuknya adalah dari segi kewangan. Bila dah gaji, apa lagi en... Kita shopping la! Hehe

Baru-baru ni Cuya ada lah shopping a few barang. Lebih kepada memenuhi keperluan nafsu je ni. HAHAHA  Jom tengok apa Cuya beli

BAJU ALA PERMAISURI AGUNG

Cuya dah lama berimpian nak baju ala-ala permaisuri agung. Wahh kemahennnn
Memandangkan Cuya semangat nak konvo, Cuya pon beli lah. Alhamduliah dah selamat sampai.
Material memang kenalah dengan harga. Memang cantik betul Royal Blue.

Tak sangkalak Cuya, tiba-tiba dapat tarikh konvo. Cuya konvo 21/11 ni insyAllah hari Selasa,
Cuya ambil jubah 29/10 ni. Doakan semuanya dipermudahkan ya...


DOKOH

Tak lengkap la baju tanpa dokoh. Mesti ada yang tak tahu benda berantai ni namanya dokoh kan?
Yalah, orang selalu nampak tapi tak tahu dipanggil apa. Yang orang lama mungkin tahulah.
Satu rantai berharga cuma RM15 je. Kalau kat luar mahal gila waakkk...Berpuluh-puluh harga.

First time Cuya beli dokoh, yalah konon nak bergaya time konvo. Bukan shelalu.. eheks XD


PHONE CASE BRAND MAKANAN
 
Cantik tak?
Cuya ni jenis suka sesuatu lain daripada lain, jadi Cuya carilah phone case yang rare sikit. Al maklum phone case sekarang tersangatlah sendu. Clear dan putih dihiasi printed diamond. Tak melambangkan jiwa Cuya pon. Sampai je phone case, terus Cuya pakai. Excited. Lagi-lagi bila ingat collegue Cuya jenis tukar casing phone hari-hari. Hahhaa Dak Syaza laaaa. Kemahen banyak ler casing dia. Hahaha

Ni dapat beli phone case yang unik macam ni memang syok r. Cuya beli bundle punya.
Total RM20.61 termasuk shipping. Satu phone case ni dalam RM2.99 je... Tersangatlah murah guys


KOMIK GEMPAKSTARZ KARYA ZINT

Lama betul tak beli komik. Alhamdulilah dapat lengkapkan siri yang Cuya kumpul. Cuya beli set bundle RM60 , dapat free gifts sekali. Yang kalau bundle ni memang kena beli direct daripada FB atau IG gempakstarz, takde kat shopee.

Kalau shopee beli yang biasa je la, loose punya.


Dapat bag sekali.


Setakat ni tu jela Cuya beli, duit lebih nak bayar yuran konvo.
Yuran konvo sahaja dah RM175. Okay la tu UiTM, nak dibandingkan U lain, mahal lagi U lain.










8 comments:

  1. wah..mcm2 hasil shoppingan. ok la tu, reward diri sendiri plus bukan selalu kan

    wah..nak konvo.. best best.. moga semuanya dipermudahkan. set skt.. geng UiTM.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah alumni UiTM rupanya MA.... masheh2..
      Aamin :)

      Delete
  2. Pernah teringin nak beli baju Permaisuri tu tapi tak beli beli Jugakk setelah bertaon..hahaha..Tahniahhh, dah nak konvo lah diaaa 😍

    Psstt, lawo casing tuh!

    ReplyDelete
  3. hahaha...komik tu stail Linda dulu2...skang x beli dah...tua dah rase...yg lama2 pun bersepah2x dah...ad yg x ckup bil dah

    ReplyDelete
  4. Saya adalah bekas pelajar UiTM, memang murah yuran universiti ni.. dulunya iTM masa batch saya dulu :)

    ReplyDelete
  5. Congraaaats cuya, dah nak convo. Rindunya saya masa2 convo tuh 😄😄. Eh memang murah nih biaya. Saya lupa fee saya convo tapi mahal seingat saya, apalagi saya kuliah di salah satu private college Penang. Adek saya yg di USM agak murah sikit dari saya.

    ReplyDelete