Followers

Saturday, September 16, 2023

Random Photo Di Tempat Kerja

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Masih ingat ke entri Cuya pergi training di TH Hotel di Kelana Jaya? Alhamdulilah Cuya dah masuk kerja pada 5 Sept 2023. Tapiiii.... Kerja Cuya tu seperti lari scope daripada apa yang dijanjikan. Jadi, disebabkan Cuya rasa Cuya tak boleh teruskan, Cuya telah lalui proses penukaran ke syarikat yang baru.

Rabu, 13  Sept 2023

Cuya dah masuk ke company baru yang memang sesuai dengan job scope dijanjikan. Kerja Cuya juga fleksibel. Cuya boleh buat kerja sambil lepak dimana-mana Cuya suka. Jadi, kadangkala Cuya akan pergi lepak cafe sambil on laptop dan menghirup kopi ais yang dipesan. Pegawai Cuya cakap, Cuya boleh duduk dimana-mana asalkan kerja tetap jalan. Memang Syurga betul kerja macam ni. Hehe

Cuya kerja kat mana? Dekat tourist attraction di Melaka. Buat sementara waktu ni Cuya belum boleh nak kongsikan, sebab Cuya memang jenis tak suka share selagi belum confirm sepenuhnya samada Cuya akan kekal disini, sebab perlukan approval daripada employer Cuya untuk bertukar company.


First outfit kerja ofis

Singgah makan Marry Brown dekat dengan ofis . Jalan kaki je gi sini

Second outfit, baju batik sebab hari Khamis. Pernah tak korang jumpa perempuan pakai kemeja batik?
Jarang sekali kan.. Sekarang korang dah jumpa πŸ˜‚ Baju kemeja ni memang ditempah khas untuk Cuya, jadi kemeja perempuan la.

First time try Stuart's Coffee
Cuya order  Ice Stuart's Little Latte ( Rm14.80). Asalkan kopi semua sedap bagi Cuya. Hehe



Outfit day 3, kena pakai pant suit sebab nak pergi event.







Day 3 masih di Stuart's Coffee
Cuya order  Chocolate Caramel Frappe ( RM16.80) . Kalini try minuman coklat dia pulak. Sedap ajerr


Day 3, pergi event untuk Tahun Melawat Melaka 2024.


Maskot rasmi Tahun Melawat Melaka.
Cuya muka excited gitu.. Eheks

Dengan slogan tahun melawat Melaka 2024
MANA LAGI? MELAKA LER....

Dapat makan petang free.

Dapat berjumpa dengan pengurus kanan Tourism Melaka, tempat Cuya intern semasa diploma.
Puan Asmaliana.

Outfit kerja untuk harini (Hari Malaysia). Semangat kan Cuya? Maklumlah, Cuya hanya boleh pakai baju ni semasa Merdeka dan Hari Malaysia saja πŸ˜‚

Aura dia pakai baju ni lain macam, Cuya nampak outstanding sampai ada orang yang tegur Cuya semasa Cuya beli burger.
"Lawa baju awak...sempena Hari Malaysia ya?"

Cuya mengiyakan sambil senyum kambing. Hahahha

Harini kita try Chocolate Belgium lak.
Cuya dah macam customer tetap lak. Kopak duit nanti. HAHAHA


Tu jela gambar yang Cuya ambil. Cadangnya nak selfie setiap hari untuk outfit. Tengoklah selama mana boleh konsisten macam uncle Gedek. Hehe


Okay, till then.
Adios amigos!







28 comments:

  1. Wow, comel maskot tuh, and nice outfit, Cuya! hehe.. Heaven dapat kerja di mana-mana. Bebas tanpa terikat!
    Air yang diminum semua tu nampak menyelerakanlahh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau environment kerja bagus, mood pon jadi bagus dan tak stress..hehe

      Delete
  2. Ooo.. Pernah intern di BPP ye.. Tanya Asmaliana, kenal saya tak? πŸ˜€πŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu je jumpa dia, jarang2 jumpa dia. Haha

      Delete
  3. Boleh...boleh...seronok pulak akk tengok gaya Cuya :)
    Selamat bekerja, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusannya 🀲

    ReplyDelete
  4. Moga smooth semua urusan Cuya, comelnya berbaju jalur gemilang

    ReplyDelete
  5. Bawak balik la maskot tu... buat bantal peluk! hahaha

    ReplyDelete
  6. cantiklah cuya kemeja batik tu, nampak unik bila perempuan pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari tailor yang pandai potong kain baru nampak cantik.. ada orang yg tk pandai potong kain

      Delete
  7. Saya jenis segan nak ambil ambil gambar sangat... macam la cuya best ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pon tak kerap sangat tangkap gambar..
      Selalu orang yang tangkap kan.. hehe

      Delete
  8. seronoknya kerja cuya..boleh duduk kat mana je, janji keja jalan..yg cuya pakai baju kemeja batik tu memang rare, jarang jumpa perempuan pakai...

    tahun melawat melaka 2024, ala mmg suka cuti ke melaka ni tapi asyikk jammed melekat je..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah kak, Melaka tak sah klo takde jammed... hahahhaha

      Delete
  9. Selamat menjalankan tugas, Cuya. Bestnya dia, selalu mengopi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak... ngopi best, tapi kopak kakk.. HAHA

      Delete
  10. wahhhh ni kerja ke... kerja makan? hahaha apa2 pun selamat berkhidmat & bekerja dgn gembira....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...kerja sambil menyelam minum air.. kekeke Terima kasih! :D

      Delete
  11. comei je cuya..ceria selalu..
    sep sikit..geng kopi!!!

    ReplyDelete
  12. Seronoknya. All the besy Cuya. semoga berjaya di tempat baru

    ReplyDelete
  13. Alhamdullilah sudah kerja yaa....di sinipun kantor"pemerintahan dan swasta ada yg memakai baju batik koq pada hari tertentu...keren dehπŸ‘

    ReplyDelete
  14. Melaka memang asyiiik untuk liburan πŸ‘πŸ‘. Tahun ini saya dah kesana. Tahun harap bisa bawa suami dan anak sekali utk lihat Melaka πŸ˜πŸ‘. Saya sukaaa vibe kotanya. Penuh sejarah juga

    ReplyDelete