Followers

Sunday, June 4, 2023

Selamat Hari Jadi Nacuyaa!

 Assalamualaikum, hello coconuts!

Alhamdulilah harini merupakan hari lahir si bongsu Nurnasuha Mohd Fadzil aka Nacuyaa ke dunia ini!
Banyak suka duka yang Cuya alami sepanjang membesar menjadi dewasa.

Tak banyak yang Cuya boleh perkatakan tapi syukur kerana diberi peluang untuk melalui kehidupan ini.

Jadi semalam Cuya ada post video birthday Cuya. Dalam video tu Cuya sempat menari sikit-sikit bagi meraikan birthday Cuya ni. Alhamdulillah banyak wish Cuya di Instagram dan juga Whatsapp.

Syukur kerana dikurniakan kawan-kawan dan keluarga yang baik belaka.

Family Cuya bukan jenis yang suka sambut birthday, jadi kitaorang takdelah beli kek ke apa-apa. Tapi ibu belanja Cuya burger dan barang-barang ecoshop. Walaupun simple, tapi cukuplah tu untuk Cuya.

Siap ada orang tu belanja Cuya suruh order foodpanda. Dahlah kitaorg jarang berborak, tak sangka masih ingat birthday Cuya. Dunia ni masih ada lagi orang yang baik belaka rupanya. Alhamdulilah....



Burger banyak sos..Sedap!

Masheh awak sebab lanje. Appreciate sangat
Moga awak diberikan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Nanti saya ajar awak menari ya . HAHAHA


Dear Nasuha, dunia ini keras. Aku harap kau mampu hadapi dengan sebaiknya
Kau akan temui dengan kebahagiaan yang selama ini kau cari. Percayalah..
Duka yang kau rasa selama ini akan digantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna untuk kau.
Kau akan berjaya! Kau cemerlang dunia dan akhirat.. Aamin..

Kau akan cari duit untuk ibu ayah, nanti boleh beli gelang emas yang mak kau nak sangat HAHA
Usahalah sebaiknya.

Moga kau ditemukan juga dengan insan yang sudi menemani kau sehingga ke Jannah
Yang sudi menerima baik buruk kau.
Yang memandang kau seperti bidadari dunia
Yang menyayangi kau seperti dia tidak pernah sayang sebelum ini.

I love you Nasuha.


P.S- Berapalah agak-agak umur Cuya? xD










28 comments:

  1. Selamat hari lahir syg. Ibu doakan semoga sentiasa berada didalam keberkatan rahmat Allah swt. Aamiin! ;)

    ReplyDelete
  2. Happy 'bird'day Cuya!

    Semoga diberkati sealu!

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir cuya!! semoga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  4. HBD ya Cuya...belum terlambat kan?...semoga sukses dalam hidup dunia akhirat..amiin

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Maaf cikgu baru pertama kali datang blog orang hebat ni.
    Dah dewasa & cantik anak dara cikgu ni ye..hehe

    Selamat Hari lahir Nasuha ..Cikgu doakan tercapai segala yang Nasuha impikan dan sebutkan dalam setiap doamu anak.Jadi anak yang soleh untuk ibu bapa,anak yang membahagiakan ibu bapa,anak yang tak pernah lupa doa untuk ibu bapa..Semoga Allah Taala memudahkan segala urusan dunia dan akhirat Nasuha dan keluarga..
    Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...

      Terima kasih cikgu sebab sudi singgah blog tak seberapa saya ni.
      Alhamdulilah cikgu atas pujiannya...hehhe

      Aamin ya Rabb.... Moga Allah kabulkan segala doa. Moga doa yang baik2 juga berbalik kepada cikgu.. Aamin ya Allah

      Delete
  6. happy belated bedayyyy cuya cute.
    semoga segala umpian tercapai kelak. aaminn

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday Cuya! Wah, kita sama2 June babies. Birthday akak sehari lepas birthday Cuya 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah yeke..happy belated birthday jugak kak! :D

      Delete
  8. happy birthday cuya yg cantik semoga bertambah murah rezeki dah tercapai segala hajat

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday Cuya..semoga sentiasa dirahmati & dilindungi Allah.. aamiin

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday Cuya. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan serta diberikan kesihatan yang baik. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin... terima kasih kak! Semoga doa berbalik pada akk :)

      Delete