Followers

Thursday, June 1, 2023

Aku Direject Crush

Assalamualaikum, Hello  Coconuts.

Sebelum ini Cuya pernah tulis di satu entri bertajuk 

Bagaimana rasanya di reject dan ditinggalkan?


Dalam tu Cuya mention Cuya tak pernah kena reject. Eh tiba-tiba Cuya teringat insiden zaman belajar.
Cuya direject secara tak langsung oleh crush Cuya.

Empat tahun lamanya Cuya menyimpan rasa suka dan sayang pada si dia. Dialah insan paling lama Cuya suka, jatuh cinta barangkali kau ni Cuya.  Dan si dia memang tahu Cuya menaruh hati pada dia selepas akhirnya Cuya mengaku isi hati ini.

Bayangkan sejak sekolah menengah lagi Cuya cuba mendekati dia. Tapi entah apa yang kami bualkan sebelum ni di Whatsapp dan terkeluar ayat yang berbunyi dari dia

"Awak bukan taste saya"

Dan apa yang Cuya balas?

" Tuhan terbalikkan apa awak cakap nanti baru tahu. Hahaha"

Masa tu Cuya tak kisah sangat dia tak suka Cuya. Memang dia cakap dia tak suka Cuya
 Abih tu yang dia sibuk WS Cuya pagi-pagi buta tu kenapa? Kenapa cari Cuya?

Lelaki...cakap je tak suka. Hati tu Tuhan je tahu. Hahaha...

Ego mengatasi segalanya. Ingat Cuya tak boleh baca ke lelaki ni?

Satu je Cuya nak cakap,

Harini awak cakap awak tak suka saya, esok lusa Tuhan akan terbalikkan kata-kata awak. Masa tu saya dah tak pandang awak lagi. Sebab tu hati-hati bila berkata-kata ya :)

Sekian daripada Cuya yang mencintai hanya pada yang sudi .



10 comments:

  1. wah..bukan main lagi statement dia..bukan taste..emmm.poyo je tu.
    relax je Cuya....kumbang bukan seekor .. gitu kan..
    Good morning & salam jumaat di sini.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tula tu mummy... macam la dia tu taste semua orang...XD
      Salam Jumaat juga :)

      Delete
  2. Mintak nombor telefon budak lelaki tu meh uncle sekolahkan dia... (sambil sinsing lengan)

    ReplyDelete
  3. Kumbang bukan sekumtum.. cari kumbang yang lain pula.. Hehe

    ReplyDelete
  4. Wah jahat bangeet bilang begitu....masih banyak pria baik lainnya kakak Cuya.. semangat 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaaa masih banyak lagi bukan? semangat!

      Delete
  5. eleh cuya, dia yg rugi taknak kat cuya.. nanti cuya jmpa yg lagi baik insya allah

    ReplyDelete