Followers

Sunday, February 26, 2023

Noktah Yang Memujuk oleh Iddin Ramli

Assalamualaikum, salam sejahtera buat pembaca blog Cuya. Sudah beberapa hari tidak aktif di blog atas kesihatan yang tidak mengizinkan. Kini Cuya kembali dengan entri baru. Kalini Cuya nak review buku yang Cuya baru sahaja beli dari Tiktok.

Kalau selama ni Cuya banyak habiskan duit membeli komik, kalini Cuya terbuka hati untuk membeli buku motivasi atau dalam erti kata lain buku healing.




NOKTAH YANG MEMUJUK OLEH IDDIN RAMLI





Isi dalam buku ni pendek-pendek je tapi penuh dengan motivasi. Sesuai untuk semua peringkat umur. Dan yang paling sesuai sebenarnya untuk orang yang sedang kecewa dan perlukannya untuk healing. Macam Cuya la.... HAHA  Memang terasa bila membaca buku ni. Ada juga penulis mengingatkan bahawa Tuhan telah merencana setiap sesuatu dengan cara yang paling terbaik.




Sesuai untuk pasangan, keluarga dan persahabatan.







Allah tu sentiasa ada untuk kita, itu kita kena tahu.


Banyakkan bersabar dengan setiap ujian yang kita hadapi. Pasti akan ada solusi untuk setiap masalah.

Best kan kata-kata buku ni? Memang sangat bermakna bagi Cuya yang dahagakan motivasi. Kena dengan jiwa dan dekat di hati. Cuya dapat habiskan dalam sehari saja. Cuya baca sambil dengar lagu lofi yang diiringi bunyi hujan. Feeling habissss.. hahaha

Sesekali jiwa perlukan makanan sebegini untuk memotivasikan diri. Bagi yang tidak mengenali Iddin Ramli ni, dia bukan sahaja penulis , malah penyampai dakwah dan motivasi di Malaysia. Tiktok Iddin ni selalu lalu lalang kat fyp Cuya, syok dengar dia bercakap. Memang kena dengan diri. Dalam buku ni pon ada selit ayat Quran dan juga hadis sebagai rujukan.






Alhamdulilah ada rezeki lebih, Cuya grab semua buku Iddin. Lagi satu buku otw. Sekarang tengah berlangsung contest Ipad, jadi Cuya pon nak join. Mana tahu ada rezeki dapat Ipad free. Aamin~ 

Kalau korang nak dapatkan buku ni, bolehlah beli di shopee dan Tiktok sementara sedang berlangsung contest Ipad.

Moga buku-buku ni dapat memberi kesembuhan buat hati-hati yang terluka, inshaAllah :)



10 comments:

  1. Terkadang buku2 motivasi seperti ini perlu kita baca, trutama di saat sedang down. Supaya semangat dan terpacu lagi utk bangkit ya 😊

    ReplyDelete
  2. abang zaty ada hadiahkan buku ni dekat zaty and memang zaty suka sangat dengan puisi-puisi dalam tu. puitis dan inspirasi sangat. !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Best betul buku ni...buat diri bermotivasi ^^

      Delete
  3. font apa dia pakai tu agaknya? cantik jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak Cuya uncle, kena call penulis ni.. hehe

      Delete
  4. Kita tagged Cuya balik ye hihihi > https://www.coffeebreakwithme.com/2023/02/la-gourmet-hydration-bottle-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  5. Nice! Banyak kali juga nampak lalu-lalang kat Tiktok

    ReplyDelete
  6. Nanti nak beli jugak buku iddin ni

    ReplyDelete
  7. elok sesekali baca buku healing macam ni yg boleh memotivasikan semula diri kita bila kita dalam keadaan down...

    ReplyDelete