Followers

Wednesday, February 8, 2023

Aku jadi panel program di UITM? Berani ke tuu


Assalamualaikum dan Hello Coconuts!

Malam ni Cuya tiba-tiba nak throwback event zaman belajar haritu. Masih segar di ingatan segala memori yang ada. Cuya nak tulis dekat sini supaya memori ini akan diingati sampai bila-bila. Dulu tiada kesempatan untuk menulis di blog sebab terlalu sibuk dan tak teringat pon nak tulis. Jadi, inilah masanya! Hahaha...

Ceritanya semasa PKP dijalankan, Cuya ada event online which mean Cuya dan kawan-kawan kena bercakap la . Ada yang jadi bahagian media, panel dan juga emcee. Pada asalnya Cuya ni Emcee tapi nak dijadikan cerita, boleh pula last minute Madam Cuya suruh jadi panel. Ala jem! Mentang-mentang Cuya suka bertanya di dalam kelas, dah kita pulak jadi panel. Maka Cuya tanpa ada kata setuju, tetaplah jadi panel. Bedal jela nakkkk.. Orang nak cepat habis event ni. Hahaha


Nampak tak Cuya yang mana satu? Hehe


Jadi panel cerita lain, tapi Cuya nak cerita macam mana idea Cuya dipuji. Nak tahu Cuya buat apa? Cuya buat advertisement untuk war2 kan event kami. Eleh advertisement je ponn, tu pon nak happy ke? Ehh..Advertisement ni sebenarnya teaser atau iklan acah untuk program tu. Nak tengok tak macam mana Cuya promote event ni? Hah tengok di bawahh


Cuya seronok jadi acah2 pemberita. Ada gaya tak? HAHA



Tak ke kembang madam puji kau? Hahhhh Kembang weiiii
Bangga kejap kikiki Bukan senang tak madam nak puji tu yang Cuya screenshot. Boleh tunjuk dekat anak cucu. HAHA!


Cuya rasa macam karya Cuya dihargai. I'm super happy bila orang notice kita. Alhamdulilah. Ni pon menjadi sebab kenapa Cuya gigih tulis dalam blog ni. Cuya nak ingat yang Cuya pernah buat diri ni bangga. Kita kenalah bangga dengan pencapaian diri sendiri betul tak? Siapa lagi nak bangga dengan kita. Hehe

Cuya pon ada buat lagi satu teaser untuk event ni. Cuya enjoy gila buat video sebab idea datang mencurah-curah. Time tengah semangat tu la kena terus shoot.


Ni acah2 di airport pulak. Adoi macam2 gaya la Cuya ni.
Banyak nau idea! Haha

Apa-apa pon Cuya enjoy sangat event macam ni. Walaupon penat, tapi best! Sebab Cuya memang suka bercakap-cakap ni. Memang kena dengan jiwa. Cuya harap nanti bila Cuya kerja Cuya dapat gunakan bakat yang ada sebaiknya. Aamin! hehe

Harap korang enjoy dengan video pendek yang Cuya tunjuk. Alhamdulilah Cuya dah buat yang terbaik untuk event ni, kawan-kawan Cuya pon macam tu juga. Benda dah lama habis. Hahaha

Sekian sahaja celoteh Cuya. Jumpa di entri seterusnya

Adios amigos!




28 comments:

  1. congrats!!! bukan senang tau nak berani bercakap dpn penonton or secara online ni...of coz la kena rasa bangga ..1st sbb berani, 2nd sbb it was a success event..kan.. yeay!!! kenangan semua ni....

    ReplyDelete
  2. orang yg ada keyakinan diri yg tinggi je boleh buat cam ni....

    ReplyDelete
  3. tahniahnyer ., moga terus dipermudahkan urusan cuya seharian ye., aminn

    ReplyDelete
  4. Wow!!! Congrats... keep good work girl...

    ReplyDelete
  5. Sedap suara. Sesuai sampaikan pengumuman.
    Oh UiTM Bandaraya. Seronok tengah bandar. Hehe dahulu rumah dekat Tengkera.

    ReplyDelete
  6. wow! Ada bakat jd penyampai radio mcm KJ ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang teringin nk jdi Dj...hahaha berangan jela mampu hahaha

      Delete
  7. Saya suka denger suara cuya 👍. Renyah didengar 😄❤️. Benar tuuh, harus dari kita yang bangga dengan pencapaian Yangs udah diraih. Kalo bukan kita yang bangga, siapa lagi. Tak kan mengharapkan orang lain.

    ReplyDelete
  8. yang airport tu kreatif betul...hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni semua pengaruh Tiktok punya pasal la HAHA

      Delete
  9. Terbaik Cuya 👏🏽. Betul tu, walaupun perkara dah lama tapi wajib kita tulis sebagai memori. Detik kejayaan kecil yang akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. bagus Cuya! nanti dah masuk kerja boleh teruskan bagi idea2 kreatif. Staff kreatif biasanya menonjol dari yg lain :)

    ReplyDelete
  11. thumbs up for the two videos..creatif Cuya..

    ReplyDelete