Followers

Sunday, January 22, 2023

Bekerja Sebenarnya Untuk Apa? #CuyaCariKerja


Assalamulaikum, Ola Coconuts.

Mungkin ada yang tak tahu, Cuya baru je lepas habis degree . Graduation day dijangka bulan 6 tahun ni. Cuma sekarang masih belum ada apa-apa berita. Macam biasalah, lepas habis belajar mesti kita kan ke step yang seterusnya iaitu mencari kerja.

Mungkin orang ingat Cuya ni macam tak cari kerja, duduk rumah je. Yalah, ada masa untuk up status dan ig story. HAHA Sebenarnya Cuya cari juga kerja tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada 'pegawai besar' yang tapis kerja yang Cuya nak.

Siapakah Pegawai Besar Cuya tu? Tak lain tak bukan Ibu Cuya yang tercinta.

Ada je kerja kosong di kawasan rumah Cuya, bukanlah kerja besar2 tapi adalah kerjanya. Cuya dah siap ambil borang semua. Ada tu dah isi, tapi tiada khabar berita. Ada tu dah isi, tapi ibu tak bagi Cuya hantar borang tu.

Cuya dah search dah kerja kosong kat internet. Tapi ibu ada masanya tak setuju dengan pemilihan kerja Cuya. Ibu ada kata 

"Ibu taknak kau menyesal bila kau dapat kerja tu"

Cuya faham, ibu sangat titik beratkan kerjaya apa yang Cuya pilih sebab Cuya tahu dia cuma mahu yang terbaik untuk Cuya. Walau kadangkala Cuya kecewa dengan jawapan ibu, ada masa Cuya fikir ada hikmahnya ibu memberi pesan sebegitu.

Pernah juga Cuya luahkan rasa kesal pada abang-abang Cuya tentang keizinan ibu untuk Cuya bekerja.
Nyata jawapan abang simple je

"Apa apa pon doa ibu yang terbaik. Abang kerja ni sebab doa ibu. Minta ibu doakan yang terbaik untuk Nasuha"

Bila abang cakap macam tu, Cuya muhasabah diri. Ada benarnya apa abang kata. Tanpa redha ibu, Cuya tak mungkin ke mana. Cuya berjaya sampai sekarang pon sebab doa ibu dan ayah.

Cuya hanya mampu berdoa, akan ada kerja yang terbaik buat Cuya, bos yang terbaik, staf yang terbaik, gaji yang terbaik dan environment kerja yang baik yang boleh buat Cuya suka dengan kerja Cuya.

Aamin Ya Rabb...

Harap pembaca pon doakan Nurnasuha Mohd Fadzil :)

Sebelum tu, kawan Cuya pernah tanya, sebenarnya kita kerja untuk apa? Jawapan Cuya mudah.

  • Kerja untuk membantu meringankan beban ibu ayah
  • Niat untuk bantu diri sendiri
  • Bantu masyarakat
Dan mungkin boleh niat untuk benda baik lain.
Apa apa pon kerja kita, niat kena betul. Niat yang baik akan membawa ke jalan yang diredhai Allah. InshaAllah.

18 comments:

  1. In shaa Allah Cuya sampai masa nanti Allah akan kurniakan apa yg cuya perlukan. Ramai yg mendoakan Cuya. ;)

    ReplyDelete
  2. buat apa shj kerja2 halal. keberkatan hidup akan menyusul

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah, Cuya akan dapat kerja yang sesuai. Masanya akan tiba.

    ReplyDelete
  4. Aku dulu pun tanam anggur (aka menganggur) lebih kurang 8 bulan juga baru dapat kerja. Zaman sekarang lagi tough. Sementara nak tunggu pekerjaan tetap yg sesuai dengan degree, why not buat kerja sambilan lain dulu sebelum menunggu. Cantik sikit CV tu bila ada pengalaman bekerja, plus ada income juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula...Cuya nak juga kerja biasa2 ni....Tapi tu pon kena tapis dengan ibu...hahahah
      Inilah nasib jadi anak bongsu >-<

      Delete
  5. Tahniah ! Semoga dipermudakan urusan selanjutnya. Betul, redha mak ayah tu penting. Tapi keikhlasan hati kita untuk buat sesuatu perkara pun kena datang seiring.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah . CCL doakan cuya dpt pekerjaan yg sesuai . Semoga ibu cuya terbukak hati bg restu cuya bekerja nnti

    ReplyDelete
  7. Tahniah cuya.. Faham juga tu.. Apapun kerjaya semoga diberikan keberkatan rezeki pekerjaan apapun yg cuya lakukan..

    ReplyDelete
  8. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahtnya..mcm adik MA dulu, pun lambat dpt kerja .hikmahnya..dia temankan Ibu..but now alhamdulillah dah keja & dah kawin pun.. in sya Allah, Cuya pun mcm tu jugak tu....moga yg baik2 utk Cuya yer...aamiin.. caiyok caiyok!!!

    ReplyDelete