Wednesday, January 25, 2023

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband



Burung merpati dua sejoli,
Disatukan jua takdir Illahi,
23 tahun bersatu hati,
Melayari segala onak duri.

Bahtera dilayar tak indah selalu,
Tapi dia tetap ada untukmu,
Syukur Tuhan takdirkan kamu,
Dua hati saling bertemu.

Ucapanku mungkin biasa,
Tapi dari hati untuk jiwa,
Moga kamu tampil bahagia,
Di samping sang kekanda.

Tuhan mendengar doamu,
Tadahkan tangan ke langit kamu tuju,
Rahmat Tuhan turun bagaikan salju,
Moga ia membanjiri hidupmu.

Kadangkala hujan membasahi bumi,
Tanda kamu punya rezeki,
Rezeki rumahtangga menjadi-jadi,
Kuasa Illahi tak siapa ketahui.

Doaku untuk mu,
Moga jodohnya dia yang satu,
Rezeki datang beribu,
Sampai ke Syurga berdua kamu menuju.


Aamin ya Rabb

Ucapan Cuya bentuk puisi khas untuk akak dan suami. Harap suka dengan puisi ringkas Cuya..heheh

Jom ramai2 join!

19 comments:

  1. selamat bersegmen.. All the best!

    ReplyDelete
  2. Wah..menarik!
    Pandainya Cuya 👏
    Moga berjaya!

    ReplyDelete
  3. 🥰tqqqq Cuya. Alhamdulillah
    puisi Yg indah sekali. Terimkasih byk2 sudi join
    Aaminn

    ReplyDelete
  4. Wah berpuitis indah! Terbaik cuyaaa..selamat bersegmenn ya

    ReplyDelete
  5. Semoga dikurniakan rezeki menang

    ReplyDelete