Followers

Thursday, July 28, 2022

Dah 2022, Mana Menghilang Cuya??




Assalamualaikummmmmmmm
Hello coconuts!'


Ya Allah, dah bersawang dah blog kita ni.. Ampunnnnnnnnnn

Cuya tak tahu lah kalau ada yang masih ingat  Cuya atau mungkin dah lupa siapa Cuya??
Hahaha

First of all, terima kasih kepada sesiapa yang ada jenguk blog Cuya ni dan Cuya minta maaf sebab dah lama tak post entri baru. Sebenarnya Cuya sedang fokus hal universiti. Memandangkan semuanya online learning, fokus Cuya hanya pada kelas dan assignment.

Great news, harini adalah hari terakhir Cuya sebagai student semester 6 di UiTM.
Sekarang nak kena tunggu results je.  Doakan seketul Nurnasuha dapat result yang terbaik dan graduate first class. Aamin......... :D

Lepas ni, goal Cuya nak cari kerja. Kerja jelah apa2 dulu, mana dapat tu kita kerja dulu kan. Lepas tu baru cari kerja yang stable. Ikutkan nak terus masuk sektor pelancongan, memandang tu bidang Cuya, tapi mak Cuya suruh hold dulu.

Dahlah mak suruh kerja dalam Melaka je...haiya...mentang-mentang kita anak bongsu, hahhahahha
Kita pon teringin keluar Melaka juga, berdikari. Tapi apa2 pon percaya dengan takdir yang Tuhan telah tetapkan untuk kita. 

Teruskan usaha, dan maju ke hadapan!

Salam sayang,
adios amigos! <3

6 comments:

  1. oo patut dah lama tak nampak cuya..welcome back to blogging..moga dapat result yang baik dan berjaya dapat kerja..sekarang ni tak boleh memilih sangat cuya..apa kerja yang dapat, ambik je dulu..cari pengalaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..terima kasih kak atas pesanan... :)

      Delete