Thursday, July 28, 2022

Hadir Tiba -Tiba





Hadir tiba-tiba,
Mengetuk pintu hati,
Jodoh tak pernah salah alamat
Apa salahnya kalau sudi,
Detak jantung berlagu melodi,
Adakah ini cinta atau mimpi?

Senyum sampai ke telinga,
Kuharap kau tak sedar terleka,
Layanan manja mu buat diri tak semena,
Bak kata orang mandi tak basah,
tidur tak lena.

Hadir tiba-tiba,
Apa kau jatuh dari Syurga?
Dicipta khas untuk aku,
Ternyata kau bijak berkata,
penuh dengan pujangga,
buat terkesima dengan bakatmu.


Aku rasa dah jatuh suka,
Kerna kita kian mesra,
Boleh ke kau jadi aku punya,
dan kumiliki selamanya?



4 comments:

  1. Pak pak pung ketipak ketipung bunyi kompang 🎵😆

    ReplyDelete
  2. seronok baca puisi. diri sendiri dah lama tak melirikkan pena

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la tulis puisi...mana tahu dapat ilham

      Delete