Friday, April 19, 2019

Masak Apa tu? (Cerita Pendek)



"Mak , harini masak apa?" kata aku pada mak.
"Tengoklah dalam periuk ada bubur kacang merah.Air sirap pon ada tu..." mak membalas
Aku pun bergegas berlari ke dapur.Bau masakan mak sungguh menyelerakan, aku dengan rasa seronoknya tinjau ke dalam periuk.
'Wah!Nampak sedaplah..' getus hatiku.
Aku mencedok bubur kacang ke dalam mangkuk.Bukan sedikit ,tapi dalam kuantiti yang banyak.Maklumlah,perut sudah berdondang sayang.Aku menghirup perlahan bubur itu.
'Erm...lain macam pula bubur ni,tapi sedap!'.
Aku makan dengan rakusnya.Habis comot pipi aku.Aku hampir tercekik lalu aku memegang leherku, mengharapkan benda yang tersekat di dalam kerongkong keluar.
"Eh,kacang?Herm..Patutlah sedap." ngomel aku.Lalu, aku hirup air sirap yang mak sediakan.Rasanya luar biasa!





Usai makan aku memeluk mak di pinggangnya.
"Mak...sedap mak masak harini.Mana mak dapat bahan-bahan tu? Kita bukan ada apa-apa pun dekat rumah ni."
"Ala..mak cincang daging ayah kau je.Air sirap tu perahan daging dia la tu..sedap kan?"
Aku tersenyum sambil mengangguk kepala.Haritu merupakan hari bahagia aku sebab dapat makan makanan yang paling sedap!


                                                  


Apa macam,seronok kan dapat makan bubur kacang?ngeh3~

5 comments: