Followers

Saturday, June 17, 2017

SGShop Malaysia 10xRM100 shopping credit giveaway by Iman Abdul Rahim






Tarikh penyertaan
 10 Jun 2017 - 18 June 2017 11.59pm.


Melati kuntum tumbuh melata,
sayang merbah di pohon cemara,
pemanis kalam awal kata,
Awal bismillah pembuka bicara.

Buah nona di mana2,
Enak dimakan begitu sahaja,
Ayuh kawan teman semua,
kita sertai GA yang ada.




Giveaway hebat belaka,
sehebat penganjurnya,
dari tadi duk bercerita,
apa syarat2 nya?








How to win:
1. Kena ada blog. Buat satu blog entry, apa yang korang nak beli kalau dapat RM100 shopping voucher. Tajuk dia: "SGShop Malaysia 10xRM100 shopping credit giveaway by Iman Abdul Rahim"
2. Follow my blog.
3. Follow Facebook SGshop Malaysia & Instagram SGShop Malaysia.
4. Jangan lupa letak banner giveaway ni dekat entri korang and backlink to this post tau.
5. Tinggalkan nama, email, dan link entry korang dekat ruang komen kat sini

Ok siap!

10 pemenang akan dipilih berdasarkan creativity & blog entry paling best.



Saja beli kerepek ubi,
kerepek ubi warna warni,
Hadiah sungguh menarik sekali,
Moh la kita join sekaki!



Ibu masak makanan enak,
Enak dimakan begitu saja,
Biar aku berfikir sejenak,
Mahu beli barang apa,



hah tahu dah!


Sebelum tu.jangan pelik kalau blog saya penuh dengan pantun.Ya!Saya suka pantun!Ia mengasah minda saya untuk berfikir.Walaupun pantun tak serupa pantun pun..kekekeke
Kadang2 terasa macam buat puisi pun ya jugak .. XD



Entah kenapa dan mengapa,
kau menarik di mata,
apakah aku gila,
kerana dirimu bergitu berharga.


Gayamu penuh hiperbola,
Orang kata kau'style la!',
Harga pun berpatutan juga,
Mampukah kau ku miliki jua?

Banyak benda yang ku cari,
kau jua pilihan hati,
Jangan sesekali kau benci,
dirimu pasti ku miliki.

Allah!Macam jiwang karat pulak~~~ XD


Feel kena ada~

Warnanya yang menawan,
buat hati tak tenang,
hati ku mula tertawan,
ku pohon agar ku menang.



Sebenarnya,banyak barang yang boleh dibeli di sgshop.Terlalu banyak pilihan!So,saya tak tahu nak pilih apa,tapi hati duk berkenan  dengan headphone ni ,sampai ada yang komen di blog.Kaki gamers ke awak ni?Hahaha...

Saya memang dah lama nak beli headphone sebab headphone semua dah rosak...ada patah..earphone pun hilang..sadis2...Nak tengok movie pun tak syok la kan?

Saya tak geti bodek owner giveaway ni...so macam mana ek? =P
Nak menang,tapi nak secara halal.
Kalau camtu,jom nikah?kekekee

Okay gurau.Saya perempuan la!


Feel2 juga,
Mahu berjiwang sampai bila?
Skrol tak semena,
entri nak habis dah?

 
Ayuh teman ayuh kawan,
menyertai GA yang sangat menawan,
jangan malu jangan segan,
hadiah di tangan mudah-mudahan.

Hati rasa sungguh gembira,
andainya dapat memiliki semuanya,
saya terus berusaha,
buat yang terbaik untuk berjaya.


Tuah ayam di kaki,
tuah manusia Tuhan yang tahu,
Manalah tahu ada rezeki,
Hadiah utama milikku.



Moga anda dirahmati Tuhan,
Menjadi seorang insan,
yang beriman,
dan menawan.


Akhir kata daripada saya,
selamat maju jaya untuk semua,
moga penganjur gembira sentiasa,
dimurahkan rezeki oleh yang Maha Esa.






Pantun dan lukisan adalah daripada saya sendiri.kekeke
Sayalah yang berpantun.,sayalah yang melukis.
Certain je saya amik dari google



1 comment:

  1. Singgah :)

    http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2017/06/sgshop-malaysia-10xrm100-shopping.html

    ReplyDelete