Wednesday, December 17, 2025

Rezeki Harian

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Bosan tengok reading list, takde orang nak update entri baru ke? Cuya ternanti-nanti entri korang tau sementara Cuya ada masa free ni nak lah blogwalking.


Ni cerita semalam beli lagi Char Kuey Tiow dekat pekan Jasin. Untuk Cuya beli CKT kerang jadi Rm8. Dia lebih berasa daripada CKT biasa. Memang lain sikit. Semalam lak hujan, Cuya je customer yang order. Sian peniaga tu. 

Dengan anak-anak dia pon teman dia niaga. Kecik2 dah kena datang kedai, nasib baik dah nak cuti sekolah.

Ni cerita harini. Cuya masakkan nasi goreng. Rumah ni asalkan ada lebihan nasi je memang jadi nasi goreng la citenya.

Nasi goreng dan kami berpisah tiada. Hehe

Minum juga sekole kopi stevia. BTW, harini hari terakhir iaitu hari ke 100 Cabaran Kurangkan Gula Cuya. Yeyy esok boleh celebrate!

Pastu Cuya teman ayah pergi DIY sebab nak beli Electric Thermo Flask untuk kegunaan rumah.


Ni jenama DIY. Harga Rm119. Baru nak mencuba guna. Harap boleh guna lama.


Pastu harini keluarkan Cuya mekap, ayah kata rupa Cuya dah macam opera cina . HAHAHAHA

Pastu Cuya cakaplah, Ayah je tak pernah nampak orang mekap gini. Saja je ayah nak cari pasal dengan Cuya.

Mekap Cuya dah sehabis comel tau. 😂 Biasalah orang lelaki tahu apa pasal mekap kan? Yang penting kompiden kena ada. Orang ngata kita, kita tak peduli.


So macam mana dengan hari Rabu korang?
Tolonglah update entri banyak sikit guys, Cuya nak komen ni. Hahaha



Tuesday, December 16, 2025

Kenangan lalu #CampakBelakang

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Entri Campak Belakang lagi aka Throwback.
Saja throwback sebab nak clearkan galeri.
Cuya nak share gambar tahun lepas Cuya kerja di Malaysia Heritage Studios.

Cuya biasanya akan jaga rumah Negeri Sembilan dan dekat situ ada batik painting.
Disitu juga kenangan kena ganggu dengan monyet durjana. Seram betul sampai kena sorokkan diri dalam bilik gelap, dah tak kira dah ad hantu ke apa. Janji selamat drpd dikokak monyet liar. Hahaha



Antara lukisan batik yg boleh dipilih untuk painting. Rm20 je, lepas kering boleh bawa balik batik tu.

Ni Cuya dapat jumpa adik yang tengah photoshoot untuk Hari Merdeka. Cantik betul pakaian dia



Ni rombongan sekolah cina datang sini. Pastu ada budak cakap cina dengan Cuya, Cuya pon acah2 faham jela sebab Cuya faham la sikit2. Tapi kelakar la sebab tiba dia ajak borak in mandarin 🤣.




Sesi potong topeng. Cuya jaga sini sebab tu kena pantau budak budak ni.








Ni adik cilik pandai dia warna batik, kreatif warna yang dia guna. Ada bakat besar ni.


Antara couple yang purchase batik ni.




Ni Cuya masa siram pokok. Dulu pakai uniform gini, sekarang dah takde uniform ni tapi pakai pakaian traditional. Syarikat pon ada belikan pakaian traditional kalau nak pakai. Seronok lagi pakai pakaian tradisi daripada uniform cuma ada costing jela.


Tu jela nak throwback. Nak godek lagi folder camera kot2 ada gambar yang tak pos lagi, boleh la buat entri. Cuya bukan jenis tulis draft untuk entri, Cuya tulis dan terus post senang takdelah terlupa.

Till then, adios amigos.


Rupanya dari kecil aku suka menulis #CampakBelakang

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Cuya saja skrol folder kamera Cuya, lepastu ternampak gambar kenangan masa zaman sekolah rendah.

Rupanya Cuya dari dulu suka menulis diari. Dan isi diari tu memang lawak la bagi Cuya. Al maklumla, budak2 hingusan. Dengan tulisan penuh cacar marbanya. Tapi Cuya tak malu nak share, saja sebagai kenangan.


Tarikh 21/7/2008 . 17 tahun lalu dan Cuya masih simpan buku diari ni. Dulu Cuya ada sysyok kat classmate sendiri lepastu kantoi sebab bestie Cuya suruh confess kat mamat tu. Disebakan Cuya dipaksa, maka Cuya kenalah tulis surat kat mamat tu. Surat tu berbunyi begini.

" Kau suka siapa?"


Lepastu mamat tu reply balik surat tu.

" Ya aku suka NURNASUHA BINTI MOHD FADZIL"


LAAAA kita tak bertepuk sebelah tangan! HAHAHAH.

Cuya ingat lagi, sampai ke skola menengah dia masih suka Cuya tapi Cuya je dah ada orang lain. Kekekeke 




Masa ni konon jual mahal taknak minat mamat tu. Padahal memang suka kat dia. Kuang kuang kuang 😂 




Petua bibik. Betul la eh, kalau kita Benci seseorang, lama lama jadi Benar Cinta. Sebabtu orang cakap jangan selalu benci orang nanti jatuh cinta. Make sense! Hahahaa


Masa ni dah fasa benci mamat tu la rasanya. Konon dah tak suka tapi senanya suka ajer.
Biasala perasaan turun naik. Hahaha kenangan betul lah. 




Konon dah taknak dia padahal dalam hati ada cinta. Hahahaha


Memang cinta monyet pertama Cuya. Zaman dulu ada Yahoo Messenger jadi Cuya selalu borak dengan bestie Cuya. Gosip2 la kan. Bestie Cuya rapatlak dengan crush Cuya ni sebab tu dia kenen kenen kan.


Seronoklah memori zaman dulu-dulu. Tak fikir masalah apa pon. Nak main main je, nak cinta monyet cinta ajer.

Cuya berterima kasih sangat kat bestie Cuya sebab created good memories bersama. Kalau tak kerana bestie Cuya, mesti Cuya tak berani nak approach crush terkini Cuya.

Crush terkini Cuya pon sama sekolah dengan Cuya dulu. Dia pon belum kahwin tapi hati dia lom terbuka untuk Cuya lagi. Marilah kita ramai2 doa supaya hati dia terbuka untuk Cuya. Aamin

Till then, adios amigos.


Monday, December 15, 2025

Green Pistachio Spread

Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥 

Alhamdulilah parcel yang Cuya nantikan dah selamat sampai. Cuya beli sapuan ataupun spread di TikTok. First time keluar iklan TikTok, ni semua abang madnor punya pasal dia promot. Kita pon sapot la dia sebab minat jugak dengan celoteh abang madnor.


Cuya beli Greeny Pistachio Spread yg crunchy punya sebab Cuya suka kalau dapat rasa kacang dia.

Harga takyah cakap memang mahal la sebab kacang Pistachio kot .

Botol besar Rm42

Alhamdulilah banker Cuya bayar, sape lagi kalau bukan abang Cuya 🤣. Tiap bulan ada aje Cuya pau dia, maklumlah abang bujang. Hehehe


Sebenarnya warna dia hijau macam matcha tapi sebab lighting jadi nampak gelap.

Boleh sapu kat roti, biskut, buat air, kek batik dan segala macam manisan la sesuai.
Cuya sengaja beli yang besar, kang menyesal beli yang kecik.

Apapon memang puas hati makan. Rasa dia rasa kacang Pistachio yang lemak berkrim. Perghh paduu toqq. Yang penting FREE. HAHAHA.

Ada yang kata rasa dia macam pistachio aiskrim llao llao, tapi Cuya rasa beza sebab ni lagi likat. Yang Llao Llao tu memang sedap favourite Cuya. Tapi puas hatilah makan spread ni, tak nyesal beli.

Review pon semua bagus bagus. Kalau korang berminat boleh beli kat TikTok. Botol kecik pon ada kalau nak cuba2. Ada dua jenis satu crunchy satu yang kosong.

Alhamdulilah 

Till then, adios amigos.

Nota kaki: Bulan depan nak pau abang apa pula ya? 🤣


Rezeki yang tidak pernah habis


Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Semalam abang Cuya yang duduk di Merlimau singgah ke Jasin. Dia memang selalu jugak balik rumah sini. Dia bawa sekali satu keluarga dia datang termasuk anak-anak.



Akak ipar Cuya buatkan cheese tart. Pandai dia buat shell tart ni, bukan biasanya orang beli yang dah siap ke. Entahla
Tapi memang sedap. Cuyalak penggemar cheese memang kenalah dengan tekak 




Pastu akak ipar bawa rambutan daripada kampung dia. Besar besar buah dia. Sedap.
Ayah Cuya semestinya yang paling suka dengan rambutan.

Cuya biasa-biasa je.

Nampak besarkan buah dia. Puas makan . Ni Cuya dah siap kupas yang hujung hujung nak masuk fridge.

Alhamdulilah rezeki Allah beri yang tiada habisnya. Kadang tu kita tak minta pon pada Allah, tapi Dia tetap beri.

Nikmat mana kau dustakan?

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. 💕 


Till then,  adios amigos.

Followers