Friday, October 13, 2023

Bukan Takdir Kita


Malam semakin tua, aku disini masih leka mendengar lagu-lagu melankolik di Youtube. Mendengar lagu sedih membuatkan hatiku sayu dan terasa sedih sekali. Entah apalah yang mengetuk  pintu hatiku.

Air mataku hampir mengalir tanpa sedar. Aku sendiri tidak tahu apa punca sebenarnya. Terluka ke kau ? Sakit ke hati tu? Siapalah yang mengguris hatimu itu.

Kenapa hidup tak selalu bahagia? kenapa hidup tak selalunya indah ya? 
Kenapa kadangkala terasa kosong?

Kenapa pertemuan dengan seseorang itu ada suka dan duka? Kenapa pertemuan itu kadangkala hanya untuk seketika. Kenapa kadangkala pemergian orang lain itu tidak diiringi dengan ucapan selamat tinggal?

Terlalu banyak persoalan di kepalaku.

Aku terlalu sakit untuk memikirkanya.

Benarkah ini semuanya ujian untukku? Bila terlalu sayangkan sesuatu, Tuhan mengambilnya daripadaku?

Lelah. Lemah.

Bagaimana dengan aku? Terlanjur menyayangimu...

Terlanjur sayang seorang teman itu gak nyaman juga ya?
Terluka dan menangis tapi ku terima.


Thursday, October 12, 2023

Bekerja sambil Berjimba hanya di Malaysia Heritage Studios


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini memang penat bekerja sebab kena fokus tengok nombor dan hadap laptop saja. Jadi memandangkan kami nak tak boleh nak hadap je laptop tu berejam, dapatlah kami jalan-jalan di sekitar kawasan kami kerja.

Minggu ni kami kerja dalam Malaysia Heritage Studios. Dulu Cuya dah pernah pergi sini dengan member kerja lain, boleh baca entri dia.



Kalini Cuya ajak rakan kerja baru Cuya, dak Syaza dan Mirah... Kesian Faris tak dapat join kitaorang, sebab dia tak buat kerja ofis. Dapat jalan kejap je sebab ada tuntutan kerja kan.

Muka yang awalnya terlalu serius menghadap kerja

Terus jadi cheeky dan happy je muka tu bila jalan2 Hahahaha








Cuya dijemput untuk naik ke atas pentas sebab Cuya ngn budak2 ni menyambut bila dia tanya soalan.
Dah biasa dah kena naik atas pentas ni dari dulu.. hahaha

Diorang ajak main game menari. Bedal la menari, walaupun takdelah pandai mana. Ada videonya, malas nak pos sini, pos status WS jela. Hehe



Lepas menari dapat sebijik dodol dan gula2. Sedap dodolnya. Bolehlah buat nghaso nghaso,,, ehhehe



Cuya ajak Syaza dengan Mirah menari sekali. Mana boleh Cuya je kan....Hahaha

Hah tepokkkk


Ewahh ewahhhh




Bersama penari-penari Heritage Studios


Saja nak posing macam penari gitu...Eheks



Mirror selfie di Rumah Kedah Negeri Jelapang Padi.
Yang kuning-kuning tu padi la.

Selfie kit


Haritu ada blogger yang cakap Cuya kena selfie berdua ngan mirah sebab kitaorang kan havoc gitu. Hehe

Pekerja traktor padi. 


Nampak jodoh lalu.

Hello, sape tuuuuu tak dengar la~


Nak cakap dengan mak?
Mak takdee...Ibu ada lahh..

Hahahha

Asal Cuya macam sopan je ni... ni bukan Cuya ni,
jelmaan ni... HAHA

Okay, gambar tak banyak. Tunggu kami explore lagi kay. Banyak masa lagi ni. Hehe
Kitaorang kerja macam tak kerja ya. Santaiiii
Sampai Syaza punya kawan pon ingat dia tak kerja, sebab hari-hari relax je kerjanya. Hahahha

Kerja tu ada, tapi santai aja laa.... Nak kalut nak kemana en? Hehe

P.s- Faris sorry takde dalam ni. Next time ehhhh
Hahaha





Wednesday, October 11, 2023

Hadiah Giveaway Blogger Faezah Mdnor Udeh Nyampeyy

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Alhamdulillah hadiah daripada giveaway blogger Faezah dah sampai!

entri giveaway Cuya join- SINI

Cuya menang tempat ketiga dan hadiah dia Cuya boleh pilih sendiri antara 3 pilihan yang ada. Dan pilihan Cuya adalah....

Jeng jeng jeng... 

Uyoo dapat surat cinta wakk... hehehe


Apakah ituuuu You see what i see? 😜


Cuya pilih Totebag nama Cuya! Yang kartun tu Cuya lukis digital tau, bukan pada bag 😂

Bag ni simple tapi nampak ekslusif gitu sebab hitam kan. Hitam kan premium gitu. Gabungan warna antara gold dan hitam memang kena sangat! Cantik gilos. Lepas ni bolehlah Cuya melaram dengan bag baru. Ngeh ngeh...

Material bag pon just nice. Font yang Faezah lukis pon cantik sangat. Tangan berseni gitu!

Korang nak order, pm je blogger Faezah. 

Ig @ARTOTES.CO

Takpon singgah je blog dia






Masheh blogger Faezah sebab anjurkan Giveaway yang Daa boom!! 💥 Moga sentiasa dimurahkan rezeki seperti mencurah-curah hujan yang turun ke bumi, seperti air zam-zam yang tidak pernah habis, seperti buih-buih di lautan dam sederas sungai yang mengalir .

Aamin ya Rabb

Bagai bulan dipagar bintang,
Bag cantik kini ku pegang,
Terima kasih Faezah sayang,
Bikin hatiku melayang-layang 😘💋



Monday, October 9, 2023

Pengalaman Terkena Gangguan Seksual

Ini adalah kisah benar yang berlaku semasa Cuya di sekolah menengah.

DI BAS STESEN:

Pada suatu hari, ketika itu semua pelajar sibuk untuk pulang menaiki bas. Begitu ramai sekali pelajar daripada pelbagai sekolah berkumpul disitu. Cuya masih ingat masa tu Cuya form 2.


Cuya sendiri tak terkecuali untuk menunggu bas disitu. Cuya balik bersama rakan sekelas. Dalam Cuya tengah berjalan di situ, tiba-tiba......


Seorang remaja lelaki datang mendekati Cuya.



Dia datang makin dekat....

















dan dekat......















dan dekat....









Sampailah Cuya tersandar ke dinding dan kedua-dua belah tangan lelaki tu seolah menolak ke dinding dan menghalang Cuya daripada bergerak. Macam drama gitu!



Dia merenung tajam ke dalam mata Cuya.
Cuya tengok dia.
Dia tengok Cuya

'Ahhh budak ni bukan ke junior aku budak form 1?'






"Ish,orang tengok laaa"

Kata Cuya pada lelaki tu

'Budak ni apa pasal ganggu aku ni... malu la orang tengok'


"Biarlah..."

Kata lelaki tu seolah-olah macam takde orang sekeliling kami. Sedangkan banyak mata yang memandang kami!


"Pergilah mangkuk!"
Cuya mula marah dengan dia. Geram bercampur malu!




Dia semakin mendekatkan diri dengan Cuya...seolah-olah nak cium Cuya.


"Aku! Aku mangkuk!"

Sebab Cuya dah takut sangat, Cuya cakap la macam tu


"Mangkuk apa?" kata lelaki tu saja mengusik Cuya

" Aku mangkuk vintage, mangkuk berjenama ,ko mangkuk tandas"

Sempat Cuya bergurau bagi menghilangkan rasa takut.



"Eeee dah lah mata bulat! Best kalau buat bini ni"

kata lelaki tu.

Lepas tu Cuya tak ingat apa Cuya cakap dengan dia... dan dia pon berlalu pergi.
Masalahnya dia bercakap dengan Cuya masih dalam posisi ala drama kat tv tu!

Memang advance betul budak ni la. Dia ni junior sekolah Cuya.
Cuya tahu dia ada hati dengan Cuya sebab memang banyak kali dia buat benda ni kat Cuya. Kat tengah2 orang ramai lak tu!

dan ceritanya tak berakhir masa zaman form 2 je. Kejadian yang lebih dasyat berlaku semasa Cuya form 4. Masih dengan lelaki yang sama. Ada masa nanti Cuya cerita..

Macam ni pon kira gangguan seksual kan... stress kepala otak melayan.


Tapi tak dinafikan mamat ni hensem. Dah la atlet sekolah. Kekeke

tapi nakal la haiiii... hahhahah






Sunday, October 8, 2023

Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2023 di MiaLiana.com bermula pada 2.00 petang 8/10/2023 sehingga 11.59 malam 11/10/2023. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  13 Oktober 2023.

** jom support Mia Liana....









Followers