Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Sebelum ni Cuya pernah beli Printable Planner dari owner yang sama iaitu ContengConteng. Rasanya Cuya beli tahun lepas . Dan Cuya masih simpan segala file planner tahun sebelum ni .
Ceritanya tahun ni ContengConteng masih mengeluarkan produk yang sama tapi berlainan versi tapi masih planner cuma untuk tahun 2023 pula.
Yang paling bestnya pasal planner ni adalah apabila planner ni kita boleh bayar seikhlas hati dan boleh print sendiri di rumah . Dahlah cantik dan cute plannernya, harga sesuka hatilak tu kita nak bayar. Cuya boleh jamin korang akan puas hati dengan planner ni.
Macam Cuya, Cuya akan print bila Cuya nak guna je. Kalau tak guna, simpan dulu dalam laptop atau hard disk sebab boleh guna di masa akan datang.
Banyak gila pages yang korang boleh dapat dari planner ni. Sangat sesuai untuk mereka yang suka plan dan menulis. Bole bagi anak-anak juga untuk belajar tracking diri sendiri.
Cuya bagi 9/10 ! Best gila print sendiri je.
Kalau korang berminat bolehlah contact owner ig conteng2 tu. Cuya ni sebenarnya salah seorang peminat owner conteng2 sebab asalnya pemilik planner ni seorang blogger. Dia pon ada jual buku komik dan Cuya sememangnya ada koleksi buku dari conteng2 ni.
Gambar sumber Mr Google.
Conteng2 ceritanya selalu dekat di hati. Rindu entri2 dari conteng2.
Korang jangan lupa dapatkan planner dari Conteng2 tau!




.jpg)





