Sunday, August 17, 2025

Kita Bercuti-Cuti Malaysia!

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Lamanya tidak bersiaran akibat daripada kemalasan yang melanda diri. Cuya sibuk lahhh. Eleh propa je lebihhh

Sibuk apaaa, sibuk bercuti! Yeszaaa

Pada 12/8/2025 bersamaan hari Selasa lepas Cuya pergi bercuti bersama bestie Cuya buat pertama kali! Yaaaa... Ni kali pertama Cuya bercuti bersama sahabat baik Cuya dari zaman Diploma.

Sebenarnya tujuan asal bercuti bukanlah semata untuk bercuti tetapi bagi meraikan bestie Cuya yang bakal bernikah di Kelantan. Tetapi disebabkan kami tak dapat ke Kelantan, maka plan bertukar untuk berjumpa di tempat kerja bakal pengantin.

Ke manakah kita? Kita ke GENTING HIGHLAND!

Cuya tak sangka di usia sekarang Cuya kembali ke genting setelah bertahun tak pergi ke sana. Ni kira kali kedua Cuya jejak ke Genting dan Genting dah berubah wajah!

Jom ikuti perjalanan Cuya ke Genting!


Dah beli tiket online daripada Melaka Central ke TBS

Dah lama tak naik bas pergi jauh jauh ni. Seronok!


Cuya bersama 4 bag. Jarang la Cuya tak bawa banyak barang 😂 

Luggage Garfield 
Bag sandang
Sling bag aliff syukri
Hadiah  kahwin bestie



Bersama bestie Cuya , Liza


Sampai TBS dalam 2 jam lebih

Bas kami kul 9, risau Cuya sebab Liza last minute datang Melaka Central.
Nasib baik sempat 

Bila sampai TBS,
 kitaorang singgah makan subway sebab Cuya suka Subway


Pastu singgah I Love Yoo.

Bas dari TBS ke Awana Genting kitaorg book pukul 2.30 ptg


Pastu beli white coffee.


Siap buat reminder dalam phone sebab Liza ada gosip hangat nak cite!

HAHAHAHA

Memang Liza spill habis gosip.Terkejut akakk...hahahaha


Menunggu bas Billion apatah untuk ke Awana Genting

Sampai Genting dalam 1 jam lebih


Tahu tahu dah ada dalam cable car.
Mula mula macam gayat gak sebab first time lepas tu cable car macam laju awal tu.

Lepas tu dah naik banyak kali okay je senanya. Propa lebihh 😂 



Maafla dalam entri kalini kualiti gambar semua berbeza sebab dari 3 phone berbeza. Hahahahaha

First time Cuya naik turun 8 escalator!

Punya la tinggi kawasan dia.
Alhamdulilah ada escalator, cuba kalau tangga??? Matilanakkkk

Hahahahaa


Sebab kitaorang cuma stay 2 malam, kitaorang amik hotel bajet yang murah 
Iaitu The Arts Room Boutique Hotel di Chin Swee Temple.

Harga hotel dalam Rm240++ untuk 2 malam

Tapi kalau walkin rasanya lebih murah sebab kitaorg tengok dekat kaunter murah


Dah sampai mesti mirror selfie


Lepastu naik atas lagi guna cable car untuk pergi area tempat shopping, makan makan sebab nak jumpa bestie lagi sorang


Liza suruh amik gambar dekat anime Demon slayer sebab dia peminat cerita ni.
Layankan ajer...hahahah



Makan dekat Pepper Lunch. Katanya viral tapi Cuya rasa biasa ajer la. Daging dia sedap la

Makan bertiga je dah 100++
Matilanakkk
Hahahahaha



Aiskrim favorite Cuya!

Lama tak makan

Harga macam lebih kurang je dengan kedai bawah dari Genting.
Cuya perasan kedai macam Family Mart, Llao llao harga macam sama ajer



Ni la trio zaman diploma.
Kemana bertiga aje. Nak ngata orang pon antara tiga je HAHAHA 🤣 

Ni selepas 7 tahun tak bersua muka tau.
Tapi dengan Liza Cuya dah jumpa banyak kali dah. Dengan yang belah kanan, Qeela je tak pernah jumpa.


Qeela dari dulu sampai sekarang maintain je, cuma makin berseri dan lawa.
Sama macam Liza, kulit makin cerah dan cantik.

Wah masing2 dah glow up.

Qeela pon siap memuji Cuya dah pandai makeup dan dress well.

Qeela cakap dulu2 kita semua selekeh. HAHAHHA

Tak dinafikan...
Kulit Cuya pon breakout teruk 

Tak sangka dah cecah usia sekarang. Alhamdulilah 






Pakai kamera Qeela gambar padu terokkss

Cuba teka siapa yang tangkapkan?

Tunang si Qeela. Diorang dua sama2 kerja di Genting. Berjumpa jodoh kat sini lerr..hehehe









Esok harinya Cuya dan Liza naik atas lagi sebab kitaorang nak main outdoor themepark. Tiket tengah murah cuma Rm62  sorang


Ni pon Liza suruh tangkap gambar.
Memang manjang dia yang suruh amik gambar sebab Cuya tak terasa nak tangkap gambar pon.

Ikut kan ajer laaa . Dapat jugak share dalam blog. Hehe 



Taktahu kamera Cuya yang gegar atau Liza kuat gerak. Hahaha


Masuk je indoor cari makanan sebab Cuya kelaparan.

Maka kitaorang beli lah corndog terpanjang Cuya pernah makan


Tak bohong eh memang panjang. So kitaorang kongsi berdua. Kenyang mattt



Game pertama kitaorg masuk Planet Of the Ape 3D

Kena pakai spec mata hitam untuk 3D .

Memang best game ni...macam real!
Liza sampai tertunduk2 dia sebab ingatkan ada orang nak jatuh daripada atas




Lepas tu pergi game budak2 Big Wheld
Ala mainan budak2 main pusing2 je.
Boleh la buat rasa rasa hahahhaa


Selfie duluannn..



Muka ada senyum sebelum permainan bermula hehe




Bergambar duluan. Ice Age cerita kartun famous zaman Cuya.


Gambar tunjuk bagus ala bapak2.. hahahaha



Mula2 nak masuk sini tapi ada masalah teknikal. Permainan sesuai untuk budak2

Kitaorang pon beratur guna VQ..atau pun virtual que dekat apps Skyworld Genting 
Sesiapa nak pergi themepark Genting wajib install apps ni bagi memudahkan untuk beratur 

Tapi boleh beratur 3 kali je VQ

Kitaorang dapat main ni jugak.
Main pusing pusing lagi.

Game buat pening kepala. Hahahaha


Perempuan pantang nampak cermin. Selfie satu kali!


Pastu kitaorang main game yang basah pulak. Kitaorang bawak sendiri baju hujan sebab beli kat speedmart baru Rm2, beli kat genting Rm15 kauu

Pandai buat duit yaaaa

Liza biru, Cuya semestinya pink!

Lepastu kitaorang terjumpa kembar kitaorang yg pakai baju hujan sama warna macam kitaorang.HAHAHA

Dahlah couple..

Liza syak diorang baru kahwin.. hahahaha



Tangkap gambar kat tengah2 jalan sebab why not??

Maaf gambar banyak blur sebab tukang tangkap tak fokuskan haha


Lepastu main Acorn Ice Age which is roller coaster.

Ni jela game yang extreme sikit dapat main.

Pergh bagai nak tercampak Cuya naik roller coaster dia. Seronok plus seramm

Nasib baik permainan tu kejap je.

Yang kelakarnya lepas dah habis game tu tiba2 keluar lagu yang happy seolah2 nak tenang kan kitaorang.

Cuya gelak laaa adoi bijak diorang.. hahahahah

Dalam ice age ni betul2 macam gua. Kreatif sungguh siapa yang design.


Ni masuk Independence Day. Ramai gila beratur. Bercinta nak menunggunyaaa

Tapi worth it!
Memang best sebab game 6D

Terasa macam masuk dalam angkasa. Cantik gila visual dia walaupun tak pakai spec.




Ramai gila kan yang beratur



Malam lak keluar dengan Qeela, adik dia Qistina dan tunang Qeela.

Kitaorang makan dekat  Dubuyo. First time Cuya makan tapi Cuya cuma order Buldak Wings Chicken. Sebab Cuya tak lalu nak makan berat berat macam nasi.

Sebelum makan tu tiba2 Qeela tanya Cuya dengan Liza pakai perfume apa.

Cuya macam pelik, sebab Cuya pakai perfume pagi tadi, takkan la masih bau?

Qeela cakap dia terbau perfume sama macam staff dia kerja. Bau baby...

Sekali memang betul bau Cuya sebab Cuya pakai perfume bau baby 🤣. Tak sangka perfume Cuya tahan lama sampai ke petang dah nak malam. Boleh repeat lagi beli.

Malam tu Qeela tidur bersama Cuya di hotel kami book.

Malam tu bergosip ler
Tapi macam takde cite sangat sebab taktahu nak cite apa.

Sampai akhirnya Cuya keletihan Cuya lelapkan mata.

Tidur kat hotel tu Cuya asyik terjaga dalam kul 3 lebih. Taktahu kenapa. Tiba2 tak selesa nak tidur .

Dak Liza senang, dia terbangun pastu dia pergi layan cerita kartun Atashinchi. Adoi perangai 🤣🤣


Esoknya sebelum balik ke Melaka, kitaorang pergi jalan2 area temple berdekatan hotel kami duduk.


Liza ni semua gambar aku kau amik blur.
Disebabkan aku hargai, aku post jugak la eh Liza 🤣🤣





Mungkin bukan salah Liza, kamera Cuya yang biol 🤣🤣

Ni kawasan nak ke tempat patung2 yang menunjukkan jalan cerita masyarakat Budha kehidupan selepas kematian.

Punya besar patung Buddha dia

Tapi Cuya tak tangkap gambar dengan patung2 ni.

Kalau ikutkan Islam bagi ke tangkap gambar dengan berhala? Sesiapa tahu bole jawab tak

Contoh jalan cerita kehidupan selepas mati masyarakat Buddha 


Mural dia cantik kan



Turun bawah je dah sampai hotel kami. Cuya rasa hotel kami bawah tanah sebab lobi level 12, bilik kami level 10.

Tak nampak pon orang lalu lalang dalam hotel tu. Sunyi ajerr. Agak sebab weekday.



Sebelum balik singgah family mart beli makan dan minum


Sedap pudding ni...pudding Family Mart semua sedap 



Maka selesailah percutian Cuya bersama bestie2 Cuya. Alhamdulilah syukur masih diberikan peluang untuk berjumpa dengan Liza and Qeela.

Banyak memori kami bersama.
Memang tak sangka Qeela dah nak kahwin.
Diorang dua ni lagi muda daripada Cuya tau.
Masing2 personaliti berbeza.

Liza panggil Cuya je, Qeela panggil Kak Cuya. Memang jauh beza perangai masing2.

Sesiapa tengok status Cuya dapat tengok la sisi Liza masa kitaorang main game What's in the bag?

Sebab Liza curious Cuya bawa banyak sangat bag sedangkan dia bawa sikit je barang 

Pape pon Cuya enjoy percutian ni!
Lepas ni harap dapat bercuti lagi banyak Aamin ya Rabb


Shoutout to Liza sebab uruskan booking hotel, bas dan acah tour guide aku sampai minta payment 3 ribu 😂 


Saya rate 5 bintang! 

Tapi tadi ws liza Cuya cakap rate dia 3 bintang je sebab 2 bintang tolak dia tak bawa plastik baju kotor 🤣 


Last but not least, Cuya doakan Aqeela dipermudahkan segala urusan dalam perkahwinan bersama orang tercinta. Selamat berbahagia sampai ke Jannah.Aamin ya Rabb

Till then, adios amigos!




Thursday, July 31, 2025

Cara Bina Diri


Setiap insan punya potensi untuk menjadi versi terbaik dirinya. Namun, untuk sampai ke tahap itu, kita perlu mula membina diri bukan tunggu masa, tapi mulakan dengan langkah kecil hari ini.

Berikut beberapa cara ringkas untuk bina diri:

  • Kenali diri sendiri – Tanya pada diri: Siapa aku? Apa kelemahan dan kekuatan aku? Bila kita kenal diri, lebih mudah untuk perbaiki apa yang perlu.

  • Tingkatkan ilmu – Cari ilmu bukan hanya di sekolah, tapi dari buku, pengalaman, dan orang sekeliling. Ilmu menjadikan kita lebih matang.

  • Amalkan disiplin harian – Mulakan dengan perkara kecil: bangun awal, jaga solat, kemaskan ruang sendiri. Disiplin membentuk akhlak dan tabiat positif.

  • Jaga hubungan dengan Allah – Solat, doa, dan zikir adalah kekuatan dalaman yang tak nampak tapi sangat berkesan. Bila hati kuat, diri pun lebih stabil.

  • Pilih persekitaran yang baik – Diri kita dipengaruhi oleh siapa kita selalu bersama. Pilih teman yang mendorong, bukan yang melemahkan.

Membina diri bukan kerja sehari dua. Ia proses yang perlahan, tapi pasti. Yang penting, jangan berhenti berusaha, dan jangan pernah putus asa. 🌱

Friday, July 11, 2025

Ayam Masak Korea


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Mood blogging selalu kelaut sebab takde story menarik nak diceritakan. Hiuhiuu
Tapi harini nak cerita kisah Rabu lepas.

Cuya tiap hari Rabu memang pergi kelas memasak sebab ada waktu free kan. Mengisi masa lapang orang kata.

Menu kalini kita masak Ayam masak Korea

Kita bersiap sesimple yg bole sampai ibu membebel. Kahkahkah

Dia tak suka Cuya cincai2 ni



Kita sediakan ayam yg dicelup dalam tepung Bon Chef + air

Goreng sampai jadi brownish


Pakai tepung ni la



Sos Korea dia kita masak guna bahan

Bawang putih dah dicincang
Sos tomato
Sos cili
Sos Korea adabi
Madu
Gula 3 sudu


Campurkan semua masak dalam 5 minit gitu

Bila rasa memang sedapp

Rangup pedas manis2 


Favourite Cuya ayam Korea ni.
Next time bole try sendiri kt rumah

Makcik makcik ramai datang diorang berborak je, Yela..diorang datang sebab nak jumpa kawan kawankan...syok la berborak 🤣

Jadi Cuya dengan seorang akak ni la masak sekali ngn cikgu . Yalah kita paling muda hahahha


Okay till then 
Adios amigos 👋 




Tuesday, July 1, 2025

Demo Jelly Cedok


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Semalam merangkap hari Isnin, makcik sedara Cuya ajak masuk pertndingan masak
Pengat Pisang. Cuya macam

Laa saya taknak masuk pertandingan, belajar memasak nak la. Rupanya ada demo masak jelly Ceduk. Cuya pon join la belajar masak jelly.

Sambil tu ada pertandingan mewarna kanak kanak.


Muka harus mekap walaupun dekat je dengan rumah. Kita diva kott 😂 😂 
Takdela.. memang suka nak melawa, harap maklongg hehe

Masuk2, nampak makcik yg pergi kelas memasak kat KEMAS.

Laa diorang pon join



Resipi Jelly Cedok



Cikgu Wani tengah demo memasak 

Susun jelly yg dh siap dikeraskan



Pembuatan jelly.


Tuang bahan bahan


Tadaaa... Dah siap menu. Cantikkan cikgu hias.


Adik adik sedang mewarna


Haritu ada nampak budak lelaki nama Lekir.
Unik betul. Mesti mak ayah suka nama klasik


Ni orang yg join bertanding



Cuya yg berbaju Hijau cair begitu focus yaaaa

Hahahaha 


Cuya dengan bag sandangnya. Siap bawa bekas nak bawa balik makanan 🤣🤣

Rupanya jelly tu bole amik satu je. Tapi alhamdulilah Cuya dapat rezeki lain.
Cuya dapat bawa balik mee goreng dengan pengat pisang. Allah bagi rezeki lebih lak.

Cuya rasa Cuya je yg bawa balik makanan 🤣 🤣 sebab Cuya bawak Tupperware kak Mulan bagi. Hehe

Rezeki tak pernah salah alamat kan.

Baik tu saja kisah Cuya.

Moral of the story, kadang apa yang kita minta Allah tak bagi tapi dia bagi benda lain.
Jadi bersangka baik dengan Allah Kay?

Till then, adios amigos!


Followers