Sunday, January 26, 2025

Minyak Zam Zam Bagus Untuk Rambut?


Assalamualaikum Hello Coconuts!


Cuya nak share berkenaan produk yang lejen dekat Malaysia ni which is Minyak Zam Zam. Katanya telah popular sejak tahun 1947. Lama tuuu... Cuya pakai minyak rambut ni sesekali je bukan hari-hari.

Kalau dulu pergi kedai india untuk beli dengan harga RM5 sahaja. Tapi kedai tu tutup harini. Sengaja Cuya tanya kedai Hantai , kedai runcit Cina. Tak sangka ada. Harga dalam RM7 berapa sen.



Botol lama dah nak habis.
Bau Zam Zam ni kuat takdelah wangi mana bagi Cuya

Cuya pakai sebab kawan ibu yang pakai  minyak ni rambut dia hitam dan tak beruban.
So macam woww la kan. Dapat elak daripada beruban.
Jadi di usia muda ni la Cuya guna.


Merupakan minyak rambut yang dihasilkan dari herba dan tumbuhan semula jadi untuk kecantikan dan kesihatan rambut.

  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan bersinar
  • Menebalkan akar-akar rambut
  • Menyelesaikan masalah gatal kepala
  • Menyelesaikan masalah kudis di kulit kepala
  • Merapikan rambut kusut
  • Struktur rambut menjadi lembut, sihat dan tidak bercabang
  • Kulit kepala menjadi sihat dan bersih
  • Minyak tradisional untuk kegunaan luar





Ada yang pakai tak minyak ni?






Saturday, January 25, 2025

Jalan ke Nogori


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini jalan ke Nogori Sombilan untuk melawat saudara yang baru sahaja kehilangan anaknya. Datang ke sana suasana sepi dan sedih dengan tangisan sepupu ayah.

Anaknya bujang berumur 42 tahun telah meninggal dunia semasa drive kereta untuk menghantar ibunya ke hospital. Tiba-tiba saja terkena heart attack. Yalahkan, sudah ketentuan Allah. Moga rohnya dirahmati Allah selalu.

Balik daripada Seremban tu kami singgah ke kedai Nasi Arab Damsyik Empire berdekatan sana.



Pintu masuk ke restoran



Belum sempat tangkap gambar, makanan sudah disambar untuk dimakan 🤣


Cuya pula order Pizza Beef Mozarella.

Sedap, rotinya lembut. Cicah dengan kuah nasi arab ngammm



Ada disediakan sos, tapi masam gila.
Agaknya orang Arab tak suka pedas sebab tula sos dia rasa macam ni.

Sebab abang Cuya dulu belajar Jordan, katanya orang sana makan roti je banyak dan langsung tak suka pedas.

Itu saja untuk update kali ini, next time Cuya update lain pula.

Adios amigos!

Friday, January 24, 2025

SR Mini Giveaway 2025







Syaratnya SR buat mini juga:

  1. Ada blog dan follow blog SR ni.
  2. Copy banner di atas dan buat 1 post bertajuk SR Mini Giveaway 2025 dan link ke post ni bila orang klik banner.
  3. Tinggalkan link post korang tu di bahagian komen blog ni.
  4. Beralamat di Malaysia















MARI JOIN RAMAI-RAMAI!!











Jalankan tanggungjawab anda!




Penyampulan Buku

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Macam pelik je kan tajuk entri kali ni? Terasa janggal pulak sebab jarang dengar perkataan 'Penyampulan'. Wujud ke perkataan tu? Hehe

So ceritanya Cuya harini pergi ke Family Store ( FS), mencari sedikit barang basah dan juga barang Cuya. Cuya cuma cari  satu barang, iaitu plastik ziplock untuk buku. Eh, buku pakai ziplock ke? Boleh saja untuk protect buku. 

Sebenarnya Cuya ada beli di Daiso AEON haritu, tapi mahal gila sebab ziplock jenis  tebal. RM5.90 hanya dapat 7 plastik saja. Nasib baik berkualiti. Tapi rugi la kan sebab dapat sikit je. Kalini Cuya cari juga  di FS.Walaupun saiz dia macam tak kena, tapi asal boleh saja la. Malas nak beli online.



Sebahagian buku untuk dimasukkan ke dalam plastik ziplock


100 pcs cuma RM16.90 je. Tapi besar punya la boleh muat beberapa buku.


Sebahagian buku dah ziplock


Selama ni Cuya tak pernah terfikir nak ziplock buku macam ni.
Rupanya boleh protect keadaan buku daripada berhabuk dan kuning.
Barulah Cuya tahu bila tengok orang lain share info.

Alhamdulilah settle sudah penyampulan buku. Tak banyak pon buku, banyak dah jual.
Seronok buat kerja ni, macam bungkus goodies. Hahaha

Haritu dah lah sibuk balut goodies kan, ni balik rumah kena membalut lagi.
Masih banyak lagi berbaki ziplock ni, itu tanda nya kena beli buku baru.

 Hehehe





Thursday, January 23, 2025

Terima Hadiah daripada Sahabat Baik


Assalamualaikum, hello Coconuts!

Harini Cuya telah menerima parcel yang dinantikan hadiah daripada Sahabat Baik Cuya iaitu Aimi Najihah sahabat satu  UITM Kampus Bandaraya semasa degree. Katanya sengaja bagi Cuya hadiah sebab sebelum ni Cuya juga ada beri hadiah. Bak kata orang, orang berbudi kita berbahasa gitchuuuu  hehehe

Alhamdulilah parcel pon dah selamat sampai. Hadiah apa la tu? Cuya memang tahu pon hadiah apa ...



Ni suprise gifts... Aimi kait sendiri tau crochet ni. Comel angat!


Aimi ada extra buku ni. Dia tahu Cuya suka penulis ni, jadi dia bagi pada Cuya. Alhamdulillah rezeki2




Dia siap amikkan autograph untuk Cuya. Terharu!

Kebetulan dekat tempat kerja Aimi di Kedah ada event jual2 ni. Iddin Ramli ada buka booth kat sana.


Sama bahasa cinta Cuya untuk  Jimmy💗  ngehngeh


Dapat penanda buku nama sendiri. Cantik gila!


Alhamdulilah moga Aimi Najihah dimurahkan rezeki berlipat ganda dan dirahmati Allah selalu.
Aimi sentiasa dalam doa Cuya inshaAllah.

Sahabat baik Cuya yang masih ingat Cuya dikala Cuya menghilang... hehe

Terima kasih orang baik!




Followers