Thursday, January 4, 2024

Tahun 2023 Cuya Bersama Buku!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Cuya rasa inilah kali pertama Cuya buat entri Cuya's Year in Books

So jom tengok buku-buku yang bersama Cuya sepanjang tahun 2023!


Cuya berhasil membaca 44 buah buku berbanding target Cuya 30 buku untuk tahun 2023


Buku diari conteng Jimi tu adalah daripada penulis favourite Cuya yang dulu pon seorang blogger daripada website contengconteng

Impiana pulak buku childhood memory Cuya dan baru sahaja keluar jilid terakhir.

Tapi sampai sekarang Cuya belum habis baca siri tu sebab tengah cari mood. Hhahahah



Biasalah buku favourite Cuya mestilah komik. Hhehehe



Buku healing2 pon dah menjadi trend dan Cuya suka juga buku jenis macam ni.
Nasihat pendek2 tapi mendalam.


Ofkos buku yang banyak dibaca adalah komik sebab tahun 2023 Cuya banyak beli komik.
Hehehhe


Buku healing pon banyak, sebab tengah broken tahun lepas. HAHAHA




Hah tu je la. Cabaran baru belum start lagi. Bila lah agaknya nak start?








Kenangan Kelakar Zaman Sekolah








Wednesday, January 3, 2024

Bila orang tidak suka kita...


Mulut manusia memang tak boleh tutup.

Susah nak puaskan hati semua orang.

Tak semua orang suka kita
sama juga kita pon ada tak suka orang.






Jom semua MIMPI SAMPAI KE BINTANG!


Tuesday, January 2, 2024

Tengah Convert Matawang Luarnegara Nak Beli Cikedis

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Apa khabar rakyat kelapa ku sekalian? Kikiki
Pada hari yang penuh kelapa ini, Cuya sebagai permaisuri kerajaan kelapa nak berkongsikan kegembiraan Cuya yang sedang sibuk mengira matawang koleksi Cuya.

Prosesnya mengambil masa sebab Cuya perlu mengenal pasti nama matawang daripada luarnegara. Sambil mengira, sambil belajar berkenaan matawang negara luar. Saja nak tahu berapa nilai matawang yang Cuya ada sebagai penyimpanan di masa akan datang untuk membeli cikedis aka jajan buat rakyat kelapa Cuya.

Sebahagian daripada syiling luarnegara 

1 pound tu memang tinggi nilai dia. RM5 lebih .
Cuma tak boleh tukar ke RM dah kalau syiling, taktahu la kenapa tak boleh.
Duit kertas je boleh.

Gigihlah tulis satu2 currency diorang ni.


Singapore dollar ni yang banyak menyumbang kepada total duit ni.



Cuya haritu dah kira dah jumlah duit kertas kalau convert ke RM.
Adalah dalam RM400++

Syiling jer tak kira sebab banyak sangat, tu malas nak kira.

Cuya rasa Cuya belum ada rasa nak convert duit ni, sekarang ni sekadar nak mengira nilainya sahaja.

Azam tahun baru Cuya:

Dapat kumpul lebih banyak matawang negara luar!





Monday, January 1, 2024

Self Manicure Di Rumah dan Menang Giveaway!

Assalamualaikum, hello Coconuts!

Selamat Tahun Baru guys! Tahun baru ni buat apa je?

Memandang di JAKEL ada promosi, Cuya, Ibu dan abang pergi JAKEL Melaka mencari kain pasang baru. Cuya sebenarnya takde kain pasang nak dibeli sebab di rumah dah ada tapi sajalah mengikut teman ibu.


Ibu sedang sibuk memilih kain untuk baju Ayah.


Cuya mengambil kesempatan untuk selfie memandang banyak cermin di situ. HAHAHHA

Oh lupa time ni tengah cuba fitting baju. Saja nak beli yang dah siap


Selfie bersama kain tanpa corak.

Sebenarnya masuk JAKEL memang lengang ya. Agaknya orang berjimat cermat sekarang ni.
Nak dibanding zaman dulu, punya la ramai.


Selfie dengan kain bercorak abstrak pula


Ibu masa tengah memilih kain


Walaupun kat rumah dah ada kain pasang, eh beli lagi kain.
Warna kain memang tak lari lah daripada warna pink.. mesti ada pink. hehehe

Beli je dulu, tailor tak jumpa lagi ni.


Ibu punya 3 pasang,
ayah 2 pasang/




Time to manicure! Kalini kita self manicure je.


Gosok2 dah kilat!

Guna apa ya?


Pakai ni je noqs. Cuya dulu memang buat servis kilatkan kuku dekat UiTM atas subjek jual2.
Jadi dulu banyak la stok benda ni. Nail glass nama dia.



Lepastu masa Cuya tengah tulis entri ni, tiba2 dapat notification orang tag dekat IG.







Alhamdulilah! Cuya menang giveaway skintific! Hadiah sempena tahun baru ni. hehehhe

Takyah susah2 cari skincare dah. Dapat full set terus! Syukur amat!



Terima kasih organizer @skintific dan @imperfectpiqa !





Cuya menang set ni.



Alhamdulilah rezeki Allah beri yang tiada habis-habisnya. 💕💕






Followers