Saturday, February 11, 2023

Koleksi Lawak Kampus Cuya

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Dah jam 2 pagi, tapi masih belum boleh tidur. Minum kopi punya pasal.

Kalau di entri sebelum ni Cuya pernah beritahu yang Cuya borong komik Lawak Kampus secara borong, kalini Cuya tunjuk kesemua komik LK yang Cuya ada. Tapi ada sebahagian yang anak buah Cuya pinjam, jadi Cuya pon tak pasti berapa banyak LK yang Cuya ada. Eheks 🤣



Masih belum fullset. Al maklumlah, sebelum ni Cuya beli, pastu jual balik. Hahaha Begitulah kitaran hidup komik2 Cuya. Tapi mana yang Cuya nak simpan, Cuya simpan je. Kalau dah sesak sangat nak pakai duit, maka komik Cuya akan dilepaskan. uhuks... Sedih ya sedih, tapi hidup perlu diteruskan. Ada duit nanti belilah komik lain pulak. 😂😂


Tapi Cuya nak tanya ni... Korang perasan tak komik LK kat atas tu ada yang satu jilid lebih dari sebuah? Inilah jadi bila Cuya pakai beli je dari mana2 seller yang jual. Maka terbeli lebih sebab kadang-kadang seller ni jual sekali borong ataupun Cuya yang tak perasaan dah beli lebih satu. Nampak tak macam peminat tegar LK? Saya kipas susah mati! ( Die hard fan) 😂😂

Belum kira die hard fan lagi sebab tak berjaya kumpulkan semua jilid lagi. Namun begitu sebahagian besar komik di atas Cuya dah baca. Ada tu dari dulu Cuya beli, so memang dah lama simpan. Sebenarnya Cuya kebiasaannya comic hunting dekat Facebook. Dekat sana ada group jual beli komik lama. Sejak join tu, memang syok la shopping komik lama-lama dan rare.

Ada masa tu diorang jual harga memang yahudi gila. Orang panggil scalper. Tu orang nak untung je tu. Tak tahu hargai minat komik langsung. Bayangkan sebuah komik lama atau rare mencecah beratus ringgit. Niaga pon berpada-padalah. Kesianlah dekat orang nak membeli buku.

Cuya biasa jual murah je sebab tak fikir untung tinggi. Untung sikit pon dah Alhamdulilah. Pembeli happy, kita pon happy kan? Boleh niat sedekah juga masa jual beli ni. Pahala memang tak nampak, tapi ia tetap ada bukan?


Alhamdulilah untuk rezeki yang Cuya dapat. Dah besar ni merasalah beli hobi zaman kecik2. Tapi sebenarnya Allah dah beri Cuya rezeki dengan buku dari kecil lagi. Cuya dibesarkan dengan buku, rata2 buku Cuya adalah dibeli oleh ayah ibu.

Impian Cuya moga satu hari nanti cuya ada library Cuya sendiri dan Cuya nak tanamkan minat membaca dalam diri anak-anak Cuya di masa akan datang. Aamin Ya Rabb.


Sekian saja,
Adios amigos!

Wednesday, February 8, 2023

Aku jadi panel program di UITM? Berani ke tuu


Assalamualaikum dan Hello Coconuts!

Malam ni Cuya tiba-tiba nak throwback event zaman belajar haritu. Masih segar di ingatan segala memori yang ada. Cuya nak tulis dekat sini supaya memori ini akan diingati sampai bila-bila. Dulu tiada kesempatan untuk menulis di blog sebab terlalu sibuk dan tak teringat pon nak tulis. Jadi, inilah masanya! Hahaha...

Ceritanya semasa PKP dijalankan, Cuya ada event online which mean Cuya dan kawan-kawan kena bercakap la . Ada yang jadi bahagian media, panel dan juga emcee. Pada asalnya Cuya ni Emcee tapi nak dijadikan cerita, boleh pula last minute Madam Cuya suruh jadi panel. Ala jem! Mentang-mentang Cuya suka bertanya di dalam kelas, dah kita pulak jadi panel. Maka Cuya tanpa ada kata setuju, tetaplah jadi panel. Bedal jela nakkkk.. Orang nak cepat habis event ni. Hahaha


Nampak tak Cuya yang mana satu? Hehe


Jadi panel cerita lain, tapi Cuya nak cerita macam mana idea Cuya dipuji. Nak tahu Cuya buat apa? Cuya buat advertisement untuk war2 kan event kami. Eleh advertisement je ponn, tu pon nak happy ke? Ehh..Advertisement ni sebenarnya teaser atau iklan acah untuk program tu. Nak tengok tak macam mana Cuya promote event ni? Hah tengok di bawahh


Cuya seronok jadi acah2 pemberita. Ada gaya tak? HAHA



Tak ke kembang madam puji kau? Hahhhh Kembang weiiii
Bangga kejap kikiki Bukan senang tak madam nak puji tu yang Cuya screenshot. Boleh tunjuk dekat anak cucu. HAHA!


Cuya rasa macam karya Cuya dihargai. I'm super happy bila orang notice kita. Alhamdulilah. Ni pon menjadi sebab kenapa Cuya gigih tulis dalam blog ni. Cuya nak ingat yang Cuya pernah buat diri ni bangga. Kita kenalah bangga dengan pencapaian diri sendiri betul tak? Siapa lagi nak bangga dengan kita. Hehe

Cuya pon ada buat lagi satu teaser untuk event ni. Cuya enjoy gila buat video sebab idea datang mencurah-curah. Time tengah semangat tu la kena terus shoot.


Ni acah2 di airport pulak. Adoi macam2 gaya la Cuya ni.
Banyak nau idea! Haha

Apa-apa pon Cuya enjoy sangat event macam ni. Walaupon penat, tapi best! Sebab Cuya memang suka bercakap-cakap ni. Memang kena dengan jiwa. Cuya harap nanti bila Cuya kerja Cuya dapat gunakan bakat yang ada sebaiknya. Aamin! hehe

Harap korang enjoy dengan video pendek yang Cuya tunjuk. Alhamdulilah Cuya dah buat yang terbaik untuk event ni, kawan-kawan Cuya pon macam tu juga. Benda dah lama habis. Hahaha

Sekian sahaja celoteh Cuya. Jumpa di entri seterusnya

Adios amigos!




Monday, February 6, 2023

Aku tulis Rap pendek


Assalamualaikum, Hello coconuts!

Lately ni Cuya semakin suka lagu rapping ni. Jadi saja nak mencuba rap. Cuya pon tulis la lirik rap yang pendek ni. Cuya siap buat video lagi.

Jom tengok kelaut ke, ke darat 😂😂



Pergi sekolah bawa duit belanja
Mak ayah kata tak boleh bercinta
Tapi aku dengar sambil lewa
Aku senyum kata ' Hahaha'

Hari-hari aku buat duit,
Going to school like i'm gonna be late
Pakguard terpacak stand still depan gate
Aku nyanyi lagu Alyph terus checkmate

Nampak muka crush aku terus usha
Boleh pula kita berlaga mata
Like boy sudahkah kau berpunya
Kalau belum pm number let me call terus ya




Just for fun only!

Okay  ke K.O ni? HAHA










Blog Bertukar Wajah La!

Assalamualaikum , Hello coconuts!


Semalam angin takde, ribut takde... tiba-tiba Cuya pergi edit theme untuk blog Cuya. Saja nak bagi nafas baru. Tapi takdelah ubah mana, just tukar banner dengan warna sahaja..


Cuya lupa nak screenshot gambar banner lama. Banner lama ada dekat laptop lagi satu pulak.

So bertukar wajah menjadi seperti banner bawah



Simple simple sahaja Cuya buat. Tapi tetap guna warna pastel, nak acah2 sweet gitu. Hehe  Backgroud pon Cuya buat sendiri. Bertemakan sweet and cute macam tuan tanah. HAHA Background ni Cuya edit warna biru dan ada sprinkles macam atas kek tu. Shomel2 gitu...ahaks. Walaupun Cuya ni dah berusia, tapi jiwa tetap suka benda comel- comel... hehehe

Sengaja bubuh gambar Cuya yang Cuya lukis dan edit sebelum ni.
What do you think about my new theme? Cer komen sikit , mana tahu Cuya boleh perbaharui.
Hah komen2...


Friday, February 3, 2023

Review EMS Foot Stimulator Massage Pad


Assalamualaikum,Hello coconuts!


Lama rasanya tak review produk. Sejak dah ada  Tiktok ni, Cuya dah pandai dah membeli belah di Tiktok. Harini Cuya nak review produk viral di TT iaitu EMS Foot Stimulator Massage Pad. Dia sebenarnya alat untuk mengurut kaki dari dalam menggunakan kuasa elektrik.




EMS ni ada yang guna bateri  dan ada juga jenis yang boleh charge. Sangat mudah di bawa ke mana- mana sahaja sebab benda boleh lipat dan sangat ringan . Nak guna pon mudah. 

Antara fungsi EMS ni adalah :

  • Melegakan otot
  • Menguatkan otot
  • Melegakan kesakitan kaki
  • Penyaman kecantikan
Berdasarkan tips yang Cuya tengok melalui video salah seorang Doktor di TT, beliau ada menyatakan yang EMS ni tak boleh pakai selalu. Hanya 2-3 kali seminggu selama 15 minit dan perlu minum air yang banyak. Benda baik pon kalau selalu dipakai boleh mendatangkan mudarat juga kan? Nak pakai pon mudah, letak je kaki atas EMS ni dan ada button untuk on iaitu button simbol '+'.

Cuya sebenarnya belikan produk ni untuk ibu memandangkan kaki dia selalu sakit. Juga sempena birthday ibu. Hehe  Tapi Cuya pon pakai juga mesin ni tapi jarang-jarang la. Kadang-kadang sampai lupa kewujudan EMS ni sebab tersorok dalam bilik. Hahaha

Mesin ni ada 6 jenis urutan yang kita boleh pilih. Ada tu yang slow , ada yang laju dan kuat. Overall sepanjang Cuya guna memang bestlah. Macam guna mesin urut. Sangat mudah kalau nak bawa untuk travel. Bateri remote dia pon tahan lama. 

Harga di TT RM17.40 dan postage RM4.50 . Jumlahnya RM21.90. Murah kan? Pastikan jika korang nak membeli, baca review dan komen daripada pembaca. Ada juga kedai yang jual mahal, jadi jangan lupa untuk survey

Overall Cuya boleh bagi 9/10 untuk produk ni. Memamg nice. Ibu Cuya pon suka ^_^

Itu saja la review pendek Cuya. Bagi korang yang nak mencuba, silalah. Kat shopee pon ada jual.


Adios amigos!









Followers