Friday, February 3, 2023

Memori Intern di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Entri harini sepatutnya dah lama Cuya tulis, dari tahun lepas lagi. Tapi atas sebab kesibukan yang melanda dan mood menulis tu tak muncul- muncul, maka entri ni keluar lambat. Hehe

Cuya sebelum mengakhiri degree dalam Pengurusan Pelancongan, Cuya perlu pergi intern ataupon praktikal di mana mana syarikat yang bersesuaian dengan kos Cuya. Pada mulanya Cuya dah cari dah tempat yang Cuya nak intern iaitu di tempat lama Tourism Melaka. Namun sudah tiada kekosongan baru untuk pelajar intern.

Maka Cuya pon saja try tanya kawan Uitm Cuya yang lain tentang tempat intern diorang. Kebetulan Cuya contact kawan Cuya, Ariff dan dia kata dia intern di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park dan masih ada kekosongan.

Nah! Memang tepat pada masanya. Maka Cuya pon mohon la untuk intern di situ. Alhamdulilah rezeki. Bila Cuya intern di sana, Cuya diletakkan di bawah Event Management.

Jadi entri harini Cuya taknak bercerita panjang, Cuya nak share gambar-gambar yang Cuya ambil sebagai memori di sana. Enjoy!




Me and nuril. Kalau di MMACP kitaorang pakai bertema. Gambar ni tema opah gitu.


Hafizan dan Danial.

Makan2 di medan

Ariff dan pizan acah sweet. haha

Bersama penari2 MMACP
Sini selalu ada show tarian tradisional

Masa jaga buffet Ramadhan di MMACP

Baju tema opah lagi. Wajib selfie!

Bersama pengunjung dari negara India 

Aktiviti mewarna batik oleh pengunjung


Cuya jadi tour guide Mr Steve dan Mr Jack dari Ireland. Speaking berhabuk kita

Bersama Yusrina dan Syikin yang juga turut intern di MMACP


Tourist dari Vietnam datang lawat

Bersama cikgu Vietnam 

Kawan2 UITM datang singgah MMACP

Bersama penari2

Amin tengah buat tuto pakai tudung . HAHA

Geng2 lelaki tengah istirehat

Semua dah macam berlakon dalam cerita dahulu kala

Bawa tourist daripada Australia Mr Brendon

Ija tengah peace no war.

Daryl Iman anak bos Cuya aka skandal
HAHAHA

Inai ni Shahira aka intern kt situ
Sebab dia memang pandai buat inai so dekat MMACP ad sesi buat inai untuk pengunjung

Lawa teroks!


Masa ad program canting batik, Cuya siap warnakan batik lagi. Nila batik Cuya warna.

Happy sangat dapat warna batik sebab suka sampai suruh abang ambilkan gambar

Ni mahadhir, Cuya takde gambar dia . So gambar lawak je ada. HAHAA







HAHA 😂




Jumpa dah gambar Mahadhir

Ariff



Aliah

Syikin

Nuril dan Shahira. Shira ni la yg buat inai tadi




Begitulah antara memori memori yang ada. Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah dijadikan ingatan. Sekarang MMACP pon dah bertukar rupa. Kalau korang search kat Tiktok bahagian depan dah jadi Malaysia Heritage. Harga pon harga baru.

Semua memori adalah indah dan akan menjadi memori yang akan sentiasa diingati.

Semoga semua rakan2 intern Cuya akan sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa. Jaga diri guys. Jangan lupa kenangan kita bersama 💕

Adios amigos!





Wednesday, February 1, 2023

Main Conteng-Conteng Muka


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini Cuya nak share koleksi contengan muka Cuya. Cuya perasan sejak kecik lagi Cuya suka mekap2 ni. Keperempuanan sungguh!

Dah besar, dah pandai beli mekap sendiri, lepastu tengok tutorial konon2 boleh jadi MUA ( makeup artist) yang berjaya. HAHA

Selalu bestie Cuya akan datang rumah and kitaorang main makeup2. Dulu noob, sekarang dah terer sikit. Sikit jelaa. Jadilah daripada takde kan.. eheks

Jom tengok macam mana Cuya conteng muka Cuya.


Ni makeup inspirasi sempena Merdeka.



Ni smokey eyes gituuu




Makeup Bad Bitch 😂


Ni makeup ala2 arab gitu. Ada rupa arab tak Cuya? Eheks

Ni bestie Cuya yang makeup kan. Simple cute makeup

 Ni Dolly makeup. Bestie Cuya juga yang create this look. Dia ada pergi kelas makeup masa tu. Masa ni memang acah model tak berbayar habis! HAHAHA

Save the best expression at ending 😂


Cuya kalau makeup memang kadang2 suka buat ekspresi serius ala model gitu. Yalah kita berangan jadi model dulu, mana tahu impian jadi kenyataan. Aaminn

Macam kelakar pulak kan tapi who knows ? 🙈
Apa komen korang dengan makeup looks Cuya?
Banyak kena improve ni.. Hehe


Tuesday, January 31, 2023

Aku borong komik Lawak Kampus!

Assalamualaikum , Helo Coconuts!


Entri harini patutnya dah lama dah buat, tapi Cuya bukan jenis suka draft. Cuya jenis, harini punya cerita, taip harini juga. Kira berita tu masih panas lagi. Walaupun cerita Cuya takdelah panas macam Melodi. HAHA

Bagi yang dalam dengan blog Cuya mesti tahu Cuya ni peminat komik serta penjual komik preloved juga. Jadi Cuya ni banyak join group jual beli komik di Facebook. Dekat sana senang sikit nak menjual sebab orang kat situ memang sah2 peminat komik. Cuya kalau nak beli komik preloved juga dekat situ.

So ceritanya, Cuya ada mencari penjual komik Lawak Kampus (LK) yang lama2. Sebelum ni Cuya pernah juga beli Lawak Kampus, tapi ada yang hilang ( orang pinjam tak geti pulangkan. Herm! ) , ada yang Cuya jual balik.



Total 22 buah buku Lawak Kampus dan 3 buku free.
Harga cuma RM65 termasuk postage.
Berbaloi- baloi ni.



Walaupun semua ni buku lama, tapi masih elok boleh dibaca. Cuya tak kisah sangat kalau ada yang koyak2, asalkan masih boleh dibaca dan cukup muka surat. Sebab Cuya bukanlah collector tegar yang buku kena cantik belaka. Benda murah kan, Cuya sapu je la. HAHA

Dulu-dulu Cuya takde peluang nak beli Lawak Kampus selalu. Sekarang ada duit sikit, boleh la membeli hobi kita ni. Kebetulan anak2 buah Cuya pon suka LK. Jadi diorang pon ada pinjam buku Cuya. Zaman sekarang ni susah nak mencari anak muda yang suka membaca. Jadi Cuya tak kisah diorang nak pinjam buku Cuya memandangkan buku pon buku preloved, kalau hilang takdelah susah hati. kekeke

Btw, LK ni dah lama siri dia. Siri dia masih on going kira laku juga la LK ni. Alhamdulilah Cuya membesar dengan komik LK ni. Kalau tak berkemampuan untuk beli komik baru, cari saja yang preloved. Jimat pon jimat.

Setakat ni, Cuya masih belum habis baca semua. Walaupun memang ada buku yang Cuya pernah baca, tak salah baca sekali lagi kan? Kalau korang tengok dekat list buku dekat blog ni, yang dekat page bawah sekali korang akan nampak buku yang Cuya baca adalah siri LK dan komik-komik lain.

Cuya memang teruja tengok komik banyak2 ni. Walaupun usia dah meningkat, tapi jiwa muda youallss.. HAHAHA


Sampai sini saja, 
adios amigos!



Friday, January 27, 2023

Aku dapat Suprise Parcel. Siapa bagi ni?

Assalamualaikum Hello Coconuts.

Beberapa hari lepas Cuya berangan kalau ada orang buat suprise delivery untuk Cuya. Berangan jela mampu....

Eh tup tuppp

Semalam Cuya terima parcel misteri. Bila Cuya tengok nama penghantar dia, macam familiar tapi Cuya tak cam. Terkejut tengok isi dia. Yalah nama pon suprise kan...hehe



Macam tahu2 Cuya suka warna pink. Cantik pulak tu hadiah dia.

Seingat Cuya, Cuya takde menang giveaway. Cuya mula terfikir, sape pulak admire kat aku ni? HAHAHA berangan kejap. Takkan la crush aku ke...ex aku kee

Lepas tu Cuya cuba search nama penghantar tu di internet.


Laaaaa Baru Cuya tahu. Dari


Cuya pernah menang GA dari sis Ray. Alhamdulilah, rezeki Cuya. Sebenarnya Cuya lambat bagi alamat Cuya, siapa sangka dapat juga. Terima kasih Ray!


Moga tahun baru ni akan ada lebih banyak rezeki untuk Cuya dan pembaca blog ni . Aamin



Wednesday, January 25, 2023

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband



Burung merpati dua sejoli,
Disatukan jua takdir Illahi,
23 tahun bersatu hati,
Melayari segala onak duri.

Bahtera dilayar tak indah selalu,
Tapi dia tetap ada untukmu,
Syukur Tuhan takdirkan kamu,
Dua hati saling bertemu.

Ucapanku mungkin biasa,
Tapi dari hati untuk jiwa,
Moga kamu tampil bahagia,
Di samping sang kekanda.

Tuhan mendengar doamu,
Tadahkan tangan ke langit kamu tuju,
Rahmat Tuhan turun bagaikan salju,
Moga ia membanjiri hidupmu.

Kadangkala hujan membasahi bumi,
Tanda kamu punya rezeki,
Rezeki rumahtangga menjadi-jadi,
Kuasa Illahi tak siapa ketahui.

Doaku untuk mu,
Moga jodohnya dia yang satu,
Rezeki datang beribu,
Sampai ke Syurga berdua kamu menuju.


Aamin ya Rabb

Ucapan Cuya bentuk puisi khas untuk akak dan suami. Harap suka dengan puisi ringkas Cuya..heheh

Jom ramai2 join!

Followers