Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Pemanis kalam awal kata,
Awal bismilah pembuka bicara.
Tinggi sungguh pokok sena,
Tinggi lagi cinta kita,
Giveaway menarik sudah tersedia,
Ayuh semua join sama.
Pergi singgah ke negeri Melaka
Datang membeli ikan nuri,
Syarat2 mudah belaka,
Rugi kalau tak join sekali.
Dagang Pak Malau dagang melipat,
Dagang hamba tuan nak sebat,
Ayuh kawan ayuh cepat,
Siapa cepat dia dapat!
Bunga melati dipetik orang,
Tanda hati mula dicuri,
Dalam banyak2 barang,
Beg ni paling berkenan di hati.
Sebab diri tak pernah memiliki,
Beg lukisan rupa sebegini,
Wajah makanan penuh dihiasi,
Andai memiliki sukanya hati.
Memandangkan diri suka makan,
Beg ini sangat bersuaian,
Bukan sahaja unik menawan,
Malah kacak dan tampan.(kuikuikui)
Beg sling pilihan hati,
Sebab warna-warna ceria
Cantik dipandang mencuit hati,
Kalau sudi tolong sedekah.😂
Memandangkan usia masih muda lagi,
Beg sling sesuai digayakan,
Untuk pergi ke kelas atau parti,
Bergaya sambil mandi atau makan. (pon hado?)
Ikan kekek mak iloi2,
Ikan gelama mak ilai2,
Harga pon berbaloi2,
Terasa nak mengilaii(tiberrr..)
Sling beg kesukaan diri,
Senang digayakan itu pasti,
Lagi2 untuk kita yang muda lagi(uhuk!)
Memberi keyakinan yg tinggi!
Syarat semua sudah diikuti,
Moga ada juga rezeki,
Buat aku kamu disini,
Mari join sekaki!
Tag
P.s-Ni dah kali ketiga aku tukar gambar beg,sebab setiap kali ak refresh laman web creative united tu,beg dia tukar2 design.aku confuse HAHAHA.
Akhirnya baru aku faham,memang bole tukar design.Alahai bodohnya diri..😂😂😂
Sekian,kisah sengal aku.



























