Friday, August 16, 2019

SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST






Melati kuntum tumbuh melata,
sayang merbah di pohon cemara,
assalamualaikum ku mula kata,
salam sejahtera pembuka bicara.


 Jale jale dari Melaka,
Nok pigi Kelate sana,
Aduhai Mek comey belaka,
Saya join GA ni ya?

Sek kito jange pecoh,
buat yang ni bukey hok tu
Yuk ramai2 buat kecoh,
Saing2 kawe  seru!

Tak tahu kecek kelate,
tapi kita nok speaking
tahu sebut beruk natey,
ayuh semua joining!

(uish teruk betul pantun aku kali ni. XD)




1. Buat 1 entry tajuk : SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST
2. Tepek banner meriah dkt atas tu dgn back link kan ke entry ini.
3. Then tinggalkan link entry korang ke sini....(blog dia)

Kalau nk buat ayat2 pengasih / ayat2 sweet pun boleh..Terpulang..huhu


Pemilihan ikut random or aku pilih sndiri je nnt.. (ikut mood)
20 blog akan dipilih.
Ade simple mistery gift jgk...huhu.








GIVEAWAY NAK MENANG.. ''SAFI FAIR BEAUTY BERRY COLLAGEN DRINK'' BONDEZAIDALIFAH.COM





Tarikh mula GA pada 15 /08/ 2019 hingga 15 /09/ 2019 
( 1 bulan)

Tuesday, August 13, 2019

Takdir


Takdir
Mana bisa aku menidakkan dikau,
Kau yang menentukan segalanya
Walau sesudah aku melelapkan mata
Kau masih mengiringi aku pergi
Antara Syurga atau Neraka
Ku tak bisa memilih
Tapi aku bisa mengubah takdir ini
Atas usaha aku sendiri
Bertemankan doa di malam hari
Berteleku di atas sejadah suci
Dibasahi wuduk ditubuhku ini
Aku bersujud menghadap Illahi,
Pohon ampun atas khilaf sendiri,
Kerana aku bakal menuju mati,
Ini takdir yang kupilih.

Ujian itu Datang Tiba-tiba

Assalamualaikum semua.Apa habaq?Cuya sihat je.Tapi orang lain yang tak sihat.One of my family members jatuh sakit tapi takdelah teruk.Tapi ada operation jugalah.
Macam tajuk di atas,ujian.

Ujian tu Allah nak hadirkan bila2 masa sahaja,tanpa mengira siapa atau di mana.Sekarang pun ujian untuk Cuya,sebab Cuya masih menanti result untuk masuk U.Walaupun result asalnya sudah keluar,tetapi Cuya sedang tunggu result untuk permohonan ke U lain.Diharapkan pembaca blog ni dapat mendoakan Cuya mendapat tempat di U yang dingini Cuya.Harapan Cuya tersangatlah tinggi.Kalau boleh hari2 nak call U tu untuk tahu perkembangan terkini result Cuya.Herm...moga dipermudahkan.

Apa2 pun,kita sebagai manusia biasa jangan sesekali berputus asa atas ujian yang diberi.Mungkin ujian ini akan membawa kita ke satu level yang tinggi di sisi Allah.InsyAllah mudah mudahan...







Followers