Assalamualaikum Hello Coconuts!
Alhamdulilah segala puji bagi Allah atas setiap rezeki yang Allah kurniakan pada Cuya.
Semalam pakej keceriaan telah tiba di teratak indah Cuya . Pakej keceriaan ini adalah sponsor daripada abang Cuya tercinta atas sedekahnya yang tidak pernah habis kepada Cuya.
Kalau sebelum ni Cuya pernah hadiahkan sesuatu buat anak-anak buah Cuya, akhirnya Tuhan membalas kembali kebaikan yang Cuya dengan memberi kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya .
Sesungguhnya hati Cuya berbunga-bunga disertai dengan tumbuhnya benih-benih kebahagiaan dalam hati Cuya kerana barang yang diorder cuma ambil masa sehari sahaja untuk sampai ke mahligai Cuya di Jasin Melaka.
Syukur Alhamdulilah barang sampai dengan selamat walaupun ada sedikit kerosakan yang berlaku. Cuya anggap itu cuma ujian kecil untuk Cuya nak dibandingkan dengan nilai hadiahnya sangat besar kerana ianya adalah sponsor sepenuhnya oleh abang Cuya yang disayangi.
Mari kita lihat pakej keceriaan Cuya yang penuh dengan kemewahan yang telah lama diimpikan 😄
Set mewarna kuromi pink pulak luaran jenis aluminium, ada dalam 145 pcs item di dalamnya. Set mewarna ni jenis bertingkat tapi lebih kecil sedikit berbanding kuromi purple.
Sengaja Cuya ambil 2 jenis set mewarna sebab dalam isi dia lain sedikit.
Comel2 kartun dia. Saiz buku pon besar.
Banyak pages dalam dia.
Ni hasil mewarna satu page semalam. Dah lama Cuya tak mewarna rasa seronok sangat
dapat spend masa mewarna setelah berzaman tak mewarna.
Haritu Cuya bagi anak buah colouring set, harini Cuya dapat set mewarna impian Cuya lak.
Orang dewasa mana tak minat set mewarna mewah camni kan. Syukur amat.. 😄
Siapa kat sini minat mewarna?








Akak takde tangan seni la Cuya
ReplyDeleteBab seni ni semua org boleh belajar, ikut kreativiti sendiri
DeletePuas hati dapat colour tingkat² mcm tu
ReplyDeleteAlhamdulilah sangat berpuas hati hehe
DeleteBanyaknya macam2 jenis ada.
ReplyDeleteYa betul2
Deleteikhlas suka warna2 ni.. beli barang seni dia je ya ampunnnnnnnnn cecah ratus2..
ReplyDeleteKalau dah minat memang banyak spending tu hehe
DeleteCucu wak umur satu tahun pun minat ngala2 ni
ReplyDeleteBagus untuk asahkan kreativiti
DeleteFaa pun lama tak pegang berus warna.. Lepas tengok post Cuya tetiba rindu nak mewarna balik.
ReplyDeleteCuya pon lama tak mewarna. Ni dapat semangat balik mewarna setelah bertahun lama tk warna hehe
DeleteSelamat mewarna. Akak tangan kejung....hahahaha
ReplyDeleteTerima kasih kak ^^
DeleteAkak minat mewarna...cuma kadang takde masa nak buat, tumpang2 je la mewarna dekat coloring book Adik hehe
ReplyDeleteYalah masing2 sibuk kan
DeleteCuya takde adik, so Cuya beli sendiri jela
Akak igtkan make up set...Cuya kan suka make up set...baru nk tanya beli mana...ank suka kuromi make up set.
ReplyDeleteAda kot kak makeup set kuromi kt shopee. Kena survey. Sekarang dah banyak pilihan.
DeleteTula set mewarna ni luaran macam mekap set kan
Kalau dapat ni memang ralit sangat
ReplyDeleteYala ralit.. kalau ada geng sekali lagi ralit hehe
DeleteWah... bestnya, lengkap, ada banyak jenis pula tu. Selamat mewarna, Cuya. Akak pun suka mewarna juga, tapi cuma guna warna pensel kayu. Terapi yang menenangkan. 😊
ReplyDeleteBetul kak, Cuya pon dah lama tak mewarna, seronok pula rasanya. Terapi yang bestt
DeleteWow..Byk betul jenis2 pencil warna yg ada. Sy pun tgh tggu parcel keceriaan sy jgk ni...Hopefully bleh smp this weekend =D
ReplyDeleteBanyakk
DeleteSelamat menunggu parcel keceriaan!
bestnya dapat full set! dah macam beg mekap artist pulak ni
ReplyDeleteKan kan kan
DeleteMacam bag makeup kan 💄
my razeen so far sgt minat la lukis2 ni..buat kraftangan pun ada jugak...tapi semua yg berkaitan dgn kereta dan aeroplane ajer..boys kan
ReplyDeleteFahamm.. satu terapi kan?
DeleteBoys kan memg minat benda2 gitu
Wah, menarik, warna ni..pasti berkualiti dan tahan lama..happy mewarna melukis lepas ni..
ReplyDeleteWahhhhhh bestnya dapat hadiah warna macam ni lagi-lagi untuk orang ada tangan seni macam Cuya ni. Selamat mewarna
ReplyDeleteRabia minat mewarna
ReplyDeleteWaaah baguuuus cuyaaaa 😍😍😍. Sayapun duluuu sukaa mewarnai. Sempat beli pensil warna yg 48 color. Tak sebanyak Cuya. Tp tuhlaah, makin kesini jadi makin tak sempat pula. Teringin nak balik mewarnai lagi. Itu aktifitas yg buat healing bagi saya
ReplyDelete