Friday, November 14, 2025

Tempat Aku Merenung



Inilah kerusi tempat Cuya selalu termenung sendiri sambil ditemani sekole kopi. Cuya akan duduk disini untuk tenangkan fikiran sambil mungkin memainkan YouTube lagu berjudul Gangnam style 😂. Arghh lagu selaju ini bisa naikkan adrenaline Cuya!

Ya, Cuya suka lagu rancak. Bagi Cuya ianya memberi semangat baru untuk Cuya yang sorang diri merenung nasib tak sudah. Bila duduk di kerusi ni, banyak yang Cuya fikirkan.

Tentang kenangan lalu di zaman sekolah, arghh rindunya aku waktu zaman tu. Banyak memori manis dan pahit yang masih termaktub di minda.

Tak sangka Cuya dah capai usia tua, walaupun kadangkala orang cakap " Ehh tak nampak pon usia macam tu"

Terima jela hakikat kita dah tua. Tapi selagi belum kahwin, aci tak kalau cakap masih muda? Ngeh ngeh ngeh 

Pagi ni Cuya bukan terjaga awal, tapi malam tadi Cuya tidak mampu melelapkan mata. Entah kenapa terasa banyak fikiran yang berlari di minda. Terbayang wajah-wajah orang yang pernah Cuya kenali.

Terasa sebak di dada sehingga tak mampu menahan sedih melanda. Ke manalah pergi orang yang pernah Cuya sayang satu ketika dahulu? Sahabat sahabat Cuya... Semuanya sudah melalui jalan kehidupan tersendiri.

Haish... Meningkat dewasa semakin terasa sepi. Seolah-olah ada yang kosong di hati.
Barangkali sudah tiba masanya untuk membina keluarga sendiri.

Orang kata di usia ku ini sudah terlalu tua apabila bicara soal kahwin, sedangkan kalau aku mati di usia sekarang pasti orang akan cakap " Kesian dia.. muda lagi tu".

Begitulah manusia.

Hari hari Cuya lahirkan rasa syukur pada Allah kerana memberi peluang untuk merasa kenikmatan hidup.

Tapi ada hari juga Cuya akan persoalkan, Kenapa Tuhan aku diuji sebegini, mana silapku?

Begitulah Cuya, yang imannya turun naik. Kadang di atas, kadang di bawah.

Mungkin Cuya sebenarnya perlukan teman berborak. Sebab tu ada masa Cuya kacau bestie Cuya.

Berborak dengan ibu dan kawan terasa jauh bezanya. Duduk di rumah, Cuya selalu mendengar bebelan ibu. Cuya lebih banyak mendengar keluh kesah ibu, cerita ibu dan jenaka ibu yang suka bodyshaming Cuya. Hahaha

Hari hari ibu risau tengok badan Cuya . Katanya tak sajak usia semuda Cuya berbadan berisi. Lainlah kalau dah kahwin.

Ibu ibu... Nasuha bukan apa, risau nanti dah kurus macam lidi Nasuha digilai ramai lelaki. Susah la macam tu nanti 😂.


Nah! Tepek gambar kita posing. Cun tak?

Disebabkan Cuya lebih banyak mendengar bebelan ibu, dari hari demi hari Cuya semakin tak serancak dahulu kala. Sedangkan Cuya terkenal dengan mulut banyak atau pon orang Melaka panggil Kak Nam.

Cuya banyak salurkan perasaan Cuya dengan menulis kata-kata motivasi di Tiktok. Kata kata itu semua ditujukan khas sebagai peringatan untuk Cuya.

Sunyi betul hidup aku, nak motivasi pon kena diri sendiri yang beri semangat. Tapi bestie Cuya bagi semangat juga.

Tapi macam Cuya cakap, ada yang kosong tapi bukan gelas.

Dah dewasa ni banyak waktu kena pandai pujuk diri.

Takpela Cuya, satu saat nanti kau akan jumpa juga bahagia yang kau cari. Tak harini, esok. Tak esok , lusa pasti ada.


Kejar akhirat, dunia pasti datang.


Terima kasih sebab baca sampai habis. Cuya sangat hargainya. 


Till then, adios amigos.



Jiwa kosong,

1 comment:

  1. Sabar ye..Smoga jodoh tu cpt2 jumpa alamat rumah cuya..AMin...=)

    ReplyDelete

Followers