Assalamualaikum Hello Coconuts!
Cuti cuti ni buat apa di rumah? Cuya hanya duduk di rumah buat rutin biasa saja.
Cuya sekarang dalam proses kurangkan gula dalam minuman harian Cuya. FYI, Cuya ni kuat manis. Hari hari mesti minum air manis dalam kuantiti yang banyak.
Jadi, bestie Cuya si Liza ni cabarlah Cuya untuk 100 Hari Kurangkan Gula dalam minuman. Syaratnya Cuya tak boleh minum air manis kecuali waktu jemputan kahwin atau orang hidangkan waktu berkunjung.
Kalau time wedding pon dibenarkan 2 gelas je air manis . So Cuya pon sahut cabaran Liza. Cuya start cabaran ni pada 8 Sept 25. Kiranya harini telah masuk minggu ke- 5 Cuya menahan nafsu daripada minum air manis.
TETAPIII
Cuya ada alternatif lain untuk minum manis. Cuya beli stevia sebagai pengganti gula. Memang function habis stevia Cuya beli. Sesuai untuk orang yang suka minum manis tapi nak sihat.
Ni stevia baru sampai. Cuya first time nak try stevia versi baru. Yang ni Extra Sweet.
Letak 1 hingga 2 titik je dah manis.
Sebelum ni Cuya pakai jenama AlAJMAL. Yang tu stevia drpd daun.
Yang extra sweet ni penjual kata rasa macam gula putih.
Dua kotak ni masa live dia jual Rm30 free postage. Kalau tak harga dia mahal lagi.
Liza kata kalau Cuya berjaya dalam masa 100 hari cabaran ni Cuya dapat cash. Wohooo Ada hadiah tau. Tapi Liza pon ada cabaran dia. Dia kena turun 10kg dalam masa 100 hari.
Hah taktahu la tu dia boleh capai ke tak. Kalau dia berjaya, Cuya akan bagi komik Cuya pada dia. Hahahaha
Kita tengok nanti siapa berjaya. Sebab cabaran Cuya senang jer. And Cuya rasa sejak tak minum manis sangat Cuya ada inch loss la. Macam inci badan Cuya berkurangan. Taktahula Cuya silap tengok ke apa. Harapnya memang loss la. Hehehe
Kena belajar tak minum manis sangat. Dah berat Cuya susah nak turun.hai yoyo..
Muda2 lagi dah berisi. Ibu pulak asyik bising suruh kuruskan badan. Katanya kalau Cuya gemuk takde orang nakk. Yekeeeeee???
Hahahahaa
Till then,
Adios amigos 👋🏻

wah..good luck cuya
ReplyDeleteTerima kasih kak
DeleteSaya teringin nak try stevia tu. Bagus katanya!
ReplyDeleteGoodluck cuya kurangkan gula. Semoga ada penurunan berat badan. Kurang gula ni pun boleh buat kulit muka cantik tau
Try la stevia tu.. function habis.
DeleteTerima kasih Mazni. Moga2 turun berat badan hehe
Ya kan bagus untuk kulit
Kekadang tak kuat nak control gula ni. Kena kuat semangat cuya!!
ReplyDeleteNasib baik ad jual air manis no sugar zero kalorie...so hidup masih dapat diteruskan. Hahaha semangat!!!
DeleteHebat kalau boleh lulus 100 hari.
ReplyDeleteKalau wak 2 hari aje dah pengsan agaknyer.
Wah wak kuat manis jugk ke
DeleteHehehe moga2 Cuya luluslah 100hari dan boleh konsisten
bestnya buat cabaran gini. mesti bersemangat sbb ada kawan yg suruh buat tuuu
ReplyDeleteYaa kena semangt sebab kawan pantau kita hehe
DeleteGood luck cuya..Ada cabaran baru terasa nak paksa diri sendiri buat sesuatu diluar zon selesa..
ReplyDeleteBetul, ada cabaran baru bole buat. Sesekali buat seronok juga demi jaga kesihatan
DeleteBetul, ada cabaran baru bole buat. Sesekali buat seronok juga demi jaga kesihatan
DeleteBaguslah ada persaingan gini, lebih bersemangat sebab masing² nak capai target. All the best both of you
ReplyDeleteTerima kasih kak. Inshallah kami cuba yg terbaik
DeleteGoodluck ye cuya.. saya pun tgh cut sugar.. sbb kolesterol tinggi.. jadi harap² lah dpat berjaya kurangkan minum Manis..
ReplyDeleteTerima kasih. Aamin semoga dapat kesihatan yang terbaik buat kita
Deleteadoi, kelakar lah ibu nie...Cuya nak teman ibu lama sikit dekat rumah..nanti kalau Cuya dah kawen, Cuya ngadap husband je nanti.. kikiki..
ReplyDeletetapi, memang betul, kalau kurangkan gula,cepat inch loss tu
Itu tak puas lagi agaknya suruh Cuya teman. Silap2 nanti kahwin pon dia nak duduk sekali hahaha
DeleteTula harap adala inch loss hehe
You can do it, Cuya! 💪
ReplyDeleteTerima kasih kak! 😁
DeleteMoga berjaya misi ni ya Cuya.
ReplyDeleteSemangaaàat cuyaaa. Ikut senaaaang saya baca ini 😍👍. Memang harus dimulai utk mengurangi gula. Dan cuya dah betul, pakai Stevia kalo nak sedikit manis. Sayapun pakai stevia. Dalam masakan juga pakai gula stevia. Tak nak gula pasir.
ReplyDeletePasti bisaaa 🤗😉
Good luck Cuya. Nanti update progress dan hasil selepas 100 hari diet kurangkan gula ye
ReplyDelete