Friday, June 20, 2025

Kelas Memasak Roti Kukus

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Setiap hari Rabu Cuya memang akan pergi ke kelas memasak. So rabu lepas, menunya Roti Kukus.

Kalini makcik makcik yang join kelas semakin ramai. Adalah dalam 8 orang makcik dan Cuya.
Ofkos Cuya paling muda.

Minggu lepas menu Pizza.
Boleh baca sini





Selfie duluan


Eh tengok tu! Ada gajah terbang!


Resipi Roti Kukus

Mauripan x 2
Tepung 1kg
Gula
Garam 
Majerin
Pewarna
Inti kaya/ peanut butter 

Mula-mula kita nak buat Ibu roti

Campurkan mauripan,gula x3 sudu, campur air
Biarkan kembang



Lepastu mauripan dah naik, uli mauripan dengan tepung

Campurkan pewarna hijau yg dh dicampur air.
Masukkan garam sedikit

Masukkan air secukupnya

Lepastu masukkan majerin x3 sudu


Dah siap adunan biarkan kembang tutup dengan kain.


Lepastu timbang untuk bentukkan roti.

Lenyekkan dan gulung macam kuih ketayap



Cuya bersama makcik makcik yang rajin memasak






Dah bentukkan gemuk2 macam ni baru kita kukus  dalm 15 - 20 minit





Lepastu dah siap kukus kita potong untuk isi inti.

Kalau nak masukkan inti siap2 sebelum kukus pon boleh.


So semua roti ni dah ngap masuk dalam peyutt.

Alhamdulillah untuk kelas kedua bersama cikgu Mai.

Tak sangka dalam kelas tu pon ada makcik kenal ibu Cuya. Semua orang nak kenal ibu ya, Cuya je tak kenal orang 😂 


Next kelas masak apa pula ya?



23 comments:

  1. Gebu betul rotinya. Dapat belajar macam ni mesti best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa gambar lepas kukus takde tapi memang gebu. Sedap makan dgn inti

      Delete
  2. Rajin betul Cuya masuk kelas memasak bagus sgt

    ReplyDelete
  3. Bestnya belajar buat roti sendiri.

    ReplyDelete
  4. syok betul if dpt masuk kelas memasak gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya best tambah ilmu
      Drpd tak wat pe, ada juga aktiviti untuk isi masa

      Delete
  5. macam senang. I catit dulu resipi, buatnya tak tahu bila.
    shoooooogood la Cuya, join xtvt gini. best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang...
      Ya seronok isi masa lapang join aktiviti mcm ni hehr

      Delete
  6. Yg geng buat roti kaler hijau tu mesti perisa pandan kan?
    Senang masak roti kukus camni, tak payah guna oven

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaya pandan hehe
      Nak guna oven pon bole... Kami guna dua2

      Delete
  7. Seronoknya Cuya dapat belajar masak macam-macam setiap minggu. Meriahlah kelas masakan Cuya. Untunglah jadi paling muda kan. Bestnya roti kukus, lembut gebu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya seronok dapat isi masa lapang... Ilmu dapat, makan pon dapat hehe

      Delete
  8. Bestnya Cuya. Suka kelas2 masak ni.

    ReplyDelete
  9. Saya sukaaaaa roti kukus ini 😍😍😍. Sedaap pasti apalagi pakai srikaya

    ReplyDelete
  10. Lepas ni Cuya buat roti pula kat rumah. Dah tak payah beli roti dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa tapi kat rumah takde mixer, taktahu yg lama function ke tk

      Delete
  11. Bagusnya awak join kelas masak ngan acik2. Sambil berkawan sambil timba ilmu

    ReplyDelete
  12. Lepas ni boleh jual roti dah ni! Jangan lupa letak nama brand siap

    ReplyDelete
  13. Gebunya roti tue... adoiii tetiba rasa lapar plak bila tengok roti gebu...

    ReplyDelete

Followers