Monday, May 5, 2025

Jangan sedih, Allah bersama kita

Assalamualaikum,

Malam ni sebenarnya saya sendiri tak tahu nak tulis tentang apa. Tajuk di atas adalah sesi untuk muhasabah diri sendiri.

Pernah tak satu ketika kita penat sangat dengan dunia? Rasa lelah, kecewa, sedih dengan sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar mungkin. Mesti pernah kan?

Saya sendiri rasa begitu. Sakit yang kita alami Allah sahaja tahu betapa peritnya ujian yang Allah beri. Tapi Allah uji sebab sayang...

Allah menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing. Allah uji maknanya kita mampu untuk melaluinya. Kesakitan yang Allah berikan ini adalah satu pembelajaran dan pengajaran untuk kita bersedia menempuh kehidupan yang kekal di akhirat kelak.

Allah nak naikkan darjat kita. Kalau tadi kita dapat masuk syurga level 2 misalnya, bila kita diuji dan kita pas dapat lah kita masuk syurga level 5. Gitu contohnya.

Jangan menyesal dengan ujian kita hadapi ni. Kena selalu ingat Allah sayang aku.. Allah sayang aku.

Kita selalu lupa nak berterima kasih dengan Allah sebab dah uji kita dengan banyak hal. Harini kita kena ucap terima kasih dan syukur.

Ya Allah, terima kasih atas ujian yang Kau berikan pada aku. Terima kasih kerana masih ingat pada hambamu yang kerdil ini. Aku tahu ujian yang Engkau berikan ini adalah tanda cinta Kau kepada aku. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah aturanMu.

Selalu kita bersyukur atas kenikmatan, lepas ni kenalah belajar bersyukur atas ujian okay?

Muhasabah diri, hidup ini hanyalah sementara.
Kalau tak sebarkan kebaikan sekarang, bila lagi kan?

Saya bukan ustazah, saya Nasuha 😂

21 comments:

  1. Benda ni sepintas lalu datang. Tapi peritnya hanya Allah SWT yang tahu. Semoga Cuya terus sabar dan sentiasa bersemangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb..
      Moga doa berbalik pada BK InshaAllah 😁💪🏻

      Delete
  2. semoga kita semua sentiasa kuat lalui setiap ujian yang mendatang. selagi hidup pasti ujian akan selalu hadir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb . Moga Allah memberi jalan keluar atas setiap kesulitan yang kita hadapi

      Delete
    2. Aamin ya Rabb . Moga Allah memberi jalan keluar atas setiap kesulitan yang kita hadapi

      Delete
  3. Kekadang tetiba rasa lost kejap, rasa macam kosong tapi tak tahu kenapa. Cepat cepat istighfar. Semoga dipermudahkan segala urusan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb. Betul kadangkala lost tanpa sebab, buntu tiba2

      Delete
  4. Kenapa Allah bagi kita sedih?
    Sbb Allah nak kita tahu berapa nikmatnya gembira.
    Kenapa Allah bagi kita sakit?
    Sbb Allah nak kita tahu berapa nikmatnya sihat.
    Begitulah seterusnya...
    Ujian ibarat garam dlm masakan, perlu juga utk sedapkan rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah InshaAllah kak
      Cuya setuju takde garam tak sedap hehe

      Delete
  5. sedey tu norm cuma kena control jd terlalu extreme...and we always need to count our blessings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tiada hari tanpa sedih
      Alhamdulillah

      Delete
  6. sedih boleh, berehat seketika tapi jangan putus asa. Allah SWT ada, mengadu.
    ALLAH rindu doa kamu tu, menanip ayat ni pun rasa nak nangis. isk!
    fighting cuya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fighting! Moga Allah gantikan kesedihan dengan berita gembira aamin

      Delete
  7. Terima kasih, Cuya, atas entri ini. Semoga kita terus kuat hadapi ujian yang Allah berikan. Betul cakap Cuya. Ujian adalah untuk tingkatkan keimanan kita. Berusaha, bersyukur, dan percaya, Allah nak beri kita lebih baik. Insya-Allah. Huggsss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama.. InshaAllah moga yang baik2 sahaja hadir dlm hidup.
      Alhamdulillah aamin ya Rabb

      Delete
  8. Terima kasih atas perkongsian Nasuha...

    ReplyDelete
  9. semoga kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur...Aamin

    ReplyDelete
  10. Stay strong Cuya, moga dipermudah kan semua urusan.

    ReplyDelete
  11. normal pd kita manusia perasaan cmni kan.. moga Allah permudahkan urusan kita aminn

    ReplyDelete
  12. Kita smua pernah berada dalam titik terendah hidup. Yg membezakannya adalah cara kita handle.

    Semoga cuya tabah dgn ujian ya? Hadap je dulu peritnya, nanti akan berlalu juga

    ReplyDelete
  13. Ya betuuul. Setiap ujian yg Allah bagi, tandanya kita pasti bisa melewati itu. Krn nya jangan berpikir Allah tak sayang, lalu ada juga yg sampai bunuh diri. Padahal jika mau bersabar dan melihat lagi pada masalah, selalunya ada solusi yg bisa kita lakukan. Hanya saja terkadang manusia tidak melihat kesana. Hanya jalan buntu yg dia pikir .

    ReplyDelete

Followers