Followers

Wednesday, July 12, 2023

Ole Ole Thailand Daripada Bestie!

Assalamualaikum, hello coconuts!

Entri harini sepatutnya sudah lama Cuya seharusnya tuliskan di blog tapi masa tu mood blogging Cuya kelaut agaknya sampai lupa nak tulis.

Entri ini adalah tanda penghargaan dan peringatan Cuya pada sahabat baik Cuya iaitu Liza Jamal anak Ibu Atie orang Klebang hawau you. HAHAHA Jangan risau, kami orang Melaka memang kasar ya guys, bear that in mind.

Sebelum Cuya nak tunjukkan buah tangan yang Liza bagi pada Cuya, biarlah Cuya perkenalkan sedikit latar belakang seketul Liza. Kami mula berkawan sejak sama-sama ambil diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik Merlimau Melaka. Cuya tak berapa ingat punca kami rapat, rasanya disebabkan ada assignment berkumpulan.

Pernah juga kami sebilik sebagai roomate di kamsis  (kolej siswa dan siswi). Maka segala bentuk kebodohan Cuya, Liza telahpun menjadi saksi.Segala aib Liza juga Cuya dah tahu banyak. Dan ianya kekal rahsia sehingga kini. Namun begitu, kebodohan kami bersifat kekal abadi sebab tu kami masih berkawan baik. HAHAHA

Ini dia si manis Liza Jamal aka Dak Angah
Masih single, bolehlah kalau nak kenal2...kikiki





Disebabkan Cuya Maha pelupa , Cuya lupa la nak tangkap gambar ole2 tu. Jadi Cuya screenshot je daripada video unboxing Cuya . Hehe Maka lihatlah mimik muka Cuya yang terherot-herot membebel masa unboxing sebab teruja . 



Purse dan keychain


Yey dapat makeup Thailand!


Mekap lagii

Snek sotong


First time Cuya nampak kerepek yang berbentuk peha ayam. Unik dan sedap gila!

Snek ikan



Apa-apa pon jajan Thailand semua dah selamat masuk perut. Liza ada bagi makeup Thailand juga, Cuya masih belum gunakannya lagi. Banyak gila dia bagi...

Pemberian Liza membuatkan Cuya teringat memori semasa diploma kami bersama pergi Thailand untuk subjek kami. Cuya rindu sangat dekat Thailand.


Terima kasih Liza sebab ingatkan aku. Moga satu hari nanti aku dapat balas kebaikan kau ni. Aku doakan kau dimurahkan rezeki berlipat ganda! Moga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. <3

ฉันรักคุณ C̄hạn rạk khuṇ! ( i love you!)


32 comments:

  1. bestnya dapat macam macam cenderahati dari Thailand

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah dapat kawan yang baik ingat dekat kita

      Delete
  2. Dapat hadiah dah best dah
    Dapat hadiah dari bff laaaagi best & meaningful :D

    ReplyDelete
  3. Asiiik yang dapet oleh-oleh dari sahabat...pasti seru ya pas lagi buka"😀

    ReplyDelete
  4. Dak Angah tu pakai tudung gaya terbaharu ke...? Cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. taktahu la uncle....ikut dan dia je..hahhaa

      Delete
  5. wah cuya, seronok dapat ole ole dari Thai, untung ada bestie yang baik kan, hai Liza meh la kawan dengan kak ana juga hehe :) kak ana follow Cuya naa.. salam ukhwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah rezeki ada kawan baik...

      Terima kasih akk follow Cuya :D

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Menarik snek2 yang Cuya terima tu..

    ReplyDelete
  7. bagus tu ada kawan yg ingat kat kita biar pun berjauhan. sedapnya ole2 thai tu.. yummy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah rezeki dapat kawan yang pemurah mcm ni...

      Delete
  8. Best tu dpt hadiah dari kawan baik :D

    ReplyDelete
  9. dapat apa2 hadiah pun mesti best sebab orang tu ingat kt kita hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...sekecil2 hadiah pon memang best

      Delete
  10. Bestie 4ever ni! Banyak jajan tu. Untungnya.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..rezeki kan..
    jajan keropok tu.. antara fav Iris masa kat sana dulu..dappp

    ReplyDelete
  12. Sotong kering tu feveret akak tu 🤤

    ReplyDelete
  13. Oleh² memang menyenangkan, tapi lebih senang karena sahabat yang memberi. Artinya sahabatnya pun masih sayang pada kakak hehehe...
    Semoga persahabatannya langgeng yaaa♥️

    Jajanannya bikin ngiler ihuhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.. masih punya teman yang sayang sama saya....Aamin..Makasih ya atas doanya ^^

      Delete
  14. Seronoknya, dapat hadiah dari kawan lama. Alhamdulillah, rezeki.

    ReplyDelete