Followers

Monday, December 12, 2022

" Ibu, Nasuha dah besar. Boleh ke Nasuha bercinta?"



Assalamualaikum, hello coconuts.

Semakin hari semakin menginjak dewasa seketul Cuya. Sampaikan makin lama spend masa dengan ibu ayah di rumah, semakin banyak persoalan yang Cuya akan tanya.

Cuya memang seorang yang straight forward atau jenis cakap tak tapis. Jadi, kalau Cuya ada soalan, mesti Cuya akan tanya direct je. Sebagai seorang yang boleh dikatakan dah dewasa dan dah sampai masanya untuk Cuya mencari pasangan hidup, Cuya suka ajukan soalan yang seorang kanak- kanak tak akan tanya.


Macam tajuk entri kali ni, itulah antara persoalan Cuya terhadap ibu. Cuya sejak sekolah lagi, kalau sukakan seseorang, Cuya tak pernah nak jujur dengan ibu. Sebab Cuya tahu ibu ni macam mana, dia mana suka Cuya bercinta monyet. Cuya rasa, bukan ibu sorang je macam tu. Mak mak lain pon sama kan?

Jadi, Cuya berani tanyakan soalan, " Ibu, Nasuha dah besar. Boleh ke Nasuha bercinta?" pada ibu.
Jawapan ibu agak pendek .

" Takpe, kita tengok nanti macam mana. Biar Allah yang tentukan" begitulah bunyinya.

Ikutkan jawapan ibu tu mungkin Cuya faham, yang ibu dah bersikap terbuka untuk Cuya berkenalan dengan mana-mana lelaki.

Walaupun hakikatnya, sejak sekolah lagi Cuya pernah bercinta monyet. HAHAHA  Apa boleh buat, perasaan suka dan sayang tu kan fitrah manusia. Namun begitu, cinta monyet Cuya sering kali diakhiri dengan kekecewaan.

Ada masa, orang suka Cuya, Cuya tak suka dia. Ada masa Cuya suka dia, dia tak suka Cuya. Itulah lumrah hidup.

Bila tengok sekeliling, kawan- kawan Cuya ada yang dah beranak dua, dah kahwin dan dah bertunang. Sedangkan Cuya masih sendiri. Tak tahulah nak kesian diri sendiri ke nak gelak. HAHAHA  Cuya faham, ini semua ujian daripada Allah.

Bukan Cuya tak cuba untuk mencari seseorang sebagai teman hidup, tapi mungkin Allah tahu Cuya belum ready untuk berumah tangga.

Cuya selalu cakap " Nak kahwin...tapi takde pasangan. Nak kahwin..tapi tak ready. Macam mana ni?"

Memang kita tengok orang yang kahwin semuanya indah-indah belaka sedangkan kita tahu langit tu tak selalunya cerah. Ingat kahwin semudah ABC ke? Awak suka saya, saya suka awak, kita kahwin?

Jangan mimpilahhhh

Cuya harap, semua yang membaca ni dapat mendoakan Nurnasuha Mohd Fadzil dijodohkan dengan lelaki yang memang selayaknya untuk Nasuha. Moga yang terbaik ditakdirkan untuk Nasuha.


Cuya mengaku, memang Cuya ada suka seseorang tapi apakan daya, mungkin hati dia tak tergerak untuk Cuya. 

Ya Allah, entah apa lah yang Engkau rencanakan untuk aku. :):



Cuya akhiri entri dengan gambar Cuya yang agak terkini untuk tatapan semua.

Cuya dah besar, Cuya okay!











38 comments:

  1. Tak apa Cuya.. Jangan risau tau, Allah dah tetapkan dah dengan sapa dan bila akan sampai jodoh yang baik untuk kita..

    ReplyDelete
  2. Semoga Cuya dapat jodoh yang baik. InshaAllah akan tiba masanya

    ReplyDelete
  3. Hahaha comel je post Cuya ni. Kalau anak mommy eez tanya, boleh ke tak bercinta, rasa nak jawab je, boleh tapi sakit sendiri tanggung.. kikiki~ the best time nak cari pasangan ialah bila dah kerja. Sebab masa tu harapnya dah semakin matang utk pilih pasangan insha Allah. Kalau masa belajar ni mostly bertemakan love is blind gittew. Hihihi~ Semoga Allah SWT berikan segala yang terbaik utk Cuya. Aaameeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Kelakar je jawapan akak..Cuya dah habis belajar dah kak.. inshallah moga yg terbaik hadir...Aamin

      Delete
  4. Replies
    1. betul tu Wak... Moga Cuya menjumpai cinta yang selayaknya.

      Delete
  5. Moga Allah beri jodoh terbaik buat Cuya. Minta pada-Nya, pasti diberi andai sudah tepat masanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...terima kasih Kak...inshAllah, moga yang terbaik akan hadir pada waktu yg tepat :)

      Delete
  6. Insha Allah jodoh Cuya akan datang bila tiba masanya :)

    ReplyDelete
  7. Cantik la inai kat tangan tu... buat sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya uncle, conteng2 sajaa...hehe terima kasih

      Delete
  8. Semoga Allah swt permudahkan buat Cuya, aamiin..

    ReplyDelete
  9. Semoga yang baik2 saja untuk Cuya ye.. Allah simpankan lagi jodoh Cuya dan bila sampai masanya tak siapa boleh halang. Semua atas izin Allah swt.. In shaa Allah! Ramai yang mendoakan Cuya.. ;) Terima kasih ziarah ibu. IbuAqil follow blog cute ni ye. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ibu... inshaAllah aamin :) terima kasih follow ibu ^^

      Delete
  10. Semoga dipermudahkan urusan jodoh cuya.. kdg2 bila kita nak sgt mmg x boleh, tp bila kita dh rs x boleh tu tetiba ia dtg... nikah kahwin ni bkn utk sehari 2, pelan2 la ek nnt akn tiba masanya hadirnya org yg tepat di waktu yg tepat... chill

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak...terima kasih atas nasihat ^_^

      Delete
  11. betul tu! kita tengok yang lain bercinta, mesti kita pon ada rasa nak bercinta tapi hakikatnya itu bukan benda yang mudah gitu je. ada orang yg bercinta lagi makin serabut haih.
    https://keypadclick.blogspot.com/2022/12/no-one-knows.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mempunyai pasangan bukan semua org sesuai

      Delete
  12. Allah Maha Mrngetahui. Sama belum ada pasangan.
    Harap Cuya ditemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan sesuai dengan Cuya. Amin.

    ReplyDelete
  13. Semoga Cuya bertemu jejaka yang menjadi pilihan hati, cuma satu pesan Kak SA, cari lelaki yang boleh terima Cuya seadanya dan boleh terima Ibu Ayah Cuya...elok budi bahasa dan agamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. Terima kasih kak SA atas pesan yg bermakna.... :D

      Delete
  14. salam kenal cuya,akak berbalas kunjungan..
    insyaAllah jangan risau jgn sedih Allah dah tetapkan jodoh yg terbaik untuk cuya..akan sampai tepat pada masanya nanti

    ReplyDelete
  15. insya allah cuya...ada jodoh pasti tak ke mana. hal ni dah tertulis sejak azali lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah... akan datang pada waktu yang tepat ^_^

      Delete
  16. Ya Allah..yang maha agong..
    Kurniakanlah Nurnasuha binti Mohd Fadzil dengan jodoh yang Sakinah,Mawaddah,wa Rahmah dan diberkati di dunia hingga ke Jannah­čĄ▓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin aamin ya rabbal alamin...thanks sis :D

      Delete
  17. Akan doakan Cuya dipermudahkan rezeki jodoh. Dipertemukan dengan lelaki yang selayaknya untuk Cuya. Aaminn...

    ReplyDelete
  18. cuba cari jodoh di laman web carijodoh. Pasti akan terjumpa calon suami yg sesuai. In Shaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshAllah abam kie.. terima kasih atas cadangan :)

      Delete