Monday, March 16, 2026

Kopi Primadona Dherbs Terlajak Laris!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Baru baru ni Cuya ada join live Datin Shahida dekat Tiktok. Kebetulan masa sahur tu datin jual kopi herba.

Sengaja Cuya tanya kalau ibu berminat nak beli. Pada awalnya ibu taknak tapi disebabkan Cuya terus menonton live Datin, kebetulan masa tu happy hour.

Pada asalnya harga kopi 2 pack Rm60. Datin turunkan harga dapatlah Rm55. Tapi disebabkan Cuya ada bonus TikTok, Cuya dapatlah harga Rm53+. Dapat sekali free mug.


Dalam kopi ni ada 15 sachets. Satu pack harga asal Rm30.


Biasalah kopi herba banyak khasiat dia. Sesuai untuk mereka yang dah datang bulan sampai la usia tua.


Kopi ni hanya guna stevia. Rasa dia a bit pahit sikit la tapi sedap ajer.

Ibu suruh ayah minum tapi ayah tanya 
" Apalak nama primadona ni?"

Pastu ibu cakap ler " Minum jela takkan bertukar jadi perempuan pulak?" 😂 

Tula takkan minum kopi ni tiba2 tukar jantina lak kan. Hehe

Tapi Cuya tengok harga dekat packaging dia Rm59.90. Mahal gak yerr. Maklumla kopi herba memang mahal. Sama juga macam Kopi Ratu JRM yang mak aliff syukri tu. Tu pun Cuya pernah try. Sedap gak. Tapi harga memang mahal laaaa.

Kalau nak beli, beli time promo sahaja baru untung. Kita sebagai pembeli pon kena bijak kan.

Haritu PMX pon ada nasihat suruh berjimat cermat disebabkan isu peperangan yang sedang berlaku ni.

Diharapkan Malaysia selamat dan ekonomi terus stabil la kan.

Pray for Malaysia 🙏🏻 


Till then, adios amigos 👋🏻 


Friday, March 13, 2026

Kopi Sleemo Dan Chocolate Sleemo Minuman Jamu Yang Menyelerakan

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Sekarang dah jam 2.06 pagi dan Cuya masih belum melelapkan mata. Bila bulan puasa ni kadangkala Cuya akan tertidur awal, lepastu bangun awal.

Jadi pagi buta selalunya tak boleh tidur. Kadang tak boleh tidur sebab siang dah tidur juga. Malam boleh fokus beribadah.

Harini Cuya nak review minuman berkhasiat jenama Sleemo. Iaitu Kopi Sleemo dan juga Chocolate Sleemo. Kedua-dua minuman ini khasiatnya berbeza.


Kopi sleemo dipanggil sebagai kopi jamu oleh founder dia. Banyak betul khasiat dia tetapi Cuya nak bagi feedback lepas minum kopi sleemo ni.

Rasa dia lemak lemak pahit yang sedap bikin ketagih mau minum selalu. Bila Cuya minum ni memang senang nak lawas. Selalu pergi ke tandas. Jadi tak perlu risau berat badan naik.

Kopi ni pon buat rasa kenyang dan tahan lapar. Period pon keluar banyak. Kopi ni hanya boleh diminum oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Alhamdulilah memang puas hati minum kopi ni. Yang paling penting dia guna stevia tanpa gula putih. Sebab tu lebih sihat.


Ada banyak bahan herba dalam ni. So memang banyak function senanya kopi ni. Tapi Cuya ambil sebab kononnya nak bantu untuk kawal berat badan.

Dah banyak terjual. Cuya pon buat affiliate dekat tiktok jual kopi ni. Kadang2 tu kena community guidelines, maknanya konon Cuya langgar peraturan TikTok sebab buat video terlarang. Tiktok ni memang sensitif bab2 produk kesihatan, tak boleh overclaim.

Tapi alhamdulilah Cuya dah pass untuk post video promote kopi ni sebab dia ada cara2 untuk pastikan video kita lulus. Bahaya kalau langgar peraturan TikTok, nanti TikTok kita boleh auto delete oleh pihak TikTok. Serammmm


Btw, harga asal kopi ni Rm35. Tapi kalau beli time live boleh dapat Rm29. Kadang2 tu kalau tak dapat harga murah, dia akan bagi hadiah free macam sunscreen atau sabun.
Dalam pack ni ada 20 sachets dan dia akan bagi free lagi 3 sachets. So total 23 sachets.


Ni pula chocolate sleemo. Rasa dia kurang manis pon ada guna stevia. Yang ni fokus pada kulit wajah sebab ada vitamin C

Harga asal Rm19, kalau beli time live dapat Rm15. Dalam dia ada 10 sachets. Pon membantukan melawaskan perut. Memang kerja Cuya hari hari iwaaa peyekk...iwaa peyekkk berakkkk 😂 

Tak sure function lain dia apa yang penting minuman sihat. Senang hari2 nak membuang. Takdelah berat badan naik kan.



Dalam dia ada Senna, patut la senang beyakkk. Kena bancuh dengan air suam sahaja tak boleh air panas nanti khasiat dia hilang.


Masa Cuya beli kopi ni pon Cuya senanya try and error je search dekat TikTok kopi apa yang berkhasiat. Daripada beli kopi yang tak mendatangkan faedah, baik beli kopi yang memberikan lebih manfaat dalam satu tegukan. Betul tak?

Kita pulak coffee lover. Memang sesuai la minuman gini. Alhamdulilah kopi dan choc ni abang belanja. Ngeh3... Tugas kita tiap bulan adalah pau abang. Maklumla dia tengah kaya 😂 Aamin aamin... Hehe

Korang sendiri ada amik apa2 suplemen tak untuk kesihatan diri? Share la sikit.

Dah berusia ni kena try supplemen untuk jaga diri kan. Kang kejap sakit itu, kejap sakit ini. Macam macam hal... 😂 


Till then, adios amigos 👋🏻 

Tuesday, March 10, 2026

Laaaa Baru ku tahu!


Assalamualaikum Hello Coconuts!
Taktahu la dah Ramadan ke berapa 
Lagi mengejar 10 hari terakhir. Pencarian Lailatul Qadr bermula!

Apa2 pon hari hari kena memasak ikut apa yg ibu request. Sekarang ni memasak lagi jimat. Bazar kemain mahal lagi.

Tapi sesekali beli juga bazar kalau nak kuih muih. Sesekali takpe janganlah hari2. Mencekik harga! Hahaha 😂 


Ni ayam masak kicap pedas. Biasa kalau masak kicap mesti letak lada blend sikit biar pedas.

Rumah ni wajib ada pedas2.



Masjid bagi pulut hitam. Campur dengan santan kotak memang sedap berlemak.


Telur masak lemak cili api. Warna dia senanya kuning tapi sebab dalam kamera dia lain sikit xnampak kuningnya.


Kalau rajin bakar french fries dgn nuggets dalam air fryer.

Bagus sekarang bole beli frozen food guna SARA .



Tragedi berdarah harini. Terhiris jari sendiri masa tengah hiris bawang. Perghhhh paduu.
😂. Allah nak ampunkan dosa. Dari semalam tak habis lagi darahnya.

Ni baru je sapu ubat kuning. Moga Allah menghadiahkan sesuatu yang lumayan buat seketul Nurnasuha. Luka tanda cinta daripada Allah.


Btw Cuya baru tahu boleh dapat cashback drpd TikTok bila beli barang. Dan duit tu kita boleh guna untuk dapat diskaun bila beli barang baru. Baru Cuya tahuuu

Saja godek2. Dulu tak faham. Sekarang dah faham. So setiap kali shopping memang tolak diskaun daripada TikTok la. Lagi jimat.


Till then adios amigos 👋🏻 

Sunday, March 8, 2026

Menu Sahur dan Berbuka

Assalamualaikum!

Salam Ramadhan~

Moga Ramadhan kalini ibadah kita diterima oleh Allah dan diberkati selalu.


Ni menu sahur Cuya. Sotong masak dakwat kot? Entahlah resipi kita hentam saja 

Ada cili blend, bawang merah dn putih, kobis bunga, air asam jawa sikit dan sotong bersama dakwatnya.

Masak simple2 saja.

 Tadi Cuya dah guna STR untuk beli makanan. Sekarang ni dekat speedmart dah bole beli frozen food guna duit SARA. So Cuya grab la chicken popcorn, french fries dengan nugget. Lama tak makan makanan gini.

Kat rumah jarang beli frozen food western melainkan frozen food kuih muih.


Alhamdulilah berat Cuya turun la sikit bulan puasa ni. Tapi bila makan naik balik. 😂 
Metabolisma rendah ni. Hehe 

Korang puasa turun tak berat? Cuya hari2 mau timbang hehe


Till then, adios amigos 👋🏻 


Friday, March 6, 2026

Sahur dan Berbuka


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya biasanya masa bulan Ramadhan ni tak rajin nak ambil gambar makanan untuk sahur dan berbuka.

Walaupun hari2 memasak, memang tak terasa nak tangkap gambar pon. Kadang menu sama je berulang kali.

So mana yang ada jela Cuya post ya.
Dah masuk hari ke - 16 puasa kan berdasarkan tarikh harini. Kejap lagi dah nak sahur, Cuya masih belum tidur lagi.

Tiba2 teringat kat blog yang sendu ni. Kononnya nak rajinkan diri update, tapi apakan daya diri terlalu tidak berdaya dek kerana berpuasa. Ceh! Terpaling berpuasaaaa. Hahaha


Haritu singgah bazar Jasin,ternampak mochi gemok ni. Saja teringin nak cuba. Tapi rasa dia biasa je nyahh. Dalam dia rupanya inti cream macam durian krepe. Tapi mahal sebijik je Rm4. Not gonna repeat again.



Banyak hari Cuya memang akan masak sup sayur atau sup ayam. Simple2 jela ikut apa bahan ada di dapur.


Sahur makanlah telur mata kerbau, sambal dgn sup sayur. Makan sikit je pagi2. Puasa ni nak juga turun berat badan. Hehe



Masak sambal ayam. Kadang2 sambal ayam tomato, kadang sambal ayam + kicap.

Masak hentam sajalah labu. Asalkan sedap dimakan.

Repeat makan benda yang sama ajer. Hahaha


Bulan puasa ni takde stok sambal ikan bilis, tak nyempat nak beli. Kalau tak boleh dijadikan penyelamat.

Adalah beli satu serunding halia dekat bazar sebab dia macam sambal gak. Bolehlah buat rasa2. Mahal gak sebekas kecil Rm10.

Lebih baik buat sambal sendiri je dekat rumah. Aah la bulan puasa ni Cuya tak masak lagi sambal signature Cuya, sambal totok.

Nantilah Cuya try buat. Taktahula Cuya rasa Ramadhan kalini first time Cuya yg sediakan juadah bersahur dan berbuka. Selama ni ibu yang masak.

Hermm dah dewasa dah aku yaa. Layak untuk kahwin dah. Di bulan yg mulia ni ramai2 doakan Cuya dipertemukan dan dipermudahkan untuk bertemu jodoh yg paling terbaik dunia dan akhirat buat saya.

Aamin ya rabb.

Tak nampak lagi batang hidung jodoh. Orang kata jodoh tu ada, jarak dia senipis sehelai kertas.. tapi entah mana la dia berada sekarang.


Till then, adios amigos 👋🏻 

Followers