Wednesday, June 25, 2025

Declutter Barang Lama


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Siapa kat sini rumah banyak barang yang tak pakai lagi? Cuya pon samaaaa

Banyak baju dan buku lama tak pakai pon lagi. Jadi kami di rumah declutter baju baju lama dan buku lama.

Baju lama kami hantar recycle dekat kotak pink yang memang ada disediakan berdekatan dengan rumah Cuya.



Macam nila rupa tong kitar semula



Ni pula buku nak hantar library Melaka untuk mereka uruskan



Dah penuh bank buku. Yang plastik atas tula buku buku Cuya. Memang penuh amat bank buku.

Taktahulah diorang buat apa dengan buku buku ni. Buku keagamaan Cuya hantar ke kaunter sebab haritu dah call library dia suruh letak buku agama kat situ.

Ada lagi barang nak declutter dekat rumah ni. Daripada simpan je kan baik recycle, bersih rumah Dan banyak ruang boleh guna untuk benda lain.


Korang dah start declutter ke tu?

Friday, June 20, 2025

Kelas Memasak Roti Kukus

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Setiap hari Rabu Cuya memang akan pergi ke kelas memasak. So rabu lepas, menunya Roti Kukus.

Kalini makcik makcik yang join kelas semakin ramai. Adalah dalam 8 orang makcik dan Cuya.
Ofkos Cuya paling muda.

Minggu lepas menu Pizza.
Boleh baca sini





Selfie duluan


Eh tengok tu! Ada gajah terbang!


Resipi Roti Kukus

Mauripan x 2
Tepung 1kg
Gula
Garam 
Majerin
Pewarna
Inti kaya/ peanut butter 

Mula-mula kita nak buat Ibu roti

Campurkan mauripan,gula x3 sudu, campur air
Biarkan kembang



Lepastu mauripan dah naik, uli mauripan dengan tepung

Campurkan pewarna hijau yg dh dicampur air.
Masukkan garam sedikit

Masukkan air secukupnya

Lepastu masukkan majerin x3 sudu


Dah siap adunan biarkan kembang tutup dengan kain.


Lepastu timbang untuk bentukkan roti.

Lenyekkan dan gulung macam kuih ketayap



Cuya bersama makcik makcik yang rajin memasak






Dah bentukkan gemuk2 macam ni baru kita kukus  dalm 15 - 20 minit





Lepastu dah siap kukus kita potong untuk isi inti.

Kalau nak masukkan inti siap2 sebelum kukus pon boleh.


So semua roti ni dah ngap masuk dalam peyutt.

Alhamdulillah untuk kelas kedua bersama cikgu Mai.

Tak sangka dalam kelas tu pon ada makcik kenal ibu Cuya. Semua orang nak kenal ibu ya, Cuya je tak kenal orang 😂 


Next kelas masak apa pula ya?



Wednesday, June 18, 2025

Durian dan Photodumps


Assalamualaikum hello Coconuts!

Semalam ikut ayah pergi darat tengok durian
Entah angin apa datang, tiba2 nak mengikut.
Nasib baik takde babi hutan 🐷 



Ayah tengah buka pagar



Dah start masuk hutan


Bawa tong nak isi durian



Tengok ni jumpa durian comel hahaha




 Ini je dapat tapi ni durian yang monyet dah cabut sebab belum masak. Durian lain dah dimakan monyet huhuhu



Roti bakar sapu kaya dan majerin untuk minum petang




Malam semalam kemas baju untuk recyle.
Malam2 jugak Cuya suruh ibu sama2 buat dengan Cuya sebab asyik tangguh je kan.

Time rajin kita buat 

Harini masak nasi goreng daging kurban. nyummm


Haritu apply skill kelas masakan utk buat minuman Pina Colada atau jus nanas santan.

Abang kata sedap.

Senang je buat

Nanas
Santan
Gula
Garam kalau nak
Ais

Pastu blend je semua kecuali ais.

Simple janji sedap.

Okay tu saja update harini
Till then, adios amigos!



Monday, June 16, 2025

Takdir Allah itu Tiada Kebetulan






> Kadang-kadang kita tertanya-tanya,
> “Kenapa jalan hidup aku begini?”
> “Kenapa doa aku lambat makbul?”
> “Kenapa orang yang aku sayang pergi?”
>
> Tapi hari ini aku nak ingatkan diri sendiri dan juga kamu yang sedang baca – **takdir Allah itu bukan satu kebetulan.**

Setiap peristiwa, sama ada yang buat kita tersenyum atau menitiskan air mata, semuanya telah disusun rapi dalam pelan-Nya yang Maha Tahu segalanya.

Pernah tak kau lalui satu fasa dalam hidup di mana kau rasa semuanya gelap? Tapi bila kau toleh balik selepas beberapa bulan atau tahun, kau sedar…
“Rupanya Allah tarik benda tu dulu supaya aku jadi lebih kuat.”
“Rupanya yang aku anggap kehilangan itu sebenarnya penyelamat.”
“Rupanya Allah gantikan sesuatu yang jauh lebih baik.”

💫 **Tiada satupun langkah yang kau ambil dalam hidup ini yang sia-sia bila kau sandarkan semuanya kepada Allah.** Bahkan, orang yang muncul dan pergi dalam hidup kita pun Allah yang hantar – untuk ajar sesuatu, atau untuk ubah sesuatu dalam diri kita.

 ✨ **Tiada Kebetulan dalam Kamus Tuhan**

Kita manusia, kita nampak sekadar hari ini dan semalam. Tapi Allah – Dia tahu seluruh perjalanan kita dari lahir sampai ke liang lahad. Maka bila Dia aturkan sesuatu, walaupun kita tak faham sekarang… sabarlah.
Satu hari nanti, kita akan bersyukur kerana takdir-Nya jauh lebih cantik dari apa yang kita sangka.

> “Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk untuk kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
> *(Surah Al-Baqarah: 216)*

Jadi hari ini, marilah kita belajar untuk redha. Bukan bermaksud kita pasrah tanpa usaha, tapi kita yakin – **apa yang datang dan apa yang pergi, semuanya telah tertulis sejak azali. Dan tak pernah pun Allah silap menulis.**

---



Followers