Sunday, October 18, 2020

Repost:Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Harini Cuya nak repost Kisah Dongeng ciptaan Cuya yang Cuya gunakan untuk contest di blog ni satu ketika dahulu pada tahun 2011. Uish dah 9 tahun! Alhamdulilah,tak silap Cuya masa tu Cuya dapat no 3. Hehe...Citenya biasa2 je pon,sesuai untuk kanak-kanak.Sudi2 lah membaca ya.


Satu ketika dahulu,tinggal seorang raja digelar Raja Gendut dan permaisuri Kencing Malam di kota Happy Ever after.Mereka mempunyai sepasang anak kembar iaitu Tengku Puteri dan Puan Kutu.Anak Raja Gendut dan permaisuri Kencing Malam tersangatlah cantik.Tengku Puteri memiliki kulit yang putih bak salji,bibir mungil semerah bunga ros dan mata yang bundar
TENGKU PUTERI

manakala si Puan Kutu pula memiliki rambut yang lebat dan ikal mayang,hidung yang mancung dan badan yang seksi. <----- ni memang tak menahanlah >_<
PUAN KUTU

Memang patutlah ramai putera-putera raja yang berebut-berebut untuk mengahwini anak raja dan permaisuri.Perkara tersebut telah menyebabkan Permaisuri Taragigi Padanmuka berasa murka.Hal ini demikian kerana Permaisuri Taragigi Padanmuka juga mempunyai dua anak perempuan yang hodoh sepertinya dan tiada siapapun yang berani untuk mengahwini anak-anaknya.

 Lalu,Permaisuri Taragigi Padanmuka nekad untuk melakukan sesuatu supaya putera-putera raja tidak suka terhadp Tengku Puteri dan Puan Kutu "Aku akan pastikan Tengku Puteri dan Puan Kutu tidak dapat mengahwini mana-mana putera raja dari seluruh pelosok dunia sekalipun!Hahahahah!! "kata Permaisuri Taragigi Padanmuka dengan megahnya.Lalu,Permaisuri Taragigi Padanmuka mula merancang rancangan jahatnya itu.


 * * * * * * * * * 

Di satu pagi yang hening,ketika matahari mulai membuka tirainya,kedua-dua puteri raja dan permaisuri menyatakan hasrat mereka kepada ayahanda dan bonda mereka. "Ayahanda,kami berdua bercadang untuk pergi ke dalam hutan.Anakanda teringin sangat berjumpa dengan binatang-binatang di sana.Boleh tak ayahanda?" tanya Tengku Puteri.
"Ya ayahanda,anakanda pun rindu sama binatang-binatang yang comel yang dahulunya kita bela.Bolehlah ayahanda,bolehlah ya?"Puan Kutu juga menyokong Tengku Puteri "Anakanda,di taman istanakan sudah ada pelbagai jenis binatang yang anakanda berdua suka.Kenapa masih mahu ke hutan?Disana berbahaya.Rakyat jelata pernah terjumpa dengan nenk kebayan yang buruk rupanya dan dikatakan mempunyai kuasa sihir.Tidak usahlah anakanda berdua pergi ke sana" kata Permaisuri Kencing Malam 

"Tidak mengapalah adinda,kita suruh pengawal diraja mengikuti mereka.Sudah pasti keselamatan mereka terjamin."kata Raja Gendut sambil memandang kedua-dua puterinya. "Yeah,terima kasih ayahanda!Anakanda sayang ayahanda sangat-sangat"Tengku puteri dan Puan Kutu menjerit keriangan dan memeluk Raja Gendut. Petang itu,puteri-puteri tersebut bertolak keluar untuk ke hutan bersama-sama pengawal diraja.

Mereka berasa sangat teruja kerana ini adalah kali pertama mereka ke sana.Permaisuri Hodoh tahu akan pemergian puteri-puteri tersebut ke sana dan di sanalah Permaisuri Taragigi Padanmuka akan melaksanakan rancangan jahatnya.Permaisuri Taragigi Padanmuka telah menukarkan dirinya menjadi seorang nenek kebayan yang buruk rupanya.Ketika puteri-puteri terserempak dengan Permaisuri Taragigi Padanmuka ,puteri-puteri tersebut bertegur sapa dengan permaisuri Taragigi padanmuka yang berupa seakan nenek tua "Hai nenek,nenek buat apa di sini?Bukankah disini kawasan yang berbahaya?tegur Puan Kutu. "Nenek sudah lama menetap di sini.Tiada apa-apa buruk pun pernah terjadi pada nenek jadi nenek tidak kisah tinggal di sini.Lagipun,nenek segan nak jumpa jejaka-jejaka kacak yang selalu ngorat nenek dekat luar sana tu"jawab Permaisuri Taragigi Padanmuka sambil tersipu-sipu cicak. Tengku Puteri dan Puan Kutu hampir muntah mendengar kata-kata nenek itu. 

"Anakanda berdua ini mahu ke mana?"tanya Permaisuri Taragigi Padanmuka berpura-pura tidak tahu. "Kami datang ke sini untuk melihat binatang-binatang yang telah kami lepaskan sebelum ini." "Kalau macam tu biar nenek bawakan kamu.Tapi sebelum tu,makanlah buah epal yang baru sahaja nenek petik ini.Masih segar.""Terima kasih ya nek"jawab Tengku Puteri dan Puan Kutu.Mereka kemudian memberikan buah epal tersebut kepada pengawal-pengawal diraja.Mereka tidak tahu sebenarnya Permaisuri Taragigi Padanmuka telah meletakkan ubat tidur ke dalam epal-epal tersebut.Beberapa minit kemudian pengawal diraja tidur dengan nyenyaknya tanpa mereka sedari.Permaisuri Taragigi Padanmuka tersenyum jahat.Tengku puteri dan Puan Kutu menjadi pelik.Permaisuri kemudiannya membaca sihir terhadap Tengku Puteri dan Puan Kutu. "Tan tan tut,keladi we we,sape suke kentut dia jadi kura-kura."Tiba-tiba Puan Kutu bertukar menjadi kura-kura comel.[Nampak sangat suka kentut]"Anak cina mati masuk lorong,jadi merpatilah kau kalau suka korek hidung"Tengku Puteri bertukar menjadi merpati putih. "Kau hanya bisa bertukar pada pagi hari dan hanya cinta sejati yang bisa memusnahkan sihir ini.Hahaha!""Puan Kutu!Apa yang sudah jadi pada kita berdua adinda?" "Adinda tidak tahu kakanda.Adinda sudah bertukar rupa.Tetapi adinda tidak puas hati.Kenapa adinda ditukarkan menjadi kura-kura sedangkan kakanda menjadi merpati?Kakanda,bagaimana ni?Apa yang harus kita lakukan?Siapa nenek itu tadi?" Tengku Puteri berfikir sejenak."Ayuh adinda,naik ke belakang kakanda dan kita pergi ke istana.Kita harus khabarkan perkara ini kepada ayahanda dan bonda."Mereka kemudiannya terbang ke istana.Sebaik sahaja tiba di sana Tengku Puteri hinggap di atas bahu ayahandanya. "Ayahanda!Ayahanda!"pangil Tengku Puteri. "Eh,merpati yang boleh bercakap.Siapa kamu?"kata raja "Ini anakanda ayahnda,Tengku Puteri dan Puan Kutu." 

"Anakanda?Apa sudah jadi pada anakanda sekalian.Mengapa ini terjadi?" 
Ada seorang nenek tua yang menyihir kami di hutan ayahanda.Anakanda berdua tidak tahu mahu buat apa.Anakanda hanya boleh bertukar di pagi hari saja dan anakanda tahu cara untuk memecahkan sihir ini.Dua orang jejaka perlu mencintai anakanda berdua dengan tulus.Ayahanda,bonda,tolong anakanda."kata Puan Kutu sambil menitiskan air hingusnya mengenangkan nasibnya yang malang itu. Si permaisuri Kencing Malam yang daripada tadi berdiam diri mula bersuara 

"Apa kata kita meminta bantuan ibu pari Sayori Sukamura?[die ni berjimat]Mungkin dia boleh membantu untuk menyembuhkan anakanda berdua.Esok,kita mesti jumpa dia.Lagipun,dia tidak mengenakan sebarang caj untuk mengubati puteri-puteri kita." 

"Puteri-puteri Permaisuri harus mengubati dua orang jejaka yang berpenyakit kusta dan buta dan mencintai mereka sekiranya ingin memecahkan sihir ini." "Apa?!" Tengku Puteri dan Puan Kutu "Tiada cara lain ke ibu pari?" 

"Tiada.Disebabkan anakanda berdua hanya bisa bertukar pada waktu pagi,jadi anakanda berdua perlu ke sana pada waktu pagi.Ingat,jangan sesekali memberitahu jejaka tersebut yang kalian disihir."
* * * *
Satu pagi,Tengku Puteri dan Puan Kutu pergi ke bandar dimana dikata oleh ibu pari,di sana terdapat sebuah pondok yang di dalamnya tinggal dua orang jejaka yang berpenyakit kusta dan buta.Walaupun pada awalnya mereka berdua enggan untuk ke sana,namun dipaksa juga oleh Permaisuri Kencing Malam yang tidak sanggup melihat puteri-puterinya terseksa dengan sumpahan yang dikenekan ke atas mereka.
Sebaik sahaja Tengku Puteri tiba di sebuah pondok yang dikatakan oleh bonda mereka,mereka menegur lelaki buta yang sedang sibuk membersihkan halaman rumah. "Selamat sejahtera tuan hamba ." "Selamat sejahtera,siapakah gerangan yang datang ke rumah hamba ini?"kata lelaki yng buta itu. "Patik,  Tengku Puteri dan Puan Kutu.Patik ke sini bertujuan untuk membantu untuk mengubati penyakit tuan hamba dan rakan tuan hamba yang berpenyakit kusta itu." 

Si lelaki buta kehairanan.Dia tidak pernah meminta sebarang pertolongan orang lain untuk menyembuhkan penyakitnya dan sahabatnya.Mungkin,dua orang wanita ini berniat baik untuk membantu. "Maafkan hamba,tuan hamba berdua,tapi hamba tidak memerlukan sebarang bantuan untuk mengubati penyakit hamba ini.Lagipun,hamba sudah biasa dengan keadaan di sekeliling gelap tak bercahaya." kata lelaki buta itu tanpa menyedari dua orang wanita di hadapanya itu adalah anak kepada Raj Gendut dan Permaisuri Kencing Malam.Maklumlah,dia tidak pernah berjalan hingga ke kota demi menemani sahabatnya yang berpenyakit kusta dan dia juga tidak dapat melihat jalan memandangkan dia buta.


"Tuan hamba berdua tidak perlulah berpatik-patik segala.Hamba ini bukan daripada kerabat diraja"katanya sambil tersenyum manis membariskan giginya yang tersusun rapi.Dah macam model iklan Colgate pulak!Tapi dulu-dulu mana ada Colgate >_< Puan Kutu terpegun dengan senyuman lelaki buta itu.Sejuk mata memandang.Manis.Jangan cakap si Puan Kutu ini sudah jatuh hati! "Tidak mengapalah.Kami datang niat untuk membantu kerana ini adalah titah daripada raja dan permaisuri .Maaf tuan hamba kalau hamba bertanya,nama tuan hamba apa?"kata Tengku Puteri. "Hamba,Asyraf.Kalau begitu,baiklah.Hamba terima kedatangan Tengku Puteri dan Puan Kutu.Marilah tuan hamba berdua jemput bertandang ke rumah hamba.Maaf,rumah ini biasa-biasa sahaja." 

Sebaik sahaja Puan Kutu dan Tengku Puteri melangkah masuk ke pondok kecil itu,mereka terpegun kerana rumah itu kelihatan bersih dan kemas sekali.Dari jauh kelihatan seorang jejaka sedang membaca buku di kerusi malas.Lelaki itu terkejut dengan kedatangan Tengku Puteri dan Puan Kutu. "Siapakah gerangan dua orang gadis ini Asyraf?" tanya Amir yang seketika terpana dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Tengku Puteri.Bagaikan terjentik hatinya.

 "Ini ialah Tengku Puteri dan Puan Kutu.Mereka berdua datang ke mari semata-mata untuk mengubati kita.Ini adalah arahan daripada raja dan permaisuri."kata Asyaraf. "Salam perkenalan,hamba Amir.Terima kasih kerana sudi bersusah-payah datang ke sini tapi kami.." 

"Chop!Biar hamba teka,tuan hamba mesti nak cakap 'Kami tidak memerlukan sebarang bantuan untuk megubati penyakit hamba ini.' begitu bukan?"kata Tengku Puteri menyambung ayat Amir. "Hahaha,kelakar juga tuan hamba ini."gelak Amir. Pagi itu dihiasi gelak tawa Tengku Puteri,Puan Kutu,Asyraf dan Amir.Permulaan perkenalan mereka.Orang putih kata 'Ice Breaking'.

Sejak hari itu,setiap pagi Tengku Puteri dan Puan Kutu akan ke pondok kecil itu untuk membantu Asyaf dan Amir mengemas rumah,memasak dan bermacam-macam lagi.Dan mereka juga membawa Asyraf dan Amir bertemu dengan tabib ternama di kota Happy Ever After namun begitu usaha mereka gagal kerana penyakit mereka tidak dapat diubati.Tengku puteri dan Puan Kutu pada awalnya berputus asa,kerana dengan hanya mengubati dua orang jejaka itu sahaja sumpahan itu dapat dipecahkan.Namun mereka tetap cuba berusaha mencari jalan penyelesaiannya

. Sebenarnya mereka suka bersama dengan Asyraf dan Amir.Terasa dilayan seperti rakyat biasa walhal mereka kerabat diraja.Tengku Puteri sudah jatuh cinta dengan Amir tanpa disedarinya.Puan Kutu pula memang sejak dari awal lagi sudah mulai suka dengan Asyraf. Satu pagi yang indah diiringan kicauan burung-burung,hembusan angin pagi yang menyegarkan..... "Puan Kutu,hamba rasa .... sudah terbit bibit-bibit cinta dalam hati hamba ini"kata Asyraf kepada Puan Kutu Huh?Apa kes mamat ni?Bibit-bibit cinta?Pe kejadah tu?Aiseyhman!Puan Kutu berwajah kebingungan.Mengaru-garu kepalanya yang tak gatal . "Erm,maksud tuan hamba apa ya?Hamba kurang faham.Hehehe." 

"Haha,sebenarnya hamba suka sangat dengan tuan hamba" "Apa?!Yes!Yes!Yes!"Puan Kutu menjerit keriangan mengalahkan ahli pasukan sorak.Terkinja-kinja seperti terlebih dos gedik. "Hahahhaah!" Asyaraf tergelak besar sebaik sahaja mendengar kata-kata Puan Kutu.Nasib aja dia tidak dapat melihat kelakuan Puan Kutu. "Asyraf,terima kasih.Sebab awak sumpahan itu mesti dah pecah." "Sumpahan?"Asyaf tertanya-tanya. 

"Sebenarnya saya disumpah dengan seorang nenek tua di hutan sehingga menyebabkan saya bertukar menjadi kura-kura dan hanya boleh menjelma menjadi manusia biasa hanya pada waktu pagi.Asyraf,saya pun sukakan awak sangat-sangat!" Tiba-tiba Asyrat berasa pening tiba-tiba dan pengsan . "Eh,baru cakap suka dah pengsan ka?Asyraf??Asyraf!" Mata Asyraf buka secara perlahan-lahan.Puan Kutu melambai-lambai matanya ke arah Asyraf bagaikan terlupa yang Aysraf itu buta. 

"Ya Tuhan!Aku sudah boleh melihat.!" "Huh?" Puan Kutu kaget."Macam mana boleh...???Tak mungkin!" "Ni Puan Kutu ke?Tuan hamba sangat cantik orangnya berbanding dengan apa yang hamba bayangkan.Sebenarnya hamba juga disumpah oleh nenek itu .Semuanya disebabkan hamba tidak mahu mengawini puterinya.Nenek itu sebenarnya Permaisuri Taragigi Padanmuka.Hamba sebenarnya Putera Asyraf dari kota Kayangan.Sudikah Puan Kutu menjadi puteri beta?"kata Putera Asyraf sambil menghulurkan tangannya. 

Bagaikan mahu tercabut jantung Puan Kutu apabila menyedari Asyraf itu sebenarnya seorang putera!Dan yang paling mengejutkan ialah dia sedang melamarnya!Ah!!!Bagaikan mimpi indah,Puan Kutu menghulurkan tangannya kepada Putera Asyraf. "Pewit!Pasangan sejoli." dari jauh kelihatan Tengku Puteri dan Amir yang sedang menyaksikan drama free di depan mata mereka.

 Yang mengejut lagi,kini kulit Amir kelihatan bersih seperti orang normal padahal dia mempunyai penyakit kusta. "Tengku Puteri,Amir?" terkejut Puan Kutu dibuatnya. "Sebenarnya hamba pun disumpah oleh Permaisuri Taragigi Padanmuka.Hish..dahlah takde gigi,lepas tu nak paksa orang kahwin anak-anak dia pulak tu!Sumpah ini dah pecah sebaik sahaja Tengku Puteri meluahkan perasaanya kepada hamba.Dan satu hal lagi hamba dengan Putera Asyraf adik-beradik"katanya Putera Amir tersengih kambing. "Huh!!!"Tengku Puteri dan Puan Kutu terkejut kepalang. 

"Jadi bermakna....." kata Tengku Puteri. "Jadi maknanya kita akan kahwin pada hari yang sama"kata Putera Aysraf dan Putera Amir. Dan begitulah akhirnya.Tengku Puteri dan Puan Kutu pulang ke istana membawa pulang berita gembira dan dua orang jejaka yang bakal bertatah dihati mereka buat selama-lamanya.Perkahwinan mereke disambut meriah oleh rakyat jelata daripada dua buah kota iaitu kota HAPPY EVER AFTER dan kota KAYANGAN.

Tamat? dan semua orang tahu akhirnya bagaimana bukan?
 Mereka hidup bahagia selama-lamanya.

Saturday, October 17, 2020

Buku Conteng: Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah






13578123







Assalamualaikum,Hello Coconuts! Cuya kembali dengan satu review  buku.Macam biasalah,bulan ni Cuya cuma akan membaca cerita yang bergambar untuk mengelakkan Cuya bosan.Kita taknak cerita yang berat-berat buat masa ni. 

Buku kalini adalah daripada penulis kegemaran Cuya sejak dulu iaitu abang Fadhli Hamdan.  Cuya pernah tulis entri untuk buku dia. Boleh baca di bawah ni ya..

Koleksi Tebaik Tahun Conteng2 By Fadhli Hamdan


Abang Fadhli merupakan blogger untuk laman web contengconteng tetapi sayangnya dia telah tutup blog dia.Sedih lak rasa. Cuya suka konsep abang ni yang melukis guna pensel dan kertas.

Bagi yang tidak tahu,watak Jimi dalam buku ini adalah daripada blog abang Fadhli sendiri.Ia mengisahkan Jimi yang mempunya cita-cita untuk mendapat hadiah basikal daripada ayahnya.Syaratnya Jimi perlu dapatkan 5A dalam peperiksaan. Bermacam usaha dia cuba untuk memperbaiki pembelajarannya dan bermacam rintangan dia hadapi.

Kenapa cerita ni berkaitan dengan raksasa misai.Siapakah 'Raksasa Misai' yang diperkatakan itu?
Hah nak tahu kena baca lah..hehehe

Buku ini disertakan dengan lukisan comel oleh abang Fadhli. Cuya memang suka dengan jalan cerita dan lukisan beliau. Beliau merupakan idola Cuya. Dulu Cuya suka conteng atas kertas kecik untuk jadi macam abang Fadhli. Rindu nak baca blog dia...tapi kini Cuya ada hampir ke semua buku dia.

Cuya bercadang untuk tambah lagi koleksi abang Fadhli.Cuya ada jumpa di shopee.Insha Allah ada rezeki lebih,boleh la beli.Heheh


Adios Amigos!


Thursday, October 15, 2020

Komik MISI dah sampai!


Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Pagi ni ada kelas Mandarin,tiba2 abang posto datang mari pulak. Jadi Cuya terpaksa la bergegas berlari anak ke pintu pagar.Dah la jauh daripada rumah.Ada lah dalam beberapa meter tapi Cuya masih perlu berlari.Hahaha


Komik Misi Cuya dah sampai!!!!



Yeayyy~ Alhamdulilahh..

Bacaan Cuya akan menjadi lebih seronok dengan kehadiran komik baru.Komik-komik ni dah lama keluar,baru sekarang Cuya dapat beli.Syukur sangat~

Banyak tau komik Misi, kalau korang tak pernah tahu, boleh la google.Tak pun follow if @skuadmisi. Dekat sana dia ada share link untuk beli komik Misi.Tapi Cuya cam biasa,beli kat shopee,lebih murah.hehe Agaknyala...Cuya agak je ! Hahahaha

Cuya tak fikir banyak untuk beli komik Misi sebab Cuya yakin,semua komik ni ada ilmu baru yang Cuya akan belajar.Percayalah! Start daripada Cuya baca komik Misi Motivasi, Cuya rasa semua buku ni ada motivasi tersendiri.Ayuh la beli buku Misi untuk anak-anak dan bacaan sendiri.

Sekarang semua di hujung jari sister~  >_0


Adios! :D

Wednesday, October 14, 2020

Andai Kita Ditakdirkan Bersama (Cerita Pendek)


Assalamualaikum,Hello Coconuts!


Dulu-dulu kan dikenali zaman Facebook.Masa tu kan ada ruang untuk tulis 'Notes'.
Kadang2 Cuya tulis cerita pendek.Cuya terjumpa balik cite ni.Jom baca!Pendek je...jangan risau..hehe


Dia melemparkan pandangannya ke luar.Dia terus menatap langit yang biru itu.Fikirannya masih teringat-ingat akan si dia.Dia buntu.Dia tidak tahu bagaimanan untuk menyelesaikan masalah yang dialaminya.Bagi orang lain mungkin itu hanya masalah kecil tapi bagi dirinya,si dia sungguh bermakna buat dirinya.Tiba-tiba lamunannya lenyap tiba-tiba apabila disergah oleh rakan baiknya.
“Assalammualaikum!” jerit Aisyah. “Opocot!” habis melatah Husna dibuatnya. “Engkau ni kalau tak kacau aku satu hari tak boleh ke makcik?Aish..”bebel Husna
“Aku…susahlah Aisyah.Aku kan dah lama minat dekat dia.Takkan tiba-tiba je aku boleh benci dia?Kau tak boleh halang aku Syah.Bukan aku tak nak lupakan dia tapi aku tak boleh!Aku dah cuba dah sedaya upaya aku.Kau ingat senang apa nak lupakan pelangi yang sudah lama mewarnai hidup aku?Dia itu ibarat siang dan malam aku tahu?” Husna mengeluh panjang mengingatkan nasibnya itu.Masih tidak berpuas hati dengan apa yang sudah menimpa terhadap dirinya.

“Bukan salah aku ok?Engkau tu yang mengelamun memanjang.Biar aku teka?Kau teringatkan budak tu ya?Sudah-sudahlah tu Husna!Lupakan je pakwe kau yang penipu besar tu!Aku tak beberapa berkenanlah dengan perangai dia yang dah tipu kau tu.Cukup-cukuplah tu ..” kata Aisyah.
“Banyaklah kau punya ikan!Aku nak seorang teman bukan ikanlah.Hahaha”Husna ketawa terkekek-kekek.Dia berasa sangat lucu pada sangat itu.Dia bersyukur sangat kerana memiliki kawan yang sudi bersama mendengar luahan hatinya.Walaupun dia berasa bahagia di samping Aisyah,tapi jauh di sudut hatinya dia masih merindui si dia.Ya,si dia yang sudah lama menyinari hidupnya.Aizat.Aizat kenapa kau tinggalkan aku?

“Herm,apa yang aku boleh cakap?Suka hati kaulah.Tapi baik kau dengar je cakap aku ni,lupakan dia!Senang cerita.Tutup buku lama,buka buku yang baru.Ala,kumbang bukan seekor kawan,banyak lagi ikan di lautan.” Aisyah tersenyum menyeringai sambil mengenyitkan matanya kearah Husna.     ****** “Saya rasa saya tak nak bersama dengan awak lagi”
“ Tak,saya…..Tahun ni kan kita bakal menghadapi peperiksaan PMR.Saya rasa sebaik-baiknya kita menumpukan perhatian terhadap pembelajaran kita.Awakkan nak berjaya?Kita berjaya bersama-sama sehinggalah tiba masanya SPM,dan mendapat keputusan yang baik kita sambung semula.Boleh?”
Kata-kata Aizat hampir saja membuat Husna pengsan.Kata-kata itu bagaikan ditusuk dengan pisau yang tajam sekali.Husna bingung dan dia kehilangan kata-kata.Bibirnya kelu dan beku.Terkilan buat sementara.Terasa bagaikan dirinya sedang bermimpi.
“Kenapa?Kenapa awak cakap macam tu Aizat?Awak dah tak sukakan saya?Atau awak dah ada orang lain?Apa salah saya”?beribu pertanyaan dilontarkan Husna kepada Aizat.Dia berasa tidak puas hati.Selama ini dia ada buat kesalahan ke? Husna diam seribu bahasa.Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.Kemudian dia tersenyum.

“Baiklah,kalau itu yang awak mahu saya tak kisah”Husna membalasnya. Disebalik senyumannya Husna itu,hatinya menangis.
p.s Diadaptasi daripada kisah sebenar :] Mungkin aku tambah2 sikit..hhhehe
 

Cuya tak sangka Cuya minat tulis2 macam ni? Macam..like seriously?
Sebab tula Cuya kembali blogging,sebab Cuya sedar Cuya suka bercerita..heheh
Dan Cuya rasa cerita atas ni ada kaitan ngan Cuya. KAH!
 

Tuesday, October 13, 2020

Aku Bagi Suprise Box Pada Member Zaman Diploma

Assalammualaikum ,Hello Coconuts!


Harini Cuya baru sahaja hantar suprise box pada kawan zaman diploma dulu.Kalini bukanlah atas sebab untuk bertukar buku,tapi atas dasar suka-suka sahaja.Dia on,Cuya pun On jela...hehehhe

Jom tengok macam mana kotak suprise Cuya kali ni.Takdelah suprise mana,,tapi deko2 sikit2..hehehe

Bagi yang baru disini, jom baca entri Suprise Box yang lain!



Tengok tau video ni!




Apa macam? Okay tak suprise box kalini?
Kalini Cuya buat biasa2 je,ikut kata hati.

Tepek je apa yang ada.
Pembalut putih tu pun Cuya pakai yang untuk recycle punya.
Pakai je apa ada.HAHAHA


.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
..
.
.

.
.
..

.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

..

.
.
.
.
..

.
..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.






TADAA!!


Nampak tak 3D effects tu.
Macam biasa,barang daripada obersee
Nak mencari kat kedai?Jangan harap dapat jumpa.
Sekarang semua dihujung jari sis.Hehe

Hadiah untuk kawan Cuya tu pun semua dari online shop.
Jangan lupa komen,share,like dan subscribe channel saya ya!

Cuya memang tak aktif mana youtube, tapi saja cuba-cuba.Hehe
Please support me!


Terima kasih sejuta lemon!

Adios Amigos~
 

Followers