Thursday, October 8, 2020

DealDebt Menyelesaikan Masalah Hutang Anda!

  


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri kali ini, Cuya ingin berkongsikan dengan korang satu apps yang dapat membantu korang selesaikan hutang yang korang ada. Apps apa tu? Hah ni nak cerita Apps ni diberi nama DealDebt. Sebelum Cuya explain lebih lanjut tentang apps ni, jom kita tengok video di bawah!




Hah! Tengok tak tengok tu? Menarik bukan? Mari Cuya senaraikan fungsi apps ini di bawah


Remind yourself and others of IOUs and never forget them again! DealDebt will make sure that all your IOUs are organized, reminded and settled without the hassle of finding these people! Our mission is to ensure that all IOUs between you and others are settled without difficulty. DealDebt specializes in: • Roommates Splitting rent an bills • Splitting Vacation Fees • Group Trips • Loans and IOUs • Small favours • and many more! DealDebt is so simple to use!: • Register and Login • Add your IOUs! • Select to remind yourself or send through WhatsApp • Keep track of all IOUs with who and when they should pay! • Installments can also be made! • All records are kept safely online for easy access Here are few features that DealDebt is capable of: • Supports Android and Web with soon to be supported iOS • Simplify IOUs to either an installment plan or a one off payment • Categorize Debts into Who owes me and Who I owe • Custom User Avatars • Set Reminders • Send Reminders via WhatsApp • Use Coins to unlock more features for the DealDebt!


Ceritanya, apps ini dapat membantu kita untuk mengingatkan kita tentang hutang yang kita ada. Selama ni kita asyik lupa je kan hutang kita yang melambak. Hutang bil elektrik, hutang duit kutu, hutang sewa rumah dan macam-macam lagi lah!

Macam mana nak guna? Senang je! Jom Cuya ajar korang guna.


                                                          


1) Mula-mula cari apps ni dalam playstore




2)Lepas dah download,nanti tekan next dan akan keluar profile macam ni.
Isi nama kita dan tekan MYR sebab kita punya duit kan Ringgit Malaysia


3)Lepas tu keluar macam ni kan.Kalau ada hutang yang belum bayar atau pun ada orang berhutang dengan kita ,tekan simbol (+)


4) Masukkan nama penghutang atau pemiutang,no telefon, hubungan dan pilih sama ada 'Saya Hutang Awak' atau 'Awak Hutang Saya'
Contoh Cuya berhutang.Jadi Cuya pilih ' i owe you'.Kemudian nyatakan apa yang kita hutang.Macam Cuya contoh berhutang dengan Zuryaty duit postage.
Lepas tu masukkan jumlah hutang.

5)Maka jadi lah begini.Siap dah satu paparan hutang kita.



6)Kat sini pon kita boleh set kan samada hutang dah selesai (Done) atau belum selesai (Not Done)

7) Kalau tekan 'Done' dia akan tulis yang kita tiada hutang lagi..

8) Tiga titik di tepi tu kita boleh setting yang hutang kita ni ke bahagian 'Important' atau penting.


Hah senang je kan? Kat sini Cuya bagi review jujur daripada Cuya.

Manfaat apps ini? Kita bukan sahaja dapat peka dengan hutang yang kita ada malah apps ini mengajar kita untuk uruskan kewangan dengan lebih sistematik. Dengan adanya apps ini segala hutang kita dapat dilangsaikan pada waktu yang tepat sebab didatangi dengan reminder khas. Selain itu, apps ni juga membantu kita untuk mengenal pasti dengan siapa kita berurusan dalam masalah hutang. Apps ini juga mudah difahami.Kalau Cuya tak beri tuto pun,senang je korang nak godek.

Penambahbaikan yang Cuya boleh beri pendapat adalah apps ini mungkin boleh letakkan fungsi di mana, sekiranya kita ada hutang orang yang sama, jumlah hutang itu akan ditunjuk setelah penambahan setiap hutang daripada orang yang sama. Cuya rasa kalau ada fungsi yang  kita boleh setkan target waktu yang kita boleh bayar hutang kita akan membuatkan apps ni memberi kita panduan dan goals untuk kita capai dalam melangsaikan hutang-hutang yang ada. Contohnya, kita ada hutang dan bercadang nak bayar bila duit gaji dah dapat. So,kalau kita ada target untuk sasarkan pembayaran hutang kita,mesti kita boleh agak bila waktu sesuai untuk bayar hutang.

Overall, apps ni sangat simple dan mudah digunakan. Ianya sangat bermanfaat untuk sesiapa sahaja di luar sana termasuk Cuya sendiri.Kita sebagai manusia kan kadangkala tak peka,lupa dan lalai.Apps sebegini memang membantu untuk menguruskan kehidupan kita menjadi lebih baik. Cuya dah cuba,korang bila lagi?


Okay,Cuya nak godek DealDebt ni, adios amigos!




Aku Bagi Suprise Box pada Kasihku Amani

Assalamualaikum ,Hello Coconuts!
Kalini Cuya kembali dengan pertukaran Suprise Box aka Mystery Box.Cuya bertukar kotak kejutan dengan Kak Sha. Cuya yang tanya Kak Sha kalau dia nak tukar, Alhamdulilah dia okay saja.

Kak Sha dah terima,jom baca entri dia.

Bungkusan Keceriaan dari Blogger Cuya


Segmen bertukar Suprise Box ni adalah datang daripada entri ni ya -->Give a book, get a book

Nak tengok tak kotak yang Cuya hantar kat Kak Sha?Tutup mata dulu!...Jangan intai ehhh...hehehe




Video ni adalah proses Cuya hias suprise box.Jangan lupa komen,like dan subsribe ya!







Hahhhhhhh

Terkejut takkkkk
Hahahaa

Apa macam tema kali ni?
Cuya pilih tema Horror dan Halloween.
Korang boleh baca tak apa yang Cuya 'tulis' atas kotak tu.

'JANGAN BUKA!'


Sebelum Cuya pos kotak ni pada kak Sha,Cuya tanya kawan2,bole tak diorang baca perkataan Jangan Buka! tu...siap ada yang respon

"Macam mana orang tu nak buka kalau kau tak bagi?"

Hahahaha

So tu luar dia kan..dalam dia macam mana lak?Kenalah selari dengan tema Halloween tapi Cuya buat cute and simple je.


"Macam ni kau kata cute Cuya??"

Okay yang ni takdelah Cute..but macam spooky gitu~ Kalau sesiapa tak tahu,tu sarang labah2 Cuya amik dekat sarang yang terbentuk di umah nenek.Kreatifkan?
.
.
.
.
Siapa percaya gigi dia gongak😂

Tu web special effect Cuya beli dari obersea...ngeh2 Sanggup tu semata untuk hias kotak.Ala takpela,baru syok sikit nak hias kotak

Sekarang ni jom tengok pembalut untuk setiap barang Cuya bagi kak Sha





Simple je kan?Warna dan design setiap bungkusan bertemakan Halloween. Tepi2 bungkusan tu la items yang Cuya guna untuk deco.

Ada yang komen Cuya kena tambah sprinkles,tapi Cuya just go for what i am doing!..Trust yourself la omputih kata


Apa2pon Cuya harap Kak Sha suka la dengan kotak Horror Cuya ni.Dan saya akan menghantui kak Sha selama-lamanya....Muahahahaha!!


Seronok tul hias2 ni.Hehehe

Okay,lepas ni ada projek kotak lagi.Can't wait!

 

Wednesday, October 7, 2020

Kelas ODL Bakal Bermula dan Aku Menang Hadiah



Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Siang tadi ada live dekat youtube tentang pelaksanaan ODL ( Online Distance Learning) dibawah youtube UITM Cawangan Melaka. Cuya tak melepaskan peluang untuk turut sama terlibat dalam live tu.Cuya masuk lewat tapi masih dapat input yang ingin disampaikan mereka.

 Dengar punya dengar,tiba-tiba ada pop quiz.Hah..bab-bab gini Cuya laju buat kerja! HAHA
Soalan pertama diajukan, Alhamdulilah jawapan Cuya terpilih walaupun Cuya tahu Cuya hentam je. Hehehe Dapat lah menang hadiah. Cuya kena tuntut hadiah tu dekat UITM Alor Gajah. Jauh gak nak menapak ke sana, tapi Cuya akan suruh abang Cuya yang ambilkan nanti.Senang sikit..

Cerita seterusnya, Cuya kelas ODL Cuya bakal bermula! uhuks...Cepatnya cuti habis..Pejam celik pejam celik je dah sampai masanya untuk kelas. Cuya sebenarnya kecewa terpaksa ODL sebab emosi Cuya terganggu .Banyak juga keburukan ODL ni tapi apa Cuya boleh  buat...Covid ni tak terhapus lagi.
Cuya doa semoga Covid-19 di Malaysia akan surut.Amin....

Cuya nak mengeluh pun tak boleh,mungkin ada hikmah berlakunya perkara sebegini.Belajar husnuzon...Insha Allah...


Okay ,sampai sini saja..Adios Amigos

Maaf kalau Cuya dah tak komen kat blog korang,sebab Cuya nak tunggu Google ni baik macam dulu.Kan Cuya asyik spam je,sampai affect bahagian komen...Padan muka XD

Monday, October 5, 2020

Penting ke Chatbox dalam blog?


Assalamualaikum,Hello Coconuts~

Topik di atas tercetus atas sebab masalah yang Cuya sendiri alami. Kalau korang baca entri Cuya sebelum-belum ni, Cuya ada masalah setiap kali nak komen dekat blog orang lain. Masalahnya ialah bila Cuya komen, recaptcha mesti keluar.

Cuya perasan,masalah ni datang bila kita suka spam komen. HAHA..Nilah masalah Cuya.. Cuya suka spam komen and keep commenting dekat blog orang tak henti. Dah jadi satu habit. Jadi,Cuya nak stop komen dalam beberapa hari dan tengok sekiranya recaptcha tu akan berhenti.

Disebabkan Cuya sukar untuk komen , Cuya sangat mengharap setiap blog yang Cuya kunjung,ada chatbox untuk Cuya tinggalkan jejak.Tapi sayangnya,kebanyakan blog tidak menyediakan kemudahan chatbox dan ini menghampakan Cuya. Mungkin mereka ni ada alasan tersendiri kenapa tak nak letak chatbox. Tapi, disebabkan wujudnya orang macam Cuya, ketiadaan chatbox menyebabkan Cuya tidak dapat meninggalkan jejak Cuya di blog yang dikunjungi. Agak sedih la disitu...

Cuya nak beritahu blogger tu yang "Cuya di sini!"  Hahaha Kebiasaannya Cuya suka meninggalkan jejak di komen, kini terpaksa stop. What to do?


Yang hampa

Cuya


Sunday, October 4, 2020

Puisi Adat dan Warisan



Assalamualaikum, Hello Coconuts!  Tadi, baru je upload video dekat youtube. Jadi Cuya nak share dekat sini la ya... 

Jangan lupa,komen,share dan subscribe!




Video ni adalah montaj untuk Kelab Warisan dan Kebudayaan di UITM Bandaraya Melaka.

Cuya adalah sebahagian daripada Kelab ni.hehehe

Jadi pendeklamasi puisi ini adalah Cuya.Sebab diorang tanya,siapa yang pandai berpuisi semua ni,Cuya cakap jela Cuya tahu juga sikit2. Setakat taram2 ni senang je. HAHAHA
Taram= Pakai hentam je!

Hope you like it! :D

Adios amigos!


Followers