Friday, March 6, 2026

Sahur dan Berbuka


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya biasanya masa bulan Ramadhan ni tak rajin nak ambil gambar makanan untuk sahur dan berbuka.

Walaupun hari2 memasak, memang tak terasa nak tangkap gambar pon. Kadang menu sama je berulang kali.

So mana yang ada jela Cuya post ya.
Dah masuk hari ke - 16 puasa kan berdasarkan tarikh harini. Kejap lagi dah nak sahur, Cuya masih belum tidur lagi.

Tiba2 teringat kat blog yang sendu ni. Kononnya nak rajinkan diri update, tapi apakan daya diri terlalu tidak berdaya dek kerana berpuasa. Ceh! Terpaling berpuasaaaa. Hahaha


Haritu singgah bazar Jasin,ternampak mochi gemok ni. Saja teringin nak cuba. Tapi rasa dia biasa je nyahh. Dalam dia rupanya inti cream macam durian krepe. Tapi mahal sebijik je Rm4. Not gonna repeat again.



Banyak hari Cuya memang akan masak sup sayur atau sup ayam. Simple2 jela ikut apa bahan ada di dapur.


Sahur makanlah telur mata kerbau, sambal dgn sup sayur. Makan sikit je pagi2. Puasa ni nak juga turun berat badan. Hehe



Masak sambal ayam. Kadang2 sambal ayam tomato, kadang sambal ayam + kicap.

Masak hentam sajalah labu. Asalkan sedap dimakan.

Repeat makan benda yang sama ajer. Hahaha


Bulan puasa ni takde stok sambal ikan bilis, tak nyempat nak beli. Kalau tak boleh dijadikan penyelamat.

Adalah beli satu serunding halia dekat bazar sebab dia macam sambal gak. Bolehlah buat rasa2. Mahal gak sebekas kecil Rm10.

Lebih baik buat sambal sendiri je dekat rumah. Aah la bulan puasa ni Cuya tak masak lagi sambal signature Cuya, sambal totok.

Nantilah Cuya try buat. Taktahula Cuya rasa Ramadhan kalini first time Cuya yg sediakan juadah bersahur dan berbuka. Selama ni ibu yang masak.

Hermm dah dewasa dah aku yaa. Layak untuk kahwin dah. Di bulan yg mulia ni ramai2 doakan Cuya dipertemukan dan dipermudahkan untuk bertemu jodoh yg paling terbaik dunia dan akhirat buat saya.

Aamin ya rabb.

Tak nampak lagi batang hidung jodoh. Orang kata jodoh tu ada, jarak dia senipis sehelai kertas.. tapi entah mana la dia berada sekarang.


Till then, adios amigos 👋🏻 

Followers