Assalamualaikum Hello Coconuts!
Alhamdulilah bangun pagi ni segar. Dah siap sarapan pagi dan minum sekole kopi. Biasalah Cuya dan kolenya tidak dapat dipisahkan.
Harini Cuya nak review buku motivasi ' Bukan Menyerah Tapi Lelah Berjuang ' tulisan Hijanah Hazalif.
Mungkin ada sebahagian daripada korang yang kenal Aisyah Hijanah dan Alif Teega yang merupakan influencer terkenal dalam kalangan anak muda di Malaysia ni.
Dan Cuya juga merupakan peminat diorang juga tapi bukanlah peminat tegar. Selalu sapot bisnes buku diorang sebab Cuya kan suka buku motivasi.
Cover depan buku. Penggunaan warna yang sweet dan menenangkan. Btw Cuya dapat buku ni free sebab beli planner. Harga asal dia Rm32.90
Isi kandungan dia
Dalam buku ni ada mengajar cara kita nak kawal emosi.
Sebagai manusia biasa kita digalakkan untuk tidak memendam perasaan dalam hati. Kalau boleh diluahkan, kita kena luahkan pada orang yang kita percayai.
Kita juga nak didengari bukan? Kalau pendam lama-lama nanti mental kita sakit.
Contoh macam blogging ni pon salah satu cara meluahkan rasa dan release tension.
Kalau taknak blogging, boleh tulis diari atau pada notes dalam phone masing2.
Nampak dia tulis " Remember, life is too short to be wasted! You deserve to be happy."
Hidup ni terlalu singkat untuk kita bersedih jer. Jadi luangkan masa untuk buat sesuatu yang bagi kebahagiaan buat diri kita.
Kalau suka makan, pergi jalan cari makan. Kalau dengan travel beri happiness, pergi jalan2. Buatlah apa apa sahaja asalkan kita gembira.
Sedih lama-lama pon apa dapat?
Tapi nak bersedih tak salah. Ikutlah kita nak menangis ke, nak meraung ke, nak tergolek sekalipon, lepastu kena janji dengan diri sendiri untuk bangkit balik lepas dah jatuh. Jangan terlalu ikut perasaan sangat sampaikan diri jatuh sakit.
Kalau sakit siapa yang susah? Diri sendiri juga yang susah kan...
Ini bukan pengakhiran cerita kita, ini baru permulaan.
Dalam buku ni pon ada juga dia selitkan ayat Quran. Buku ni bertemakan motivasi islamik sebab tu ada doa-doa dan ayat Quran jadi memang bagus sebagai panduan.
Pada hakikatnya, kita kalau nak sayang sesuatu mestilah berpada-pada. Baik kepada ibu ayah, pasangan mahupun anak-anak semuanya perlu berpada-pada. Supaya apa? Supaya andai satu saat nanti, kita terpaksa pulangkan semula pada Allah dan saat itu kita reda dengan ketentuan Allah mengambil semula apa yang telah dipinjamkan kepada kita.
Apa apa di dunia ini semuanya bersifat sementara. Baik manusia, binatang, tumbuh tumbuhan atau harta benda. Tiada yang kekal abadi.

Teruskan berdoa kepada Allah memohon redanya. Disebabkan Cuya manusia yang alpa, jadi Cuya selalu baca buku motivasi begini.
Sebab takde siapa yang boleh bantu Cuya kalau bukan diri sendiri. Membaca adalah jambatan ilmu.
Jadi rajinkan lah diri untuk banyak membaca sebab tak rugi pon. Tiba2 teringat pula zaman sekolah Cuya jadi librarian, seronok dapat pinjam banyak buku. Alhamdulilah kenangan indah
Apa apa pon Cuya bagi buku ni 5 bintang sebab sangat bermanfaat. Cuya dah khatam 2 kali!
Till then, adios amigos.









Morning..Nice book ya =D
ReplyDeleteMorning kak.. ya, very nice book hehe
Deletemorning Cuya...
ReplyDeleteMorning kak 😁
DeletePasangan viral ni hari tu baru la kenal tapi tak ambil port pun. Ye betul tu letak rasa kecintaan kepada Allah no1, kalau letak manusia no1 nanti sampai masa kita akan rasa kecewa bila ditinggalkan. Tapi Allah sentiasa bersama kita.
ReplyDeleteYa kes viral dulu
DeleteYa betul, bila pengharapan letak pada manusia pd akhirnya akam kecewa
Sala cuya, morning.. lama sgt MA x jengah ke sini.. sorry sgt key
ReplyDeletemoga cuya sihat2 ajer..
Ian & Iris pun suka baca buku motivasi mcm ni.. MA kadang2 pinjam gak tapi mesti emo bila baca, deep sgt
Ya MA..Kadang baca buku macam ni boleh emosi tiba2 sebab terkesan dgn kata2 hehe
Deletemorning cuya! bagus baca buku2 self-help gini :) it makes our innerself stronger
ReplyDeleteMorning! Betul2.. sedikit sebanyak membantu
DeleteBagus sesekali baca buku motivasi. Membangkitkan semangat dalaman juga ni.
ReplyDeleteAlhamdulilah betul tu. Sangat2 membantu
Deletebuku motivasi kadang2 ada yang bosan. tapi bila baca review ni saya rasa macam nak baca juga
ReplyDeleteKena cari buku motivasi yg penulisannya santai baru syok nak membaca hehe
DeleteSangat menarik tu kalau sampai 2 kali khatam.
ReplyDelete