Wednesday, June 18, 2025

Durian dan Photodumps


Assalamualaikum hello Coconuts!

Semalam ikut ayah pergi darat tengok durian
Entah angin apa datang, tiba2 nak mengikut.
Nasib baik takde babi hutan 🐷 



Ayah tengah buka pagar



Dah start masuk hutan


Bawa tong nak isi durian



Tengok ni jumpa durian comel hahaha




 Ini je dapat tapi ni durian yang monyet dah cabut sebab belum masak. Durian lain dah dimakan monyet huhuhu



Roti bakar sapu kaya dan majerin untuk minum petang




Malam semalam kemas baju untuk recyle.
Malam2 jugak Cuya suruh ibu sama2 buat dengan Cuya sebab asyik tangguh je kan.

Time rajin kita buat 

Harini masak nasi goreng daging kurban. nyummm


Haritu apply skill kelas masakan utk buat minuman Pina Colada atau jus nanas santan.

Abang kata sedap.

Senang je buat

Nanas
Santan
Gula
Garam kalau nak
Ais

Pastu blend je semua kecuali ais.

Simple janji sedap.

Okay tu saja update harini
Till then, adios amigos!



Monday, June 16, 2025

Takdir Allah itu Tiada Kebetulan






> Kadang-kadang kita tertanya-tanya,
> “Kenapa jalan hidup aku begini?”
> “Kenapa doa aku lambat makbul?”
> “Kenapa orang yang aku sayang pergi?”
>
> Tapi hari ini aku nak ingatkan diri sendiri dan juga kamu yang sedang baca – **takdir Allah itu bukan satu kebetulan.**

Setiap peristiwa, sama ada yang buat kita tersenyum atau menitiskan air mata, semuanya telah disusun rapi dalam pelan-Nya yang Maha Tahu segalanya.

Pernah tak kau lalui satu fasa dalam hidup di mana kau rasa semuanya gelap? Tapi bila kau toleh balik selepas beberapa bulan atau tahun, kau sedar…
“Rupanya Allah tarik benda tu dulu supaya aku jadi lebih kuat.”
“Rupanya yang aku anggap kehilangan itu sebenarnya penyelamat.”
“Rupanya Allah gantikan sesuatu yang jauh lebih baik.”

💫 **Tiada satupun langkah yang kau ambil dalam hidup ini yang sia-sia bila kau sandarkan semuanya kepada Allah.** Bahkan, orang yang muncul dan pergi dalam hidup kita pun Allah yang hantar – untuk ajar sesuatu, atau untuk ubah sesuatu dalam diri kita.

 ✨ **Tiada Kebetulan dalam Kamus Tuhan**

Kita manusia, kita nampak sekadar hari ini dan semalam. Tapi Allah – Dia tahu seluruh perjalanan kita dari lahir sampai ke liang lahad. Maka bila Dia aturkan sesuatu, walaupun kita tak faham sekarang… sabarlah.
Satu hari nanti, kita akan bersyukur kerana takdir-Nya jauh lebih cantik dari apa yang kita sangka.

> “Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk untuk kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
> *(Surah Al-Baqarah: 216)*

Jadi hari ini, marilah kita belajar untuk redha. Bukan bermaksud kita pasrah tanpa usaha, tapi kita yakin – **apa yang datang dan apa yang pergi, semuanya telah tertulis sejak azali. Dan tak pernah pun Allah silap menulis.**

---



Wednesday, June 11, 2025

Belajar Masak Pizza

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Harini Cuya ada kelas masakan lagi. Kalini Cuya belajar masak pizza pulak. Ingatkan belajar masakan Melayu, rupanya masih western ya. Hahaha

Senang saja buat pizza ni sebenarnya. Asalkan ada bahan dan kerajinan. Hoho

Harini kelas, Cuya bersama makcik2, tak ramai pon berempat je 😂. Cuya la paling muda

Kelakar, Cuya duk dengar jela diorang bercerita sambil Cuya senyum je. Nak menyampuk tak boleh 😂 

Masuk masuk je kelas, cikgu dah tanya "Awak pakai perfume apa eh? Wangi"

Wah dari jauh cikgu dah bau perfume Cuya 😂 
Kita pon share la perfume kita pakai.



Resipi mudah pizza
Maaflah tulisan tak berapa jelas hehe 



Bahan2 dimasukkan dalam adunan 



Doh tu timbang 170 gm pastu kita bentukkan jadi pizza kecik




Kita sapu sos tomato
Letak la semua bahan2 atas doh

Then siap untuk dibakar


Tengok semua mak2.
Takpe yang penting kita rajin nak belajar


OOTD harini...
Si matahari Cuya bersinar ✨ 

Alhamdulillah boleh bawa balik pizza bayar Rm6. Sedap tauuu


Resipi simpan sini nanti boleh refer.

Agak2 akan datang belajar masak apa pulak yaa

Till then,
Adios amigos!


Tak Pernah Jangka Benda Macam ni Jadi


Assalamualaikum Hello Coconuts!


Aidiladha dah berlalu, Cuya tak sempat up cerita dekat sini. Just some random story with random picture



Hari raya sebenarnya ada banyak lauk yang kakak ipau Cuya bawa ke rumah.
Rendang ada, lodeh, ayam masak merah, ikan patin tempoyak, nasi tomato


Tapi Cuya tak tangkap gambarla.
Kak ipau memang rajin memasak. So alhamdulillah kami semua dapat merasa.

Gambar atas ni Cuya tengah sediakan bahan untuk masak rendang ayam.


Bahan2 kisar

Bawang merah
Bawang putih
Serai
Kunyit
Halia
Cili padi 
Cili hidup


Bahan2 ni nanti kita tumis dulu.

Kadang ada orang masak tak tumis jadi rasa dia kureng.

Ibu punya style tak masuk kerisik kecuali kalau masak daging .


Nanti dah tumis semua, kecutkan ayam pula.
Masukkan santan 2 biji.
Masukkan asam keping
Masukkan daun kunyit dan serai 2 batang yang telah dititik.


Gambar yang dah siap lupa nak amik 😂 
Tahu tahu dah masuk perut 😜



Lepastu abang sulung dengan abg no 3 datang raya rumah Jasin.

Takdelah meriah, mana yang ada jela datang.
Kemudian abang no 4 pulak balik


Anak buah Cuya pagi2 dah pakai macam panglima. Kemain lagi


Malam singgah ecoshop beli jajan dan buku nota. Rumah ni ada banyak buku nota tapi nak juga beli lagi. Hehe


Chocolate ni serious sedap memang ada rasa durian. Nanti korang try cari kt ecoshop.
Berbaloi beli.


Selfie la sesekali.
Nak kompidem, kena la selfie 🤳🏻 😂


Sebab dah suka mamee chef lontong ni, kita belilah dalam paket. Sedap amat tapi takleh makan selalu kan


Beginilah hasilnya. Sedap!

Korang patut try



Malam juga abang ajak pergi Zus coffee

Macam biasa dia belanja. Moga dimurahkan rezeki abang ku untuk belanja lagi. Aamin

Kita first time try coconut latte. Boleh tahan sedap. Tapi kita add on coffee BOSS. Memang pekat gila coffee tapi mantapppp


Apa perkaitan tajuk entri?

Yalah, kita tak pernah jangka masa depan kita macam mana, apa yang akan kita buat, ada rezeki yang datang tiba-tiba.

Jadi kita sebagai manusia just follow the flow perancangan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Pasti ada hadiah menanti kita di hujung cerita. Aamin InshaAllah 

Sentiasa bersangka baik dengan Allah ✨ 



Thursday, June 5, 2025

Program Sijil Kemahiran Modular Kemas (SKMK) , KEMAS Parlimen Jasin

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pada 4 Jun dan 5 Jun 2025, Cuya telah menghadiri satu program Sijil Kemahiran Modular Kemas ( SKMK) Bidang masakan bertempat di Kemas Parlimen Jasin, Pusat Masakan Kesang Jaya.

Saja Cuya join isi masa lapang. First time Cuya join KEMAS ni. Sebelum ni taktahu nak mohon kemasukan macam mana, nasib baik ada sedara yang maklumkan pada Cuya.

Masakan yang Cuya belajar adalah masakan Western ataupun Barat. Well, Cuya memang berlidah barat so memang sesuai amat join.Ceh! 😂. Muka Melayu, acah mat saleh pulok! Hahaha




Jarak rumah Cuya dengar KEMAS ni tak jauh, dalam 5 minit je.

Program start drpd 8am-5pm


Pendaftaran dulu. Kena scan QR code untuk ambil kedatangan


Suasana dalam pusat ni.



Duduk di meja disediakan.


Cikgu kami, Cikgu Farisha sedang memberi pengenalan.



Kertas berisi resipi untuk 2 hari program.
Sesiapa nak tengok lebih lanjut boleh try cari tiktok kemas jasin.





Pembikinan resipi pertama.



1) TUNA STEAK SANDWICH 🥪 



Bahan2 yang dicampur untuk sandwich .
Senang je buatnya, main campur2 je.


Sorry gambar cikgu blur pulak. Hehe
Tapi masa ni cikgu tengah mengajar.

Pembikinan air. Air apa agak2?



2)EARL GREY TEA LEMON WITH HONEY.

Sumpah sedap air ni 😋 


Ni teammate Cuya. Iffah namanya.
Cuya kan peramah, jadi kita buatla kawan kat sana. Baru teringat yang Iffah serupa ngan rommate Cuya zaman study, patutlah familiar.

Tapi hari kedua iffah takde sebab demam. Get well soon Iffah!


Teammate Cuya yang lain.
Dari kiri, Fatiha, Ainur, Nisa


Nak share dulu random photos











Menu seterusnya berasaskan ayam. Agak-agak menu apa laaa

Kita nak perap ayam sekejap selama 15 minit


3)SALAD AND HOLLANDAISE SAUCE











Teammate Cuya. Dari kiri, Cuya, Fatiha, Ainur, Adlina, Puan penyelia, Nisa , kak Awanis




4) SPICY WATERMELON MOJITO

Air ni ada cili untuk rasa pedas sikit. Sedap!



Bergambar lagi sebagai kenangan









5)ROASTED HOT CHICKEN

ni pon sedappp... pokoknya semua sedap la! Hahaha 


Sesi potong ayam


Nak buat kek!





6) VICTORIAN SANDWICH CAKE 🍰 



Cantik deko group sebelah. Nampak menyelerakan!




Hari Kedua 5 Jun 2025



Masak menu seterusnya



7) BABY SPINACH FETTUCINI

Ni serious sedap. First time makan tapi best 


Resipi seterusnya kita guna Quinoa.
Nilah Quinoa sesuai untuk orang diet

Harga dalamRm12 lebih



8) QUINOA SERVED WITH JAMAICAN CURRY



9)FRENCH RATATOUILLE 

Kalau sesiapa minat kartun mesti pernah tengok cerita Ratatouille. Ni la makanan dalam kartun tu.




Seterusnya menu air lak. Nampak tak tu buah apa?


Hidangan peserta untuk serve VIP





10) GOURMET BREAD & TOMATO SOUP.

Gourmet bread digantikan dengan roti Gardenia. Roti tu kami sapukan dengan garlic spread pastu kita bakar.

Sedap betul makan dengan soup tomato.






11)Jus Pina Colada

Gabungan antara nenas dan santan. Unik kan? Tapi memang sedap do'oh. Korang kena try.


Majlis penutupan 


Penyampaian cenderahati 






17 peserta kesemuanya 

Overall Cuya suka dengan kelas masakan ni walaupun hari kedua agak keletihan tapi yang penting makan sedap yaa 

Alhamdulillah selesai sudah program ni, next program taktahu bila dan sama ada Cuya free atau tidak itu kita taktahu. Tapi Cuya dah daftar sebagai peserta. Mana tahu belajar masakan lain lak kan.

Bagusnya program ni semuanya PERCUMA.
Tu yang best.




Siap ada apron sendiri guys.
Sampai balik tak buka2 apron sebab nak showoff kat ibu 😂 


Moga ada rezeki untuk belajar banyak perkara bermanfaat di masa akan datang.
Lepas ni dah boleh masak western untuk diri sendiri. 

Yang bestnya, 4 Jun tu Birthday Cuya.
Kelas masakan ni sebagai hadiah untuk Cuya 😘

Alhamdulillah panjang umur, murah rezeki.
Doakan Nurnasuha dimewahkan dengan rezeki berlipat ganda, dirahmati Allah selalu dan diberikan kecemerlangan dunia dan akhirat. Aamin ya Rabb


Till then,
Adios amigos!












Followers