Friday, May 30, 2025

Malas Yang Dirajinkan

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Kalau duduk rumah ada masa ibu akan request Cuya yang memasak. Kadang tu mood memang tengah malas tapi kita ada orang untuk disuap makan. Maka malas itu dirajinkan . Hahaha

Dekat rumah ni kami kadang² masak, kadang2 mood membeli luar saja. Tukar- tukar angin orang kata. Takdelah bosan gitu enn


Nasi goyeng buat semalam sebab ada lebihan nasi. Biasa kalau ada lebihan memang menggoreng la kita.

Main campak² je ni janji sedap


Gulai cili padi.

Masak simple je sebab ibu request maka kita tunaikan dan rajinkan diri

Semalam masak untuk berbuka


Semenjak dah mula balik affiliate, maka kita pon gigihkan diri review barang.

Cuya banyak dengar tips affiliate dekat tiktok.

WAJIB KONSISTEN POS VIDEO.

Maka dengan itu Cuya pon hari-hari pos video.
View tak penting, yang penting sabar dan konsisten.

Memang amik masa video nak fyp besar, tapi sampai masanya mesti boleh convert video ke sale. Dulu Cuya pernah affiliate,tapi kejap jela.

Dapatlah duit kupi kupi. Hehe


Tula Cuya sibuk buat video affiliate review barang. Tapi tak semualah ada bag kuning.

Cuya guna teknik sandwich, selang seli video bag kuning dan takde bag kuning.

Doakan Cuya konsisten buat affiliate dan sabar buat video. Aamin



Harini ibu request sambal tok tok ikan bilis.
Ibu kata sedap..
Alhamdulillah Allah bagi sedap


Syukur tu la update sikit drpd Cuya
Kalau nak tengok tiktok Cuya search je @nacuyaa


Till then, adios amigos!


Wednesday, May 28, 2025

Berdamai Dengan Takdir dan Photodumps

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pernah tak korang sebagai seorang yang uruskan rumahtangga rasa penat sangat. Contoh tengok pinggan menimbun dalam sinki rasa macam " haishh ada pinggan lagi nak basuh?"

Bila tengok baju menimbun pon ad perasaan macam tu.

Ada masa Cuya macam tu la rasa, penat kena buat rutin yang sama. Mungkin surirumah lain pon merasa benda yang sama.

Tapi, bila Cuya nak settlekan rutin tu Cuya cakap la pada diri, " Aku buat kerana Allah". Lepastu baru Cuya boleh buat kerja tu dengan senang hati. Cuya cuba berdamai dengan takdir, mungkin inilah ketentuan Allah untuk Cuya bersedia mendirikan rumahtangga satu hari nanti.

Bukan senang kan nak berdamai dengan takdir, tapi boleh diusahakan bukan? Semoga semua orang yang uruskan rumahtangga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Aamin ya rabb


Photodumps harini:


Harini sedara ibu singgah rumah dia bagi kain batik lepas. Alhamdulillah 


Pastu minum kopi radix kunyit hitam
Sementara stok masih ada


Singgah pasar malam Rabu di Taman Maju Jasin. Ibu pesan beli buah epal dengan anggur.

Epal 7 biji Rm10
Anggur sebekas Rm13


Selfie bersama ayah yang berpaling wajah

Muka ku disinari Cahaya Keimanan dan ketakwaan 🤣🤣



Singgah beli nasi kerabu, tiber je teringin


Teh ais Rm5


Dari haritu asyik beli takoyaki je. Favourite
Rm10 10 biji



Nasi kerabu Rm9



Malam tugas melipat baju.
Baju ayah paling banyak sebab ayah akan tukar2 baju pergi masjid

Duduk bertiga tapi baju macam 10 orang punya baju 😂. Tu yang Cuya duk cakap berdamai dengan takdir.

Moga Allah reda dengan apa yang Cuya buat untuk ibu dan ayah.
Ya Allah permudahkanlah urusanku dunia dan akhirat, berikan aku kecemerlangan buat ku dalam urusan dunia dan akhirat. Aamin



Till then,
Adios amigos!






Cabaran Inggeris 60 Saat : Topik Reda

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Lama sudah tak share link tiktok Cuya.
Harini kita nak share cabaran 60 Saat untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Dengan cara ni Cuya boleh praktis Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Cuya buat saja2 je isi masa lapang. Takdelah pos video Inggeris manjang.
@nacuyaa

60 seconds English Challenge Day 2. I will not consistently post this challenge cause i just do it for fun. Biasa pos makeup transition je. challenge ni sebab nak practise cakap English, kalau lama tinggal nanti tak fasih lak cakap omputih. Practise make perfect

♬ original sound - nacuyaa - nacuyaa



Cuya takdelah fasih berbahasa Inggeris tapi bolehlah buat raso2. Yang pentim kompidem kena ada hahahaah.

Cara ni mudahlah nak fasihkan diri bercakap dengan baik. Berhadapan dgn kamera punya konfiden pon bertambah kalau selalu bercakap kan. Moga usaha ni membantu untuk perbaiki cara Cuya bercakap mat saleh. Hehe

Till then, adios amigos!

Monday, May 26, 2025

Masak-masak makan-makan

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Apa punya tajuk daa harini. Hentam sajalah labu. Nak cerita pasal masak memasak. Lepas masak mesti kita makan memakan lak 😂 

Ni cerita semalam dan harini, kita gabung je satu entri. Moga seketul Cuya rajin tulis entri. Aamin.

Bukan senang nak konsisten menulis kan. Dulu Cuya tak aktif sangat pon sebab mood selalu kelaut. So blogging sekarang untuk masa lapang jer. Kadang Cuya tak post sangat hari-hari.


Semalam Cuya dan ibu masak daging sambal. Sama2 memasak, biar cepat siap.
Bersatu teguh bercerai roboh...tiberrr

Makan dengan kicap Habhal memang sedap do'oh.

Teringat kak ipar cakap pasal abang Cuya. Masak apa2 je mesti nak letak kicap dalam nasi. Kicap tak tinggal. 😂 

Agaknya abang dah biasa makan kicap dekat rumah dari dulu. Tak lengkap takde kicap.


Cuya minum kopi radix.
Kopi ni takdela selalu ad kat rumah.
Kalau ad Cuya minum je. Memang keluarkan angin dalam badan. Mesti terkentut selalu.



Harini masak ayam sup tapi takde sup bunjut.


Resipi

Ketulan ayam potong
Sayur brokoli dan kubis
Cili satu ketul
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Secukup rasa


Lepastu pandai2 la korang masak. Malas den nak nulis cara2 dia 😂 😂 

Hidup ni simple! Jangan nyusahkan diri. Kekeke
Ala pembaca blog Cuya rata2 semuanya mak mak yang pandai memasak.

Saya ni noobies kubis je bab memasak.
Memasak boleh, tapi tidaklah hebat.

Saya masih banyak lagi nak belajar.

Tunjuk ajar ku siput sedut!!
(Tunjuk ajarku sifu!)


Korang pandai memasak tak?


Sunday, May 25, 2025

Idea Untuk Entri Blog



Kalau tengah stuck fikir nak tulis apa dalam blog, jangan risau — ramai yang pernah rasa macam tu.

Cuya nak share beberapa idea entri blog yang senang nak tulis dan pembaca suka baca:

Tips & Trik Harian

Ceritakan sesuatu yang selalu korang buat yang bantu hari korang jadi lebih baik. Contohnya, cara simple nak boost mood bila rasa down, atau rutin pagi yang buat korang rasa power.

Pengalaman Peribadi

Orang suka baca cerita real, bukan teori. Kongsi pengalaman korang — macam cabaran cari kerja dekat kawasan kecil atau macam mana korang atasi rasa sunyi.

Listicle Mudah

Senaraikan topik tertentu, contoh: “5 Makanan Yang Boleh Boostkan Tenaga” atau “7 Hobi Santai Yang Buat Hidup Lebih Ceria”.

Motivasi & Inspirasi

Tulis benda yang boleh bagi semangat kepada orang lain, contohnya pasal pentingnya bersabar dalam cari jodoh dan kerja.

Review Produk atau Tempat

Kalau suka sesuatu produk atau tempat makan, buat review jujur. Selain bantu orang, boleh jadi side income juga.

Panduan Mudah

Buat tutorial langkah demi langkah, contoh “Cara Buat Resume Simple Tapi Power” atau “Langkah Simpan Duit Untuk Beli Kereta”.

Kalau rasa stuck, pilih satu idea dan tulis secara santai. Blog bukan nak perfect, tapi nak kongsi apa yang kita rasa dan alami.


Apa lagi idea yang korang tahu? Boleh kongsikan di ruangan komen!

8 Cara Realistik Cari Duit Online Untuk Perempuan


Zaman sekarang, cari duit tak semestinya kena keluar rumah. Kalau korang minat menulis, suka share benda menarik, atau rajin explore apps baru — peluang untuk jana pendapatan online memang terbuka luas. Ini antara idea-idea yang realistik, mudah mula, dan sesuai untuk perempuan:

1. Menulis & Blogging
Kalau korang suka tulis pengalaman hidup, review barang, atau kongsi tips, buat blog boleh jadi sumber pendapatan. Bila blog ada pembaca, korang boleh pasang iklan (Google AdSense), buat paid review, atau letak link affiliate.

2. Affiliate Marketing
Kongsi link produk dari Shopee, Lazada, atau TikTok Shop. Bila orang beli guna link tu, korang dapat komisen. Daftar je kat Involve Asia atau AccessTrade. Bestnya, tak perlu keluar modal pun.

3. Jual Produk Digital
Contohnya e-book, planner, wallpaper telefon, template IG, atau poster motivasi. Kalau minat design, guna Canva pun dah cukup. Jual kat Shopee, Etsy, atau promote kat Instagram.

4. Jual Barang Preloved
Kalau banyak baju, tudung, atau barang makeup yang tak pakai — jual je online! Guna Carousell, FB Marketplace, atau Telegram. Ramai orang cari barang murah yang masih elok.

5. Guna App Survey
Apps seperti YouGov, Milieu, AttaPoll atau Rakuten Insight bagi duit untuk isi survey. Memang tak besar, tapi berbaloi kalau kita consistent dan ada masa lapang.

6. Freelance Services
Ada kemahiran menulis, design, atau translate? Korang boleh ambil upah buat kerja freelance di Fiverr, Upwork atau cari klien di FB group. Kalau belum mahir, boleh belajar secara percuma di YouTube.

7. Buat Content di TikTok / IG
Kalau  suka buat video, boleh mula share tips, motivasi, atau review produk. Bila followers dah ramai, boleh dapat income dari affiliate, live TikTok, atau paid post.

8. Dropship
Jual barang tanpa pegang stok. Kita hanya tolong promote, bila orang beli, supplier akan pos. Daftar dengan platform dropship macam Kumoten, OnPay, atau cari supplier dari Shopee.

Penutup:
Tak kisah korang pelajar, belum kerja, atau suri rumah — rezeki online ada kalau kita usaha dan rajin belajar. Jangan risau nak mula kecil-kecilan. Yang penting, kena konsisten dan tak cepat putus asa.

Kalau  rasa entri ni bermanfaat, kongsilah dengan kawan-kawan. Mana tahu, boleh jadi rezeki sama-sama.




Saturday, May 24, 2025

Ayah Berjumpa Teman Lama

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini bangun awal sebab nak jumpa kawan navy ayah di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh.
Kawan ayah ni memang lama dah rapat sejak dulu lagi. Ada sorang lagi kawan rapat ayah tapi berada di Perak.

Kawan ayah namanya Pakcik Zainal, dia memang datang dari Perak sebab tu ayah nak jumpa dengan dia. Sebab susahkan nak jumpa jauh².



Cuya lama tak berjubah, last bila pakai taktahu.
Alhamdulillah masih muat lagi bajunya.
Ada gaya penyanyi nasyid tak? 😂 


Posing depan pintu rumah jela mampu




Cam biasa kita mesti mekap punya
Tepek fondesen, eyeshadows semua. Haha



Ayah bersama Pakcik Zainal.
Kami datang hotel dalam 9 lebih pagi .
Pakcik Zainal dan isteri ada program HPA. Korang tahu HPA? yang kopi radix tu.

Ibu pon ada pesan isteri pakcik Zainal untuk bawa kopi. Ibu beli 5 papan kopi kunyit hitam.
Lepas tu makcik bagi 2 papan free



Pakcik Zainal dan isterinya Makcik Ju.
Bukan senang dapat jumpa ni




Pakcik Zainal dengan makcik Ju punyalah rajin nak suruh Cuya dengar talk HPA. Cuya tolak la cara baik sebab takleh lama² kat sana.

Kita lak bukan ahli HPA kan, segan je


Ayah bersama Omar anak pakcik Zainal.
Dah dewasa dah, dulu kecik2 jumpa selalu main game kat komputer.



Balik kempunan takoyaki, jadi kita pon beli Rm10.

Sengaja tinggalkan 2 biji dekat dapur, cadangnya bangun dari tido nak makan lagi.

Eeh ehhh habis sudah di ngaapp ibu ayah
Ingatkan diorang tak suka.

Takpela rezeki diorang. Alhamdulillah Cuya dah makan banyak hehe


Macam mana dengan hari korang?
Apa aktiviti harini?


Friday, May 23, 2025

Macam mana nak belajar redha dengan takdir Allah?


Redha bukan bermaksud kita gembira bila diuji. Redha maksudnya kita tetap memilih untuk percaya, walaupun hati kita sedang retak. Dan nak redha tu sendiri pun dah satu bentuk keimanan yang sangat indah.

Macam mana nak belajar redha dengan takdir Allah?


1. Akui Perasaan Dulu

Allah tak suruh kita jadi kebal. Menangis bila kecewa, sedih bila rasa tertinggal — semua tu manusiawi. Nabi pun menangis. Redha bukan bermaksud tak rasa apa-apa. Ia bermaksud: aku rasa perit ni… tapi aku tetap percaya Allah tahu kenapa.

2. Berdoa Dengan Jujur, Bukan Formal

Kadang kita terlalu ‘beradab’ dalam doa sampai kita lupa boleh jujur:

“Ya Allah, aku penat. Aku takut. Aku sedih. Tapi aku nak belajar percaya pada Kau. Tolong aku.”


3. Ingat: Penantian Bukan Penolakan

Bila Allah lambatkan kerja atau jodoh kau, bukan sebab Dia lupakan kau. Mungkin Dia sedang lindungi kau dari sesuatu. Mungkin Dia sedang siapkan sesuatu yang lebih sesuai untuk versi kau yang lebih matang nanti.

4. Cari Jalan Kecil Untuk Bangkit

Redha bukan pasrah duduk tunggu. Redha adalah: aku usaha, tapi aku tak akan kecewa kalau Allah beri jawapan lain. Cuba bangun sikit-sikit — daftar kursus, tulis diari, ambil angin, peluk mak, atau sekadar cakap dengan seseorang. Redha dan usaha boleh berjalan serentak.

5. Ingat: Allah Tak Akan Uji Kalau Tak Mampu

Ayat ni selalu kita dengar, tapi kalau direnung betul-betul — ujian ni bukan bukti kau lemah, tapi bukti kau kuat. Allah tahu hati kau boleh diisi dengan iman, walaupun sekarang penuh luka.

Kalau malam terasa sunyi sangat, dan fikiran mula sesak — tak salah kalau kau duduk, pandang langit, dan cuma cakap:

“Ya Allah, aku serahkan semua pada Kau. Aku tak tahu jalan mana, tapi aku tahu Kau tak akan sia-siakan aku.”

Moga kita sama-sama belajar untuk redha dengan ketentuan Allah. InshaAllah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tiada apa berlaku kerana kebetulan, semua pasti bersebab












Mamee Chef Lontong

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Disebabkan beberapa hari lepas Cuya singgah blog kak azhafizah, Cuya ternampak dia review mamee chef lontong. Cuya pernah makan, jadi teringin lak makan lagi.

So tadi singgah family store, Cuya grab la dua mamee chef.

Ibu balik tu tengok la senarai barang dibeli. Ibu memang suruh beli sayur

Eh tiba² dia tengok ada MAMEE CHEF. Pastu dia kata

" Ada cukai pulak"
Ayah Cuya sambung " Ada cukai kena dengan imigresen"

Cuya la punca cukai tu sebab sesuka hati shopping barang 😂 😂. Asal shopping je ad je selit barang Cuya nak, tu la cukainya kekeke




Hasil selepas masukkan semua bahan.

Memang sedap! Nikmat tak terkata... Alhamdulillah 

Cuya makan dengan ibu. Ibu pon approved.

Pantang betul Cuya nampak orang review makanan, mesti jadi teringin.
Cuya memang jarang beli mamee chef.

Next time nak try perisa lain.

Korang suka mamee chef tak?
Ke ada beli jenama lain?


Till then adios amigos!

Thursday, May 22, 2025

Perjalanan Perbaiki Diri – Bukan Tentang Jadi Sempurna, Tapi Jadi Lebih Baik


Dalam hidup ni, kita semua ada satu titik yang buat kita tersedar —
“Eh, aku nak jadi versi diri yang lebih baik.”
Bukan sebab kita tak okay sekarang, tapi sebab kita tahu kita boleh lebih baik, lebih tenang, lebih dekat dengan Allah.


Kenapa Nak Perbaiki Diri?

Ada orang nak berubah sebab kecewa.
Ada orang sebab jatuh.
Ada juga sebab rasa kosong — walau luaran nampak bahagia.

Apa pun sebabnya, satu perkara yang pasti:
perubahan diri bukan tentang jadi orang lain, tapi jadi diri sendiri yang Allah redha.

Langkah-Langkah Kecil, Tapi Bermakna:


1. Kenal Diri Sendiri

Tanya dalam hati — apa yang aku selalu struggle?
Mudah marah? Solat lambat? Cepat rasa down?
Jujur dengan diri tu permulaan paling penting.

2. Kuatkan Hubungan Dengan Allah

Kalau hati rasa serabut — cuba duduk diam, tarik nafas,
dan cakap perlahan dalam hati:
“Ya Allah, aku nak jadi lebih baik. Tapi aku perlukan kekuatan daripada Mu.”

Solat tepat waktu. Baca al-Quran walau satu ayat. Zikir walau tiga kali.

3. Perbaiki Hubungan Sesama Manusia

Minta maaf kalau perlu. Maafkan walau hati berat.
Kita tak tahu, mungkin berkat redha pada manusia,
Allah permudahkan jalan kita ke syurga.

4. Belajar Dari Jatuh

Ada hari kau akan gagal, malas, marah, lupa.
Tapi tak apa.
“Perbaiki diri bukan garis lurus. Kadang mendaki, kadang tersadung.”


Apa Yang Penting?

Istiqamah.
Tak kisah perubahan tu kecil — janji konsisten.
Lama-lama, perubahan tu akan sebati dengan jiwa.


Perjalanan perbaiki diri ni bukan mudah, tapi sangat berharga.
Bila kau rasa lost, ingat semula —
“Aku berubah bukan untuk orang lain. Aku berubah untuk redha Allah, dan untuk tenangkan hati aku sendiri.”

Semoga kita semua terus kuat, dan terus berjalan —
walau perlahan, asalkan tetap menuju kebaikan.











 

Hari Batik dan Pancake Ecoshop

Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥 

Harini merupakan hari Batik. Walaupun semalam Cuya dah berkemeja batik, hari ni pon Cuya berbaju batik.


Harini ada urusan, so muka bersiap la
Kita kan memang suka makeup


Kita berkemeja batik pink biru harini.
Cantik tak? Hehe


Mini love satu kali


Haritu beli tepung pancake dekat Ecoshop.
So petang ni kita makan pancake la.

Masuk telur dengan air je gaul dengan tepung.
Senang semua instant.



Lepastu balik drpd urusan tadi Cuya singgah gerai Rm3.

Belilah chicken chop kecik. Sedap gakk


Pastu beli roti sosej

Senanya nak beli takoyaki, tapi kedai tak buka

Takpela ni rezeki Cuya harini Alhamdulillah.


Itu sajalah update harini, takde aktiviti sangat sebab pergi ke Cheng Melaka atas urusan tertentu.


Till then , adios amigos! 💕 



Erti Bahagia Sebenar





Wednesday, May 21, 2025

Beli SKINZEN JRM

Assalamualaikum Hello CoConuts! 🥥 

Baru saja tadi Cuya pergi pickup produk Jamu Ratu Malaya dengan agen di kawasan Jasin.
Ibu beli produk skinzen bagus untuk kulit. Cuya pon kadang tumpang sekaki pakai.



Sekarang skinzen dah botol baru. Harga promo Rm139 dapat free totebag kalis air. JRM memang mahal tapi produk berkualiti tinggi. Bila pakai skinzen ni, pori pon tertutup, takdela nampak besar. Yang penting konsisten.



Hadiah free pon berkualiti. Bonda kalau jual produk memang dapat free gift meletops. Free gift dia semua mahal2 dan berkualiti tinggi.

Cuya tak jual ya tapi Cuya pemakai. Cuma tinggal sediakan duit je hahaha

Ada sesiapa pengguna JRM?

Till then, adios amigos! ❤️ 



Yang Mana Satu ?

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Kalau siapa biasa datang blog Cuya mesti tahu Cuya hantu mekap. Okay takdelah hantu, tapi manusia yang suka mekap 😂 

Lipstick Cuya je dah ada berapa. Dulu dekat header Cuya ada tab untuk mekap, but then Cuya decide untuk take down link tu sebab rasa macam...aishh budak ni suka benor dengan mekap.

Sebab Cuya tak nampak blogger lain minat sama macam Cuya, so takde geng. Sebab Cuya punya minat extreme mesti korang tak pernah jumpa blogger yang gila mekap macam Cuya kan?

Mungkin sebab Cuya muda lagi, sebab tu menggila mekap kot? Taktahula dah berusia nanti cane, harap masih minat la. Heheh

Back to the topic, Cuya nak korang pilih gambar mana berkenan di hati lipstick 


Lipstick mana sesuai dengan Cuya? Takde numbering so korang beritahu gambar dari mana, bahagian mana.

Sebab lain orang lain pendapatkan...

Tapi Cuya suka try semua jenis lipstick,lip tint, lip balm, lipmatte,lipgloss dan segala macam.
Pokoknya semua ni Cuya ada.

Ada orang kata Cuya sesuai lipmatte warna coklat..tapi Cuya suka juga pink nampak fresh and young gitchu.

Korang sendiri suka warna yang macam mana?




Followers