Sunday, December 14, 2025

7e Cafe Kini Dibuka

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Ni cerita semalam. Semalam Cuya tengok status senior Cuya, dia kata 7e area Kesang ni dah dibuka semula dah jadi 7e Cafe. Cuya apa lagi pergilah singgah kejap.

Cadangnya nak beli aiskrim nenas macam Bola Katok beli tapi yang ada cuma perisa coklat. Tapi Cuya beli jugak.



Walaupun dekat je 7e tu, muka wajib bersiap. Hehe

Nampak onigiri, terus grab. Sebab haritu nampak blogger Ezna post tentang nasi kecik ni. Alhamdulilah yg rezeki Cuya.

Aiskrim coklat dia lembut jer.
Onigiri dia pon sedap, share dengan ibu.

Akan datang ni mesti Cuya akan selalu singgah 7e senang lah dah ada cafe. Dulu pelik gak 7e lain dah jadi cafe, area Kesang ni je belum.

Mula mula ingat dia nak tutup, pastu staff 7e cakap dia nak renovate. Lepasni dapat la merasa pastri 7e nampak banyak makanan baru.



Till then, adios amigos.


Saturday, December 13, 2025

Banyak2 Cicak, Cicak apa yang menyakitkan?




Assalamualaikum Hello Coconuts! Hari Sabtu adalah hari yang tak berapa nak produktif sebab cuti kan. Hari dimana kadang2 tu nak bermalasan ajer.

Tapi tetap kena selitkan sedikit kerajinan sebab kita bukan duduk sorang kat rumah ni.
Ada yang hendak diberi makan. Kalau duduk sorang, makan roti pon takpe. Hoho


So harini Ibu dgn Cuya masak tumis asam. Masak simple2 je yang penting sodap. Hehe
Makan sudah sampai kenyang. Ditemani dengan sekole kopi ais. Ngammm


Dah penat kita tido sat.
Penat nau padahal takde buat apa pon harini. Letihnya macam kerja buruh lak. Hahahaq



Main tiktok pon sudah.

Sedang menunggu parcel sampai. Tak sabar rasanya. Tapi parcel poslaju, esoklak poslaju tutup. Terpaksala tunggu hari isnin

Korang lak buat apa harini? Adakah hari anda  produktif?


Till then, adios amigos 

Ps: banyak2 cicak, cicak apa yang menyakitkan?

Cicak nafas ( sesak nafas) 🤣

Friday, December 12, 2025

SEGMEN REFRESH BLOGLIST 2026




Salam ceria buat semua,
Adinda hadir memeriahkan suasana,
Segmen menarik sudah tersedia,
Jemput semua join sama

Syarat semua mudah sahaja,
Tinggal tulis penuh gaya,
Ada rezeki ada tuahnya,
Moga menjadi milik saya.

Silaturahim kita eratkan,
Persahabatan kita rapatkan,
Ayuh meramaikan kawan kawan,
Indahkan hari dengan senyuman.

Klik banner untuk sertai,
Ramai yang join meriah lagi,
Kalau tak join jatuh rugi,
Bahagia sama kita rai.

Skrol² dari tadi,
Bila mahu join sekali,
Ayuh semua pantaskan jari,
Klik banner dan tulis entri.

Sekian saja pantun adinda,
Moga semua suka hendaknya,
Ada rezeki tak kemana,
Semoga menjadi milik adinda.










Aturan Allah itu Maha Baik

Assalamualaikum Hello Coconuts 

Jam sudah menunjukkan pukul 2.41 pagi. Cuya masih belum melelapkan mata, ralit melihat Tiktok.

Bagusnya TikTok Cuya malam ni banyak motivasi agama yang lalu fyp ( For You Page). Ada tu yang menyentuh hati.

Terkadang tu Cuya seringkali persoalkan kepada Tuhan, kenapa aku diuji sebegini? Hati memaksa diri untuk bersangka baik dengan Tuhan. Terasa macam diri ni tak bersyukur dengan ketentuanNya.

Kadang tu berteleku atas sejadah, menangis merayu pada Allah agar keluarkan Cuya daripada segala kesulitan dunia ini.

Penat ya Allah, aku penat dengan perasaan ini. Selalu tertanya, apa sebenarnya Allah nak hadiahkan pada aku? Apa sebenarnya yang Kau rancang untuk aku ya Allah?

Semuanya masih menjadi rahsia. Dan sebagai manusia, Cuya tak kisah nak bersedih, nak menangis depan Allah sebab Allah saja yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Cuya tahu Allah adalah sebaik-baik pengatur untuk hidup Cuya, malah hidup kalian sekalipon. Namun kita semua tak lari daripada diuji bukan?

Tapi cukuplah meluah pada manusia yang tahu hanya menyakitkan hati, lebih baik meluahkan pada Allah yang sentiasa mendengari isi hati.

Nak tulis dalam blog ni pon sebab tiba2 terasa nak menaip. Mana tahu Google Adsense makin naik. 😂

Sejak dah habis belajar ni, spark happiness tu macam dah kurang. Ke sebab kawan-kawan dah bawa haluan masing-masing ek?
Bosan juga hidup takde kawan nak berborak sangat. I mean kawan yang sama energy dengan kita, kawan sebaya yang boleh ajak borak.

Kebanyakkan kawan Cuya ramai dah berkahwin. Jadi Cuya takdelah kacau memandangkan masing masing dah ada life masing masing.

Nak kacau crush? Hermmm Entahlah nokk. Dia tak sedar kewujudan Cuya yang selalu ingat kat dia. Cuya baca dekat Tiktok, biarlah masa yang menentukan hati kita untuk move on. Memang kena rasa sakit dulu baru boleh move on walaupun terkadang ambil masa bertahun lamanya.

Cuya selalu doa, andainya dia terbaik untuk agamaku, kehidupanku, dunia dan akhiratku maka permudahkan untuk kami disatukan. Tapi seandainya dia bukan yang terbaik buatku maka pisahkanlah hati aku daripada dia, tenangkan hatiku dan campakkan rasa reda dalam diri ini.

Kalau bukan jodoh Cuya, kenapa perlu Allah campakkan rasa sayang ni lama-lama? Dah nak masuk tahun baru ni, patut azam kena baru. Kena improve diri jadi lebih baik. Dah taknak dah cinta yang sia-sia ni.

Apapon Allah Maha Baik. Atas kenapa dia hadirkan seseorang dalam hidup kita pasti ada tujuannya. Terima kasih ya Allah atas setiap perasaan sayang dan cinta aku ini untuk manusia. Aku menanti hadiah daripadaMu.


Moga Allah kembalikan Cuya yang ceria macam dulu. Taknak sedih lama-lama. Penat ya Allah sedih sedih ni.
Life is too short to be sad 😁 

Till then adios amigos 👋🏻 

Thursday, December 11, 2025

Makanan tepi jalan juga yang sedap


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Alhamdulilah harini mood Cuya bertambah baik. Petang- petang ni pekena sekole kopi stevia. Mungkin rasa kopi ni tak kena di tekak orang lain, tapi di tekak Cuya rasanya boleh diterima baik alhamdulilah.

So semalam petang, ayah terlebih rajin gorengkan jemput2. Alhamdulilah ayah sejak dan pandai buat jemput2 kemain la dia kalau boleh hari hari nak menjemput2. Hahaha

Tapi Cuya untung r boleh goyang kaki sebab ayah dah rajin tolong. Sejuk sikit hati ayah ringan tangan bantu di dapur. Orang laki ni tak perlu pandai memasak, janji dia rajin bantu kita di dapur baru bagus betul tak?

Malam pula, ibu minta ayah dan Cuya pergi beli makanan di luar lepas isyak. Maka permintaan pon ditunaikan, yela mem besar nak makan.


Kitaorang first time nak makan Char Kuey Tiow gerai tepi jalan area Jasin ni. Ayah parking tepi jalan, Cuya turun pergi order.

Cuya order char kuey tiow yang biasa je sebab first time nak try kan.

Adalah beberapa orang tengah duduk makan kat kedai dia. Lama juga Cuya tunggu makanan siap.

Dah alang2 tu Cuya pergi order burger dengan roti john dekat gerai sebelah dia. Kitaorg memang biasa beli burger dengan abang ni.


Walaupun char kuey tiow biasa, tapi ada juga udang. Rasa dia memang sedap. Ibu kata first time dia makan char kuey tiow. Selalu dengar orang komen CKT Penang sedap.

Cuya share dengan ibu sebab Cuya ada beli burger.


Cuya beli burger kahwin. Daging campur ayam + cheese.
Kalau tak tahu nak makan daging ke ayam, so kita amik dua2 sekali settle masalah.

Sebab dia takde burger bujang kan, so kita main kahwin2 dulu la. 🤣

Yang penting sos tak kedekut ya.



Petang ni Cuya masakkan nasi goreng untuk ibu ayah. Diorang puasa, Cuya je taknak puasa sebab tengok macam takde benda berat untuk dimakan waktu sahur.

Macam biasa nasi goreng Cuya wajib ada cili padi. Depan rumah ada pokok cili padi, jadi jimatlah kami tak perlu beli di pasar 

Pokok tu tumbuh dek kerana burung yang tanamkan. Cili padi tu tumbuh meliar. Alhamdulilah 

So tu je update untuk harini dalam misi untuk sentiasa update blog walaupun terkadang kekeringan idea.

Till then adios amigos.


Wednesday, December 10, 2025

Kerna Tuhan Saja yang Tahu


Assalamualaikum Hello Coconuts 

Otak ni selalu banyak berfikir. Tentang banyak perkara. Nak diluahkan tak mampu, nak disimpan terasa pahit.

Kadangkala kalau Cuya rajin Cuya akan ambil planner Cuya yang Cuya tulis macam diari harian. Tapi kadangkala taktahu nak tulis apa.

Bila tidur waktu malam, otak selalu taknak rehat. Terkadang tu kalau penat memang lena tidur. Memang Cuya ada masalah sendiri yang Cuya rasa tak perlu pon heboh pada satu dunia.

Tapi ibu tahu apa yang Cuya alami. Ibu jer faham perasaan anak dia macam mana. Selain Allah, ibu juga tempat Cuya mengadu. Walaupun terkadang ibu kata-kata dia pedas sedikit, tapi Cuya tahu itu cara dia sayang dan nasihat Cuya.

Letih sungguh bila kita diuji saban hari. Orang taktahu apa kita rasa. Orang luar sibuklah nasihat macam-macam tapi ibu je faham Cuya. Ibu sentiasa nak yang terbaik buat Cuya.

Cuya pon nak yang terbaik buat diri Cuya.
Last sekali Cuya cuma boleh follow the flow je. Beban yang Cuya pikul Cuya serahkan sepenuhnya pada Allah.

Orang takkan faham selagi dia tak duduk dekat tempat kita. Yalahkan, manusia mana yang tidak diuji. Semua orang ada masalah sendiri. Terkadang kita tengok orang bahagia je, itu luaran saja... Dalamannya kita tak tahu kan?


Sejak dah makin berusia ni semua macam slow ajer ya, rasa macam nak menjauhi daripada banyak perkara. Rasa taknak aktif di medsos, memang dah tak rajin macam dulu.

Kemana perginya Cuya yg dulu? 😂
Tapi blog aktif sebab tahu tak ramai yang baca. Dulu rajinlah share link, sekarang malas la. Hahaha

Kita bukan retis pon orang nak kisah pasal kita kan. Tapi betullah...dulu selalu post Ig story, TikTok... tapi sejak dah ada pemerhati terus slow down. Terus rasa insecure, tak selamat post sini sana. Ada je orang nak komen ke kita.

Dulu2 berangan juga nak jadi femes LOL 😆.
Tapi apalah syok sangat jadi famous, semua orang nak kecam. Hati kena kental. Dahlah banyak manusia jahat kat luar sana.

Ni pon Cuya taktahu ler kalau ada stalker blog Cuya ni. Mana tahu selama ni dia tengok dalam diam je blog kita. Kalau diam-diam stalk masuk minang takpe gak. Ehh? 🤣 Kesitu pulak kita















Bukan Menyerah Tapi Lelah Berjuang

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Alhamdulilah bangun pagi ni segar. Dah siap sarapan pagi dan minum sekole kopi. Biasalah Cuya dan kolenya tidak dapat dipisahkan.

Harini Cuya nak review buku motivasi ' Bukan Menyerah Tapi Lelah Berjuang ' tulisan Hijanah Hazalif.

Mungkin ada sebahagian daripada korang yang kenal Aisyah Hijanah dan Alif Teega yang merupakan influencer terkenal dalam kalangan anak muda di Malaysia ni.

Dan Cuya juga merupakan peminat diorang juga tapi bukanlah peminat tegar. Selalu sapot bisnes buku diorang sebab Cuya kan suka buku motivasi.



Cover depan buku. Penggunaan warna yang sweet dan menenangkan. Btw Cuya dapat buku ni free sebab beli planner. Harga asal dia Rm32.90

Isi kandungan dia


Dalam buku ni ada mengajar cara kita nak kawal emosi.

Sebagai manusia biasa kita digalakkan untuk tidak memendam perasaan dalam hati. Kalau boleh diluahkan, kita kena luahkan pada orang yang kita percayai.

Kita juga nak didengari bukan? Kalau pendam lama-lama nanti mental kita sakit.
Contoh macam blogging ni pon salah satu cara meluahkan rasa dan release tension.

Kalau taknak blogging, boleh tulis diari atau pada notes dalam phone masing2.



Nampak dia tulis " Remember, life is too short to be wasted! You deserve to be happy."
Hidup ni terlalu singkat untuk kita bersedih jer. Jadi luangkan masa untuk buat sesuatu yang bagi kebahagiaan buat diri kita.

Kalau suka makan, pergi jalan cari makan. Kalau dengan travel beri happiness, pergi jalan2. Buatlah apa apa sahaja asalkan kita gembira.

Sedih lama-lama pon apa dapat?

Tapi nak bersedih tak salah. Ikutlah kita nak menangis ke, nak meraung ke, nak tergolek sekalipon, lepastu kena janji dengan diri sendiri untuk bangkit balik lepas dah jatuh. Jangan terlalu ikut perasaan sangat sampaikan diri jatuh sakit.


Kalau sakit siapa yang susah? Diri sendiri juga yang susah kan...



Ini bukan pengakhiran cerita kita, ini baru permulaan.



Alhamdulilah atas segala nikmat yang Allah beri dan atas segala ujian yang Allah timpakan sebagai pengajaran hidup. Allah uji kita dengan pelbagai perkara yang tidak disangka sebab Allah nak naikkan darjat kita nanti. Ujian itu tanda Allah cintakan hambanya.


Dalam buku ni pon ada juga dia selitkan ayat Quran. Buku ni bertemakan motivasi islamik sebab tu ada doa-doa dan ayat Quran jadi memang bagus sebagai panduan.



Buku ni mengajar juga untuk belajar mencintai Allah dahulu sebelum mencintai makhluk lain.

Pada hakikatnya, kita kalau nak sayang sesuatu mestilah berpada-pada. Baik kepada ibu ayah, pasangan mahupun anak-anak semuanya perlu berpada-pada. Supaya apa? Supaya andai satu saat nanti, kita terpaksa pulangkan semula pada Allah dan saat itu kita reda dengan ketentuan Allah mengambil semula apa yang telah dipinjamkan kepada kita.

Apa apa di dunia ini semuanya bersifat sementara. Baik manusia, binatang, tumbuh tumbuhan atau harta benda. Tiada yang kekal abadi.


Teruskan berdoa kepada Allah memohon redanya. Disebabkan Cuya manusia yang alpa, jadi Cuya selalu baca buku motivasi begini.

Sebab takde siapa yang boleh bantu Cuya kalau bukan diri sendiri. Membaca adalah jambatan ilmu.

Jadi rajinkan lah diri untuk banyak membaca sebab tak rugi pon. Tiba2 teringat pula zaman sekolah Cuya jadi librarian, seronok dapat pinjam banyak buku. Alhamdulilah kenangan indah


Apa apa pon Cuya bagi buku ni 5 bintang sebab sangat bermanfaat. Cuya dah khatam 2 kali!


Till then, adios amigos.

Tuesday, December 9, 2025

Syukur atas setiap nikmat


Assalamualaikum Hello Coconuts.

Ada berbaki lagi 9 hari cabaran kurangkan gula dalam minuman yg Cuya sahut daripada bestie Cuya. Tak sabar nak raikan
kejayaan Cuya.

Tak lupa pada ibu yang support dengan belikan stevia. Banyak belanja kalau beli stevia ni lagi lagi kalau memang Cuya suka manis.

Mungkin lepasni Cuya cuba untuk tak beli stevia. Control sendiri je. Susah gak kalau kuat manis ni.


Harini tenghari Cuya makan roti dengan scramble eggs campur lada.

Lauk ibu dengan ayah dah makan 


Lepastu buat air limau ais campur stevia.

Stevia pon dah nak habis



Petang beli Pisang goreng.
Niat nak beli sate tapi kedai tutup lak.
Nak beli sate sebab nampak blogger share beli sate tapi bukan rezeki Cuya

Alhamdulilah syukur atas 3 nikmat

Dapat makan sedap2
Dapat bernafas
Dapat melihat dunia 


Nanti korang rajin2 la tulis nikmat apa yang korang bersyukur harini supaya melatih diri bersyukur hari hari.

Cuya tahu yang Cuya ada banyak ujian yang Cuya tak pernah kongsikan di medsos. Tapi yang penting Allah tahu apa yang Cuya lalui.
Moga Allah sentiasa memudahkan urusan dunia akhirat kita semua.

Aamin


Apa perkara yang korang syukuri harini?


Betul ke duduk rumah lagi banyak dosa?

Assalamualaikum Hello Coconuts 


Harini Cuya terjaga daripada tidur. Jadi kita pon on wifi. Sebab ibu nampak kita terjaga, dia pon bebel suruh tidur.


Ala bukan kita taktahu tidur. Kan kita tidur awal, jadi bangunnya awal juga. Duduk rumah ni apa je tak kena bebel, baru duduk kejap dah kena bebel.

Beli makanan favourite kita pon kena bebel, langsir tak buka kena bebel, tidur pon kena bebel... Semuala kena bebel.

Sampai satu tahap tu Cuya tanya ibu,

"Ibu, kenapa ibu ni kuat membebel ek?"
Ibu pon jawab " Eh tu dah memang hobi" kata dia sambil tergelak.

Pastu ada juga Cuya tanya, ibu ni stress ke? Tapi dia menidakkan lak. Tapi pernah dia cakap dia jadi macam ni sejak ada anak-anak lelaki yang macam2 perangai.

Masalahnya tempiasnya kena pada Cuya 🤣
Ibu ada je tak puas hati dengan Cuya. Takde harilah dia tak bebel. Kadang2 kata kata dia ada jugak mengguris hati Cuya. Sedih tu takyah cakap la.

Kadang tu Cuya taktahu nak luah kat sape, luah kat kawan baik dia kata Cuya yang terlalu ikut perasaan. Yalah, orang takde dekat hidup kita mana lah faham. Sejak tu Cuya rasa lebih baik takyah luahkan dekat manusia, last2 kita yang kecewa dengan jawapan dia.

Betul ke orang cakap , kalau duduk dengan parent kalau tak pahala mesti dosa pon banyak dapat? Kadangtu penat nak jadi anak yang baik, turut je perintah mak. Hati kita sakit takde siapa pon boleh ubati.


Macam ni la nasib anak bongsu.
Sebab tu kalau boleh Cuya nak kahwin je cepat2 , dapat Cuya keluar daripada rumah. Bila tak duduk dengan parent dapatlah elak dosa bertimbun. Siapa yang dalam situasi Cuya je faham perasaan Cuya.

Tahu duduk dengan parent pahala banyak, tapi kalau asyik kita je kena jaga hati orang... Makan hati dibuatnya 😅. Cuya baik je dengan ibu ayah.. takde masalah apapon tapi kita ni hati tisu, cakap sikit mesti terasa. Ibu lak boleh tahan mulut dia 😂


Ala mak2 seMalaysia macam tu la, dia nak nasihat kita tapi kasar kan.

Entah la ekk. Kahwin pon belum tentu selesai semua masalah 🤣
Tolonglah cakap dengan Cuya bukan Cuya je alami masalah macam ni hahahaha



Drpd hati yang terluka,


Monday, December 8, 2025

Berangan is Free


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pernah ke korang jumpa orang yang sapa korang dengan " Hello Coconuts" ? 🤣
Rasanya Cuya sorang je sapa korang macam tu kan?

Dah macam tagline sendiri dah. Cuya adalah satu2nya Cuya di dunia blogging. Takleh wujud Cuya yang lain. Nak jadi diri sendiri kenalah special dan rare baru orang sedar kewujudan kita.

Cuya tiba-tiba rindu diri Cuya yang dulu, peramah dan happy go lucky. Tapi kalau ikutkan gaya penulisan Cuya pon mesti korang tahu Cuya ni macam mana orangnya betul tak?

Tapi duduk rumah teman borak Cuya cuma ibu dan ayah je. Kalau kerja borak ngan member kerja jela. Ayah takyah cakap la, bukan banyak cakap pon. Biasalah orang lelaki berapa kerat je ayat dia boleh cakap. 😂 

Ibu sentiasa bercakap 24 jam. Ada saja benda nak diluahkan. Tinggal ibu takde blog je, kalau tak entah apa yang dicelotehnya tak sudah. Hahaha

Kalau ditanyakan perangai Cuya ikut siapa, sudah semestinya ibu. Sampai dulu2 pernah kawan Cuya cakap " Agak kau ni kalau duduk sorang2 masih bercakap tak henti"
Lebih kurang gitu lah ayat dia. 😂 

Tapi bila dah start dewasa, Cuya berhati2 dengan siapa Cuya bercakap. Nak borak boleh, tapi nak expose semua benda bahaya sikit. Kena pandai pandai simpan.

Kadang kita tengok orang tu suka dedahkan rahsia orang lain, maknanya mulut dia tu jenis tempayan la. Bahaya orang gitu. Kita ni kalau baik, baik sahaja dengan orang tapi baik pon kenalah berpada-pada. Jangan sampai dia pijak kita pulak.


Alhamdulilah sejak dah habis belajar, kawan kawan semua bawa haluan masing-masing. Cuya taktahu apa apa update tentang diorang melainkan kalau diorang up status sebab kalau IG Cuya memang jarang sekali buka.

Ada jugak classmate yang dah tak save no kita dan remove kita daripada friend IG. Kes macam ni pon ada tau. Takpela, biarlah mereka bawa haluan masing-masing. Lagipun diorang tu dah takde kepentingan buat kita, sama juga kita pon tak penting buat dia . 🤣 

Cuya pon tak rasa pon classmate Cuya baca blog ni sebab Cuya jarang post link blog. Ala kita bukan sesiapa pon orang nak kisah,lebih baik sibuk dengan life sendiri. Orang taknak kawan kita takpe, yang penting kita happy dengan life sendiri.

Better duduk sorang2 lepastu berangan sorang2. Lepastu tersengih sorang2. Siapa sini kuat berangan angkat tangan? SAYAAA.. Hahaha 😂 

Tadi skroll folder camera dalam fon, tiba- tiba ternampak satu gambar yang Cuya edit.



Berangan nak jadi model uolls. 🤣 Ni gambar sama dekat banner tapi up sikit sebab brand GUCCI.. kau hado?? 😂 Eh tapi Cuya memang kuat berangan nak jadi model ni.

Tapi belum kesampaian lagi. Tapi teringin la orang tangkap gambar kita. Pastu posing2 sini sana kan. Last last tangkap gambar sendiri jela jadi model. Jadi ler buat raso raso. Hahaha

Teringat dulu Cuya pernah menang contest and dia nak makeover Cuya. Tapi sebab Cuya duduk jauh, so tak merasalah hadiah tu sebab Cuya takde transport. Jauh tempatnya. Anggap saja belum rezeki.

Namun sepanjang hidup ni, rezeki Allah beri memang tak pernah habis. Ada saja yang Allah bagi kan? Kita saja kena belajar bersyukur. Lagi kita bersyukur, lagi Allah beri lebih.

Jangan riak sudahlah. Dulu Cuya pernah jumpa orang yang berlagak dengan jawatan kerja dia ada, last2 kelaut jadinya kena turun jawatan. Buat malu jela . Tula lain kali cakap tu jangan mendongak ke langit. Kena ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk.

Moga jadi pengajaran buat dia dan kita untuk berhati- hati apabila berkata sesuatu.

 Petang ni nak ajak ayah pergi speedmart la beli jajan buat kunyah kunyah. Rumah dah takde benda nak dikunyah. Mulut ni terasa nak mengunyah ajer.

Korang harini buat apa je? Cuya sedang cuba untuk kembali ke dunia blogging dan bercerita. Takde idea pon kita buat buat macam ada idea 😂 

Till then, adios amigos 👋🏻 

Saturday, December 6, 2025

Dah Lawa Macam Ni Pon Tak Nampak ke?







Sepanjang Cuya membesar, tak pernah pon ada orang face shaming/ body shaming Cuya. Cuya tak pernah ada pengalaman sebgitu rupa. Kecuali kena body shaming ngan ibu LOL ( Tu sebab dia nak nasihat jer)

Walaupun kadang rasa muka kita biasa je, tapi zaman sekolah tetap ada boyfriend. Lol
Tetap ada je orang minat kita walaupun boleh kira guna jari.

Orang selalu puji kita cute. Tapi zaman sekarang selalu tengok kat TikTok ada kata,

" Kalau orang panggil kau cute maknanya kau tak cantik"

Kejam gila ayat dia. Ayat dia boleh buat orang lain insecure tau. Seolah olah kita tak bersyukur sedangkan tak semua orang boleh jadi cute.

Alhamdulilah Cuya bersyukur sebab muka ni dicipta dengan sempurnanya. Ada orang lagi kesian, lahir je muka ada kecacatan kekal.

Yang penting bukan tentang pendapat orang pada kita, yang penting tiap kali bangun kita tengok cermin kita akan suka pada refleksi wajah kita. Siapa lagi nak suka kita kalau bukan diri sendiri betul tak?

Kalau diri sendiri pon tak boleh sayang,macam mana kita nak sayang orang lain dan macam mana nak buat orang sayang kita?

Kalau gemuk, boleh jaga makan kuruskan diri. Kalau rasa muka tak clear, boleh cari skincare atau buat rawatan kulit. Semuanya boleh berubah sekelip mata asalkan kita sendiri nak berubah ke arah baik.

Berubah juga adalah cara untuk kita sayang diri.


Love yourself more than anything 💞 
Small changes is better than nothing.
You're improving day by day and that's a success.

Till then, adios amigos.


P.s - Sedang dalam percubaan untuk aktif blogging walaupun takde idea nak tulis apa. Hehe




Followers