Thursday, January 16, 2025

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Biar gambar berbicara


Selfie dalam kereta otw teman ibu ke Hospital Melaka.

Muka disinari cahaya keimanan gitchuuu ๐Ÿคฃ


Menunggu di Jabatan Bedah Mulut sebab ibu ad ketumbuhan pada gusi dan lidah



Selfie duluan dengan ibu. Haish ibu dah tua dah, umur nak cecah 70 tahun!
Moga Allah merahmati ibu dan ayah



Ibu lanje air tebu.nyum!
Rm3 saja



Packing goodies untuk wedding cousin sabtu ni.


Okay seee you next entry!


Tuesday, January 14, 2025

Journaling: Apa yang aku syukuri?

Assalamualaikum Hello Coconuts~
Harini Cuya nak tunjuk salah satu page yang Cuya guna untuk journaling secara bertulis. Cuya tulis atas paper yang Cuya print daripada planner PDF yang bayar sesuka hati tu.

Sekarang Cuya dah print beberapa helai muka PDF yang Cuya nak guna khas untuk journaling.

Journaling kalini ada tentang apa yang Cuya syukuri pada hari yang lepas.


Biasa blogging je kan, tahun baru ni Cuya nak journaling pulak. Selain tulis atas kertas printed, Cuya tulis juga dalam planner.

Nak belajar menulis saja.


Hari-hari kita kena rajin untuk mensyukuri nikmat Tuhan beri walaupun kecil. Ucapkan lah ALHAMDULILLAH.


Printable Planner 2025, Bayar Seikhlas Hati.

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sejak tahun 2022, sudah menjadi  tradisi Cuya  untuk membeli planner digital dengan salah seorang pelukis/penulis di IG @conteng2

BACA JUGA : 

Printable Planner 2023, Bayar Seikhlas Hati je!



Kalini penulis itu masih mengekalkan konsep yang sama, dengan menjual planner harga sesuka hati kita nak bayar berapa. Bagi Cuya cara ni sangat berbaloi sebab dengan cara ni, semua orang berkemampuan untuk membeli planner ni.



⁉️๐Ÿ˜ฎBayar seikhlas hati? Biar betul?๐Ÿ˜ฎ⁉️

Betul! ini bukan fantasi, ini realiti! ๐ŸŽ‰๐Ÿ˜

Dapatkan set unik, Printable Planner 2025 (softcopy, fail PDF) yang penuh berseri dan masih dengan bayaran...✨SEIKHLAS HATI!✨

Set planner menawan hati ini mengandungi pelbagai trackers dan planners yang penuh berwarna-warni, tersusun rapi untuk menemani perjalanan anda sepanjang 2025 nanti.

Saya masih mengekalkan harga 'bayaran seikhlas hati' (pay as you wish). Ini bermakna anda boleh menentukan sendiri berapa harga planner ini mengikut keperluan dan kemampuan anda sendiri.

Gunakannya pada tablet/ipad ataupun cetak mengikut keperluan anda. Terhad untuk kegunaan sendiri sahaja (tidak boleh dijual semula).

Untuk membuat pembelian, mudah sahaja! Anda boleh membuat pembayaran seikhlas hati ke 'Pixel Craft Studio' melalui:
1. QR code (disertakan dalam gambar terakhir)
2. atau bank transfer ke Maybank (No. akaun: 514123699362)
3. Selepas pembayaran dibuat, share resit dan dapatkan link untuk muat turun melalui: www.wasap.my/601136128289/planner2025

Terima kasih! ๐Ÿ˜Š
__________________

๐Ÿ™‹ FAQs ๐Ÿ™‹

1. Ini buku atau softcopy?
Ini adalah set softcopy (fail PDF) yang anda boleh gunakan terus pada tablet/ipad atau anda boleh cetak sekiranya perlu.

2. Apa maksud Bayaran Seikhlas Hati? Pay as You Wish? Tiada bayaran minimum dikenakan?
"Bayaran Seikhlas Hati" (Pay as You Wish) bermaksud anda boleh bayar mengikut harga yang dirasakan berbaloi untuk planner ini, mengikut keperluan dan kemampuan anda. Tiada bayaran minimum dikenakan. Ini kerana untuk projek istimewa ini, saya mahu semua orang dari pelbagai latar belakang dapat peluang memanfaatkannya. ๐Ÿ˜Š

3. Apa ada dalam planner ini?
Set planner menawan hati ini mengandungi pelbagai trackers dan planners yang penuh berseri dan berwarna-warni untuk menemani perjalanan tahun 2025 anda nanti.

4. Ada tak planners bermula dengan hari Ahad?
Atas permintaan ramai, planners bermula hari Ahad ada disediakan sekali. ๐Ÿ˜Š








Sesiapa berminat boleh la contact no tertera ya.

Cuya masih simpan lagi planner2 tahun lalu. Semuanya cantik-cantik dan comel!
Dahlah sesuka hati boleh bayar, nak print banyak kali pon takpe. 



Nasi Goreng Ayam

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Ni cerita semalam okay. Semalam ibu dengan ayah berpuasa. Jadi Cuya lah jadi tukang masak untuk bekal ayah berbuka di masjid. So ibu request nasi goreng, kita onzz jela. Masak simple-simple je.




Resipi simple je

Bawang merah dan putih
Cili padi
Ayam potong
Kicap
Garam
Lobak merah


Makanan simple tapi janji sedap dan yang paling penting boleh dimakan. hahaha


Harini korang masak apa? Cuya beli bihun je dengan makan ayam goreng air fryer :)









Monday, January 13, 2025

Blog Berwajah Baru!




Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Semalam entah kenapa, tiba-tiba rasa nak ubah suai blog ni. Sekelip mata je berubah. Ada yang perasan tak? Kak Anak Denesor perasan, siap komen lagi. Haha

Cuya edit biasa-biasa sahaja untuk pembaharuan blog ni. Kita make it simple.



Ni banner lama Cuya. Pon edit sendiri juga.
Tema colourful and sweet. Background dia tema sprinkles macam atas cupcake.





Warna dia ada gabungan biru, pink dan purplelish.
Kata sweet kan, so warna mesti manis-manis . Hehe




DESIGN BARU.


Masih colourful tapi kini lebih pastel dan girly2 
Mengekalkan warna-warna ceria yang menggambarkan personaliti Cuya yang ceria dan happening.

Penggunaan warna soft pink dan  violet bersama reben pink yang diletakkan di banner beserta background menunjukkan sifat keperempuanan yang tinggi, kelembutan dan keayuan gadis muda

Banner bersama tagline " Ini Bukan Blog Kanak-kanak" sebab kadangkala posting Cuya semacam kebudak-budakan yang suka jajan, arts dan merapu. Haha




 Design mana korang suka?

Design yang lama  atau yang baru?




Sunday, January 12, 2025

Beli Pewarna Rambut Buat Pertama Kali

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebenarnya entri ni dah tertulis berbulan lepas, tapi Cuya tak teringat nak tulis mungkin mood blogging pon entah kenapa. Tiba-tiba terbaca entri terbaru Mummy Ayu berkenaan Iris & Watson. Jadi Cuya teringat sebelum ni Cuya ada pergi ke Watson untuk membeli pewarna rambut.

Yaaaa Anak dara sorang ni sibuk nak warnakan rambut dia untuk pertama kali! Amboi, semakin meningkat dewasa macam-macam nak dicubanya. Alaa, selagi tak cuba macam mana nak  dapatkan pengalaman. Hahaha


Yang ni beli di Tiktokshop. Warna purple kauuu.. Hahaha

Tapi diorang tak bagi sikat khas untuk botol tu. Memang berkecah ler nak kaler rambut gini. Adoi aii...

Cuma bila try warna dia tak timbul, mungkin tak cukup pekat.



Jadi Cuya pon singgah Watson beli pewarna Garnier mengikut saranan kawan Cuya.
Kalini amik warna merah, purple merah dan warna ash grey sebagai warna campur.

Rupanya pewarna kena campur ash grey baru naik agaknya.
Bila Cuya  try barulah ada kaler walaupun tidak la terang menyala macam dalam gambar model di packaging.

BTW, ni sebenarnhya cerita tahun 2024. HAHAHA
Tapi rambut Cuya masih berwarna lagi. Akan nampak kalau bawah cahaya matahari.

Kalau rambut kawan Cuya memang terang warna merah dia bila dia pakai.
Lain rambut lain la hasilnya.

Haish, macam-macam kan anak muda zaman sekarang ni. Segala mak nenek nak dicubanya XD
Alaa buat raso raso orang kata. HAHA




Sambal Tok Tok

Malam-malam ni masak untuk ibu dan ayah berpuasa esok harinya.

Jaranglah masak memalam gini. Demi ibu dan ayah, kita gigihkan !



Bahan-bahan:

Cili padi secukupnya
Cili hijau hidup 1 ketul
Bawang merah satu biji
Bawang putih 3 ulas
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Limau 1 biji
Ikan bilis sesuka hati haha



Blendkan bawang dan cili.


Goreng ikan bilis dengan sudip Hello Kitty. Mesti Hello Kitty, tak boleh Doraemon atau Pokemon.


Lepastu masukkan semua bahan blend. 
Last sekali baru masuk garam, gula dan perahan limau.


Limau sebiji yang dipotong


Tadaaaa .Dah siap.

Senang je resipi sebab Cuya tak buat sambal garing. So masukkan je semua sekali arung senang.

Makan dengan nasi putih panas memang ngammmmm




Followers