Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Sepanjang Cuya blogging ni, tak ingat Cuya kalau ada post gambar ibu dan ayah Cuya. Cuya memang jarang sekali nak share muka family dalam ni. Mungkin pernah, tapi jarang-jarang bak kata Nujum Pak Belalang. Hehe
Sesekali pos dekat sini ada bagusnya sebagai peringatan di masa akan datang, supaya memori tu tetap ada. Takde lah hilang.
My lovely mom. Orang kata muka Cuya time kecik rupa ibu, dah besar dah tak sama..
Hahaha
Ayah jenis tak photogenic , tak suka tangkap gambar. So ambil dari sisi je
Gambar ayah tak banyak. Orang cakap rupa Cuya ikut ayah.....rasanya ya lahhh
Dulu2 zaman sekolah kawan Cuya panggil ayah Bront Palarae sebab ada la iras sikit.
Cuya kelentong kawan yang ayah ni orang Turki pon orang percaya sebab hidung ayah terpatuk dan bridge hidung dia tinggi.
Dah lama hidup baru Cuya tahu ayah ada keturunan Syed ( Arab)
Tu kalau ayah pergi Mekah, orang cakap Arab dengan ayah, padahal ayah satu apa pon tak faham Arab. Haha
Orang pon cakap Cuya dan adik beradik muka mix Arab. Tapi dah duduk dengan orang Melayu, maka semuanya Melayu la... hahahah
Ibu dengan ayah makan dekat Negeri Sembilan masa otw nak pergi umah Wan ( Nenek) di Sri Menanti.
Ayah Cuya orang Sri Menanti, N9.
Ibu Cuya orang Melaka. Berjiran.. hehe
Ayah kalau tangkap gambar memang serious je. Tapi kalau Cuya melawak, kemain dia gelak.
Orang luar tengok ayah serius je, tapi Cuya dan family je tahu dia macam mana.
Garang tu jarang2, tapi kalau sekali keluar suara... hati-hati. hahahahah
Gambar-gambar ni Cuya simpan jadi kenangan abadi di sini.
Moga Allah sentiasa merahmati kedua ibu bapa ku dan letakkan mereka di syurga Firdaus kelak.
Terima kasih ya Allah kerana memberi rezeki untuk aku bersama mereka sehingga ke saat ini. Moga aku dapat membalas jasa mereka dan membahagiakan mereka dunia dan akhirat.
Aamin ya Rabb
Hargai ibu bapa korang selagi masih ada :)
Ayah nampak garang semasa memandu hihihi.. semoga ibu ayah sentiasa diberi kesihatan yg elok amin..
ReplyDeleteAamin... Aah rupa ayah memang garang hahaah
DeleteWah good idea cuya simpan gambar selfie bersama ibu ayah disini. Saya pun dah lama tak pulang kampung rindu...boleh la nanti nak selfie dengan mereka ☺️👍
ReplyDeleteYa, ni sahaja kenangan yang ada, lebih baik simpan disini hehe
Deletebestnya masih ada ibu ayah. simpan banyak2 memory bersama.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur masih diberikan kesempatan
Deletemoga sihat2 selalu ..mak & abah Cuya & Cuya pun...
ReplyDeletebursyukur sbb dpt spent masa selalu dgn mak & abah kan..alhamdulillah
Aamin... Alhamdulillah syukur amat
DeleteAyah nampak segak, ibu pula nampak mcm chinese look lah. Semoga parents kita semua diberikan kesihatan yg baik dan dapat tengok kita berjaya 🥺
ReplyDeleteIya, ibu memang rupa chinese. Dari dulu org ingat ibu cina hahaha
DeleteAamin ya Rabb
sapa yg percaya tu org turki?🤣🤣🤣
ReplyDeleteMemberr hahahah
DeleteTengok depan2 agak ayah Cuya muka campuran hehe