Showing posts with label fadhli hamdan. Show all posts
Showing posts with label fadhli hamdan. Show all posts

Sunday, January 7, 2024

Print Planner Sendiri


Assalamualaikum, Hello  Coconuts!


Cuya tengah rajin nak print kertas warna warni supaya semangat nak menulis. Tahun lepas Cuya ada beli planner bentuk pdf bayar seikhlas hati. Apa? Ya! Seikhlas hati! Dah 2 tahun Cuya beli.

Baca sini:

Printable Planner 2023, Bayar Seikhlas Hati je!



Tahun ni pon penulis tu buat lagi.















conteng2's profile picture



Printable Planner 2024 | Softcopy | Bayaran Seikhlas Hati! 🎉

Yang dinanti sudah kembali! Printable Planner edisi 2024 kini lebih berwarna warni, lebih berseri dan masih ✨Seikhlas Hati!✨

Set planner unik ini mengandungi lebih 250 fail PDF dengan pelbagai trackers dan planners berwarna-warni. Semuanya tersusun rapi untuk menemani perjalanan anda sepanjang 2024 nanti.

Saya masih mengekalkan harga 'bayaran seikhlas hati', bermakna anda boleh tentukan sendiri berapa harga planner ini mengikut keperluan dan kemampuan anda sendiri.

Gunakannya pada tablet/ipad ataupun cetak mengikut keperluan anda. Terhad untuk kegunaan sendiri sahaja (tidak boleh dijual semula).

Untuk membuat pembelian, anda boleh membuat pembayaran ke 'Pixel Craft Studio' melalui:
1. QR code (disertakan dalam gambar di atas)
2. atau secara bank transfer ke Maybank (No. akaun: 514123699362)
3. Selepas pembayaran dibuat, dapatkan link untuk muat turun kesemua fail PDF melalui whatsapp: 601136128289 (link di bio @conteng2)

Terima kasih! 😊
__________________
🙋 FAQs 🙋
1. Ini buku atau softcopy?
Ini adalah set softcopy (fail PDF). Anda boleh gunakan terus pada tablet/ipad (melalui app seperti GoodNotes, OneNote, dsb.) atau cetak mengikut keperluan.

2. Apa maksud Bayaran Seikhlas Hati? Pay as You Wish? Tiada bayaran minimum?
Bayaran Seikhlas Hati (Pay as You Wish) bermaksud anda boleh bayar mengikut harga yang dirasakan berbaloi untuk planner ini, juga mengikut keperluan dan kemampuan anda. Tiada bayaran minimum dikenakan kerana untuk projek ini, saya mahu semua orang dari pelbagai latar belakang dapat peluang memanfaatkan planner ini. 😊


Cuya pon  rasa nak beli nanti, kumpul planner daripada penulis favourite Cuya. Kasi support!



Semalam Cuya print sebahagian mukasurat dalam planner 2023
Cantik design dia, COLOURFUL!



Cuya hanya print bila perlu je. Planner 2022 pon Cuya ada.

Senang nak print sebab dekat rumah ada printer. 


Alhamdulilah moga Allah merahmati penulis conteng2 abang Fadhli Hamdan dan dimurahkan rezeki seluas lautan, selebat hujan yang turun dan sederas sungai yang mengalir. Aamin

Always be my favourite author!


Nota kaki : Cuya baru lepas habis baca buku conteng2 edisi pertama dan ketiga  serta buku  koleksi terbaik conteng2.

Dah kali berapa ulang baca!


Baca juga:


UPDATE:

Cuya dah beli planner 2024! Super cute and awesome design dia :D


Followers