Followers

Friday, August 28, 2020

Kerna Tuhan Itu Punya Rencana Lain


Kerna Tuhan Itu Punya Rencana Lain

Tuhan,
Kau dengar bukan rintihanku?
Siang malam aku berlagu,
Menyanyikan untukmu,
Doa-doa mohon restu
Agar ada rezeki buatku,
Dalam diam kubersujud padaMu,
Kerna ku tahu Kau yang Satu,

Ku pinta yang kecil,
Malah yang besar Engkau beri,
Ku pinta yang sederhana,
Malah yang mahal kau kurniakan,

Tuhan,
ampunkan aku,
kerna sering meminta kepadaMu,
Ku tahu kau punya rencana lain buatku,
Ku tahu Engkau lebih tahu,
apa yang terbaik buatku.



Update Pertandingan Syair



Assalamualaikum,Hello Coconuts! Here's the new updates about pertandingan syair i mentioned before.

So..Cuya tak terpilih la top 28 ( senanya 26) . Takpe,alhamdulilah kawan sekolah Cuya dia terpilih. So proud of her! Dulu kitaorang buat persembahan sama2...
Takpe,next time ad lagi pertandingan macam ni..Cuya akan buat sungguh2!


Adios amigos :D

Wednesday, August 26, 2020

Update Pertandingan Syair di Youtube.



Assalamualaikum and Hello Coconuts ~

Harini Cuya penat la...Bukan penat apa,penat menunggu dah sakit kepala memikir. Fikir apa tu?
Ala..pasal pertandingan syair di youtube yang Cuya pernah mention tu.

Sepatutnya malam ni sebelum kul 10 youtuber tu akan umumkan top 28 peserta syair tu. Tapi dia kata kena tengok video esok pulak. Ya Allah...Cuya punya sabar menunggu...ko tahu tak seram weiii??serammmm...Berdebor rasa

Lepas tu, kalau dapat jadi top 28, akan ditapis lagi menjadi top 15. Hah.. yang top 15 ni yang akan dapat hadiah.  Ada 3 hadiah utama dan 12 saguhati. Wei....kalau Cuya dapat top 15 pon bersyukur dah.Tak yah kira hadiah..sumpah takut....taknak expect tinggi sebab Cuya punya syair biasa2 je.

Ingat tak pertandingan sajak yang Cuya masuk dalam ig? Cuya cuma tukar sikir-sikit sajak tu dan jadikan syair. Syair pun Cuya bedal je..entah betul entah tidak..herm.. 
Cuya dah tawakal dah.

Apa-apa pun,harap korang doakan Cuya berjaya masuk ke final. Ceh ..macam pertandingan besar lak. Maklumla,Cuya tak pernah join contest sebegini, lagi-lagi dengan youtuber yang femes.Kita hanya picisan.Hahahaha

Moga Nurnasuha Mohd Fadzil dapat jadi top 15 dalam pertandingan syair di Youtube.

Amin..

Wish me luck! Adios amigos >_0


Tuesday, August 25, 2020

PRELOVED GIVEWAY BY RAYDAH




Me who always excited to join giveaway..



So as i am blogwalking to others blog, i found this interesting giveaway..



I was like..." NI KENA JOIN NI!!"


 My friend masak curry,
Her name is Ray,
Come and join me,
in this giveaway.

what makes you come back to my blog -Ray



Okay, i don't really have specific reasons because i just enjoy reading other peoples stories.
You know random stuffs...But i do love to read posting about food.Hehe
And also because Ray ni rajin komen dekat blog Cuya...😁


And may i know, Ray punya name sebut macam mana?
Ray atau Rai?

Cuya selalu sebut Ray ala2 pelat mat saleh gitu..kekekeke


I didn't get to sort out all the gifts yet but what I can tell is that the things I'm giving away are more than 10. There will be a surprise but I'm not revealing it now. 

I'll update about the gifts later and the winners will be chosen through a manual lucky draw. I will not be using the True Random Number Generator like I did last time.












To those who love gifts and giveaway, i encourage you to join this giveaway.
Please support my blog's friend!

















This ends on the 24th of September 2020

Monday, August 24, 2020

Join Bersyair Di Youtube?


Assalamualaikum,Hello Coconuts!


Cuya ada benda nak cerita ni. Semalam,bersamaan hari Ahad, teman baik Cuya di universiti bagi Cuya satu link Youtube. Cuya macam, link apa lak ni?

Cuya pun tengok la sampai habis.Rupanya ada sorang youtuber ni dia nak anjurkan pertandingan bersyair..Cuya pon macam excited la.Jadi Cuya pun isi google form seperti dinyatakan dalam video. Excited habis ni.Haha.. Alhamdulilah Cuya sempat isi tengahari semalam, sebab penyertaan tutup 5 petang.Fiuhh~ Alhamdulilah.

Jadi, pagi tadi Cuya dah rekod video semua,dah siap edit dan terus hantar penyertaan sebab kena hantar sebelum 25/8/2020 Selasa jam 5 petang. Alhamdulilah Cuya dah hantar.Nervous nye tooqss..

Cuya ni takdelah pandai bersyair..tapi Cuya nak juga lah cuba. Dan,dimaklumkan dalam ig youtuber tu ada dalam 100+- video yang telah dihantar padanya. Oh emmmgeeeee...Ramai gila wei. Cuya dah terkedu. Cuya tawakal jela pada Allah. Cuya harap Allah permudahkan urusan Cuya.


Mari ramai-ramai mendoakan semoga Nurnasuha Mohd Fadzil dipermudahkan urusan untuk menjadi finalis pertandingan bersyair di youtube. Amin Ya Rabbalamin..

Ni first time Cuya nak join pertandingan begini rupa dekat Youtube. Moga ada rezeki untuk Nurnasuha.


Thanks korang sebab baca. Till next entry, adios amigos!


Saturday, August 22, 2020

520 GIVEAWAY BY GARAEKI















Assalamualaikum, Hello Coconuts! I will start my entry with english language as the organizer of this GA enjoys using english language in her blog.

In order to suppport her GA, allow me to start to 'berpantun'

Roses are red,
violet are blue,
This GA so great,
come join me too.

my IG : _suhxj


She asked to share any recommendation of book, and as i am into comics right now, i share a comic series entitled Maid Maiden. These books have 7 series which starting from Monday till Sunday. This is an old series, but i still wanna share with all of you cause i love these books so much :D

Maid Maiden - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Maid Maiden Tuesday (Maid Maiden, #2) by Kaoru


Maid Maiden Wednesday Kaoru. - Ookbee MY

Maid Maiden Thursday (Maid Maiden, #4) by Kaoru
Maid Maiden Friday (Maid Maiden #5) by Kaoru

Maid Maiden Saturday (Maid Maiden #6) by Kaoru


Maid Maiden Sunday (Maid Maiden #7) by Kaoru

I am not very sure if these series still being sell or not cause i only bought these books as preloved books. Affordable.

Well,this a love story comics.


SINOPSIS

Demi putera impian yang pernah menyelamatkannya, Alivia bersusah-payah masuk ke sekolah elit Adam Gordon High School. Namun sebaik diterima sebagai pelajar, ibu bapanya diisytihar muflis dan tidak mampu membayar yuran persekolahannya. Tidak cukup setakat itu, mereka melarikan diri ke luar negara kerana masalah hutang. Mujurlah Bennett Gordon, pelajar kaya di sekolah tersebut, sudi membantunya...tetapi dengan satu syarat! Bagaimanakah hidup Alivia selepas itu?! Dapatkah dia melepaskan diri daripada kesulitan perebutan cinta antara dua lelaki yang menjadi pujaan ramai terhadapnya itu?!

I am suggesting comics not just because i enjoying them, but comics can be use to encourage person who do not like to read too much wording such as novels or newspaper.

Benefit of comics :

1) Encourages  person to start read.
2)Enhances creativity
3)Increasing confidence
4)Improve vision and understanding of a diagram.
5)cultivate the spirit of love for painting



Now, what would the prizes will be??



I am giving away RM50 and RM20 Bookxcess gift cards to 2 of you! One of you will get RM50 and one of you will get RM20. There will be 2 winners.



















Ptffff shame of my old picture 🤣








Think of one way,
to make you smile and think,
Let's support her giveaway,
Who knows you'll win?



Adios Amigos!!



Tag: Kak Sha



Friday, August 21, 2020

Cuya Join Pertandingan Sajak?




Assalamualaikum, Salam Coconuts seantero dunia. (Cewah!)
Sempena bulan kemerdekaan ini, U Cuya anjurkan pertandingan untuk student dia. Antaranya pertandingan dalam satu kategori campur seperti nyanyian,sajak,syair dan seangkatannya. Cuya tak nak lepaskan peluang untuk join memandangkan Cuya memang suka benda-benda macam ni.

Jadi Cuya masuk bahagian sajak dan kalini Cuya cipta sendiri sajak ni.  

Jom ke ig Cuya dan komen share dan follow tanda support.Kalau nak followback mention Cuya ya!



MALAYSIAKU TERCINTA
 
KARYA NASUHA FADZIL (CUYA)

Negaraku Malaysia,
Terbentuk atas nama cinta,
Perpaduan antara rakyat jelata,
Kukuh dan utuh terjalin bersama.


Rakyat kita bersatu hati,
Menjaga baik negara dicintai,
Bersama membanting tenaga mencari rezeki,
Menjalani hidup yang penuh hakiki.

Walau badai datang sekali,
Kita akan kekal berdiri,
Kerna kami dilahirkan disini,
Mengalirnya darah di ibu pertiwi.

Kami berjuang demi negara,
Walau terpaksa bertarung nyawa,
Biar berputih tulang bukannya mata,
Malaysiaku tanah tercinta.

Tidak akan kami biarkan,
Anasir jahat lupuskan perpaduan,
Yang telah lama kami eratkan,
Perjuangan ini kami pertahankan.

Akan ku genggam erat,
Akan ku kukuhkan kudrat,
Kerna ku punya matlamat,
Menjaga Malaysia sepanjang hayat.



Salam merdeka!




Thursday, August 20, 2020

Buku Preloved dan Scrunchies Comel Gilos!


Assalamualaikum, Hello Coconuts.

Kabare? Alhamdulilah waras.... Cuya kadang-kadang tak tahu nak mulakan entri Cuya tau... So macam..Disebabkan Cuya suka variasi bahasa yang ada di muka bumi ni, Cuya suka kalau selitkan sedikit bahasa Asing. If you know what i mean? Sebab Cuya suka betul dengan bahasa-bahasa yang unik ni. Wo ming bai yi diandian ( I understand a little bit)

Bagi yang tak tahu, di Universiti Cuya belajar bahasa Mandarin tapi tula...basic jela....sebab tu faham sikit2. Jadi bila Cuya pergi kedai,kadang-kadang Cuya sahaja cakap mandarin sepatah dua.Sama juga kalau Cuya naik Grab. Tak kisah lah,kalau sekadar cakap terima kasih ke sama-sama in mandarin ,at least Cuya beranikan diri cakap bahasa Cina.


Okay,cukup kot intro gitu..Cuya nak cakap pasal benda lain. Cuya sedang membantu seorang kenalan di Ig untuk menjual barang-barang dia. Jom usha!



Buku fixi ni sebuah RM8 sahaja geng. Semua ni available lagi ya

Jom tengok lak scrunchies omey2 ni~














WAHHHHH! Cantiknya scrunchies ni!!

Each colour available satu je tau.Sape cepat dia dapat!
Hah,korang apa tunggu lagi? Kalau berminat Ws Cuya tau
Cuya tolong kawan jual ni...korang support la sikit..hehehe



Klik link di atas ya.Jangan risau,Cuya fast reply gitu...hehehe


Baik,sampai disini sahaja. Adios amigos !