Followers

Sunday, March 19, 2023

Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV


Assalamualaikum, Hello Coconuts! Harini Cuya kembali lagi dengan review buku terbitan Daie Kreatif Venture. Komik bertajuk ' Aku Okay' ini sememangnya kena dengan Cuya. Terasa bagai Cuya juga sebahagian watak dalam komik ini.

Antara nilai yang Cuya belajar adalah kita perlulah jadi pendengar yang memahami, bukan mendengar untuk bercakap. Cuya faham, untuk memahami situasi permasalahan seseorang bukanlah mudah. We are not in their shoes bak kata orang putih. Cuya alami situasi macam ni sebelum ni. Cuya ada seorang kawan, dia seperti alami masalah yang agak susah untuk Cuya perkatakan.

Jadi Cuya nasihatkan dia untuk pergi berjumpa dengan doktor. Ternyata dia sememangnya mengalami sakit anxiety. Alhamdulilah dia dapat detect awal, sekurang-kurangnya doktor dapat membantu dia mengatasi masalah yang dia alami.

Bukan senang nak jadi pendengar yang baik, sebab Cuya bukanlah seorang pakar motivasi atau psikologi. Kebolehan kita agak terhad. Melalui komik ini , sedikit sebanyak dapat membantu Cuya untuk memahami role kita sendiri apabila berhadapan dengan orang yang bermasalah dan menjadikan kita sebagai tempat untuk meluahkan masalah mereka.

Kadang-kadang orang yang ada masalah ni, bukanlah nak solusi sangat. Dia cuma nak kita dengar masalah diorang, betul tak?

Berkata-kata, memberi nasihat itu mudah tapi bukan senang untuk kita praktikkan.

Antara dialog dalam komik ni,

"Kau kena ingat, kadangkala kita tidak boleh lihat masalah seseorang mengikut perspektif kita"

Bukan senangkan nak memahami situasi seseorang sehingga kita sendiri berada di tempat orang yang ada masalah tu.


Cuya bagi 9/10 untuk komik ni. Komik ini akan membuka mata masyarakat tentang kepentingan empati.


Empati juga sikap yang meletakkan perasaan kita pada orang lain atau cuba meletakkan diri pada tempat mereka





Wednesday, March 15, 2023

Review Komik Perfect oleh Hanimism DKV

Assalmualaikum Hello Coconuts!

Harini mood Cuya terlebih rajin nak review salah satu komik dakwah yang baru sahaja Cuya beli bertajuk 'Perfect' oleh Hanimism terbitan Daie Kreatif Venture.



Dalam komik ni ada banyak nilai murni dan mesej yang disampaikan. Antaranya berkenaan hubungan ikhtilat, aurat dan persahabatan. Kadang-kadang terasa diri ni tak cukup sempurna bila membaca nasihat yang cuba disampaikan dalam komik ni. Terasa kerdil sungguh di depan Tuhan sebab dosa kita terlalu banyak. Banyak khilaf dalam diri ini sampai rasa tak layaknya aku untuk berdepan dengan Tuhan.

Cuya banyak istigfar bila baca komik ni. Banyak dosa yang kita dah buat tanpa sedar.

Tetapi dalam komik ni ada memberitahu, walaupun seburuk mana pon kita sebagai hambaNya, tidak terlambat untuk kita bertaubat dan tiada siapa yang layak untuk judge perubahan kita terhadap ketaatan kepada yang Esa. Sesungguhnya Allah sahaja yang boleh membaca hati seseorang.

Dan sentiasalah percaya, niat yang baik akan membawa kita ke jalan Allah. Allah Maha Merancang sesuatu perkara dan Dia sajalah yang tahu apa yang terbaik untuk masa depan kita.

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, nescaya kita akan lebih bahagia.

Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan menuju je jalan Allah. Walaupun sebesar lautan sekalipon dosa kita, kita tetap boleh meminta ampun dengan Allah. Allah sentiasa rindukan doa dari hamba-hambanya. 

Komik ni sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Ada juga diselitkan bibit-bibit cinta antara watak Heroin dan Hero. Pengakhirannya agak lucu. Nak tahu? Korang kena dapatkan lah buku ni. Tak rugi beli komik dakwah. InshaAllah kalau ada rezeki lebih Cuya pon nak beli lagi komik-komik yang penuh dengan intipati nasihat yang mengingatkan kita tentang Islam.

Moga komik-komik sebegini terus maju demi kebaikan dan kesejahteraan ummah di negara kita. Aamin :)



Wednesday, March 8, 2023

Pemenang Segmen Pencarian Model Lukisan Digital By Cuya

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Sebelum Cuya umumkan pemenang, Cuya nak minta maaf sebab tangguh pengumuman ni. Banyak benda yang terjadi dalam masa terdekat.

Dan sebenarnya Cuya nak ingatkan peserta-peserta segmen Cuya yang belum pm gambar untuk dilukis, boleh lah ws Cuya ya.


Baik, jom ke agenda utama kita.

















Tahniah kepada akak SA! Boleh la ws Cuya ya.

PEMENANG PERLU CONTACT CUYA DALAM TEMPOH SEMINGGU LEPAS TARIKH HARINI
KELEWATAN PEMENANG AKAN MENYEBABKAN PEMILIHAN PEMENANG BARU.

Sekian saja, terima kasih semua yang join. Akan datang inshaAllah ada lagi rezeki untuk korang join GA macam ni. Terima kasih semua sebab support Cuya!



Menang GA Ciknur ( Hadiah dah sampai!)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas harini. Kadang-kadang kita terlupa akan nikmat yang Tuhan berikan sampai lupa lahirkan rasa syukur. Jadi marilah kita beramai-ramai mengucapkan ALHAMDULILLAH.

Buat pengetahuan semua, sebelum ni Cuya ada join giveaway daripada blogger Ciknur kita. Tak disangkakan Cuya muncul sebagai salah seorang pemenang bertuah. Alhamdulilah, rezeki yang tak dijangka. Orang kata rezeki tak pernah salah alamat, betul tak?

Ni entri Ciknur --> Pemenang GA Anniversary

Dan berita baik, hadiahnya telah pon selamat sampai. Hah... dapat hadiah apa la tu kan? Jom tengok!





Tudiaaa pink kaler hah...Yang peliknya, Ciknur macam tahu-tahu je warna favourite Cuya  pink. Hahaha Alhamdulilah, rezeki! Terima kasih Ciknur sebab anjurkan GA ni.

Jarang-jarang dah ada GA kan. Sesekali ada , menang lak tu. Happy tak terkira. Moga Ciknur dirahmati Allah, dikurniakan rezeki seluas lautan dan langit dan diberi kecemerlangan dunia dan akhirat. Aamin..


Alhamdulillah :)








Thursday, March 2, 2023

Tamat Sudah Segmen Lukisan Cuya

Assalamualaikum, Alhamdulilah syukur sebab segmen Cuya dah tamat.

Sekarang Cuya dalam tempoh nak siapkan dulu lukisan free satu persatu. Minta maaf lah Cuya ambil masa sebab Cuya taknak lukis dalam keadaan terburu-buru dan stress. Maka Cuya akan ambil masa untuk buat lukisan ya korang?

Pemenang GA pon Cuya umum kemudian, beri Cuya masa tau2!




Sementara tu jom blogwalking dekat SENARAI PESERTA.