Tuesday, February 4, 2025

Parcel Selamat Mendarat

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Beberapa hari lepas Cuya banyak shopping online. Maklumlah, bisnes tengah bagus. HAHA
Bisnes komik dan makeup preloved. Alhamdulilah syukur atas rezeki daripada Nya.


Ada rezeki lebih kita pulak shopping. Macam biasalah, Cuya kalau shopping balik-balik benda sama je. Sebab tak tahu la nak beli apa.


Parcel baru sampai harini


Cuya beli buku! Siri JIMI ni memang Cuya lama dah kumpul. Dah ada 4 buku, dan bakal ada buku baru

Siri Diari Conteng Jimi memang best. Cerita yang simple tentang kanak-kanak bernama Jimi. Sesuai untuk dibaca untuk semua usia sebab jalan ceritanya ringan dan ada penulisan & komik.



Sesiapa yang nak boleh la beli dekat shopee kalau nak hadiahkan pada anak buah ke, anak2 ke atau untuk diri sendiri pon takpe.

BTW, penulis ni lah yang jual planner berbentuk PDF yang bayar sesuka hati.

BACA JUGA 

Printable Planner 2025, Bayar Seikhlas Hati.



Penulis ni dulu ada blog popular namanya contengconteng.com. Tak tahu la korang pernh dengar ke tak? Tapi Cuya salah seorang pembaca blog dia. Tapi blog tu dah ditutup tak pasti sebab apa, mungkin disebabkan pembikinan buku2 dia ni.







Monday, February 3, 2025

Masuk ke kedai Berhantu


Assalamualaikum , hello Coconuts!

Harini Cuya singgah ke kedai berhantu Malaysia.. Hah siapa tahu dekat mana??





Beli coklat batu favourite Cuya. Nyum3
Sejak zaman uni lagi suka coklat ni. Dulu susah nak jumpa



Muruku ikan pedas. Sedap gila! Nyesal lak beli satu je


Dulu sekolah rendah adalah jual benda ni. Saja menggamit memori zaman dulu2


Ni bukan dari kedai berhantu ya.
Ni Cuya masak untuk berbuka ibu dan ayah Cuya.

Biasa masak lemak jelah kalau kitaorang. Masakan kampung.



So kedai apa yang berhantu tadi? Kalau bukan ecoshop.. hahahha

Betul tak tekaan korang?


till then,

Adios amigos!



Sunday, February 2, 2025

Eyeshadows FREE, siapa nak?


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya nak bagi eyeshadows free kepada sesiap yang nak tapi bayar postage Rm10 sahaja.

Eyeshadows ni sebahagian dah swatch sikit tau.


Fuzzy eyeshadows. Luar dia berbulu lembut. Comel


Barbie eyeshadows, nanti sekali dengan lipmatte dia Cuya bagi



Superhero eyeshadows sekali dgn lipgloss berwarna..



Sesiapa yang nak wasap.my/60135800776


Sekian adios amigos!
Sape cepat dia dapat tau!



Jalan Melawat Wan

Assalamualaikum Hello Coconuts


Cerita untuk entri kalini adalah gabungan dua hari ya. Gambar sikit, so gabung ajer dua hari senang.



Singgah Jasin sebab plan asal nak pergi Speedmart beli topup.

Nampaklak kedai Takoyaki dengan Teh Ais Derhaka.



Pekena teh ais derhaka... Lama tak minum.
Sedap macam biasaaa. Ada cincau lak tu.


Takoyaki last kopek. Cuya tak dapat beli tapi dapatlah merasa seketul. Sebab kitaorg singgah situ jam dah 6 lebih memang dah habisla citenya.


Singgah speedmart beli seaweed. Cuya suka seaweed ni tapi harga memang mahal la Rm10 lebih.

Untungnya abang belanja. Ngeh3
Sayang abang lebih!

Begini rupa dalam seaweed tu.
Rasa rangup nipis pedas²



Ni cite semalam. Sebelum ni Cuya pergi wedding saudara Cuya pernah dapat goodies bag satu plastik.

Ni pergi rumah dia untuk melawat Wan (nenek), dapat lagi 1 plastik besar. Ya Allah... Memang makan jajan jela kitaorang. Alhamdulillah 





Paling suka jajan ni. Sedap!


Cuya nak letgo Lawak Kampus Kingdom

Rm26 semua free postage.

Kalau berminat wasap.my/60135800776


Masheh!




Mee Bandung Mak Pon

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni makcik Cuya ada berikan Cuya rempah mee bandung Mak Pon. Sebabnya kitaorang sibuk bercerita pasal mee bandung dekat johor tu. Jadi, bila makcik singgah Jasin dia berikan Cuya 2 bungkus rempah mak Pon.

Cuya pon first time try rempah mak Pon ni. Jadi harini Cuya pon masak mee bandung mak Pon.



Nila rempah Mak Pon. Dengar cerita popular. Tidak ler teman tahu yobb hehe. First time try




Pergi mencari mee Numee Gardenia, takde pulak. So kita pakai la mee sedap ni... Janji ada


Masuk telur dengan sawi, dah siap!

Tak payah tumis apa2


Boleh makan untuk 5 orang guna 1 liter air sahaja

Tapi Cuya takde air rebusan daging, jadi rasa dia kurang la pada Cuya. Kalau ad rebusan daging mesti lagi mantappp


Mee yang dah di rebus air 5 packets.

Ibu cakap 3, Cuya pergi habiskan semua. Pada saya tahuuuu heheeh

Alhamdulillah okayla rasa mee bandung ni, cuma kena tambah daging la baru sedap lagi kan. Takpe Alhamdulillah orang berkongsi rezeki dengan Cuya. Dapat jugak merasa.


Korang masak apa harini?


Followers