Wednesday, January 29, 2025

Bisnes Jual Komik

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Memandang Cuya ni peminat komik, Cuya pon jual buku preloved especially  komik. Cuya lepas dah habis baca komik kalau dah taknak simpan lagi Cuya akan jual sahaja sebagai preloved. Mana Cuya nak, Cuya simpan.

Kadang-kadang ada komik yang bagi Cuya kurang menarik untuk dibaca lagi atau siri terlalu panjang maka Cuya let go sahaja untuk kosongkan rak. Ada masa Cuya cari stok komik untuk dijual balik. Tapi yang tu kena rajin selam mencari komik dekat platform tertentu.





Yang atas ni semua Lawak Kampus untuk dijual.
Belum ada pemilik lagi




Yang 3 gambar atas ni dah terjual orang beli lumpsum. Alhamdulillah 




Ni koleksi komik Cuya. Sayang gila nak letgo.
Nila mini library Cuya. Ada lagi sebahagian buku dalam kotak. Dah takde ruang nak letak

Sampai satu part ibu kata nak buang je buku Cuya 😂😂 Adeh jangan begitu.

Teringat kisah orang share dekat group komik pasal mak dia bakar semua komik dia. Kesiannya... Dia ada kenangan buruk yang tak boleh dilupakan.

Alhamdulillah ibu Cuya sekadar mengugut hehehe

Jangan dibakar buku saya, ku rela jual je.

Tapi ayah Cuya pernah campak komik Cuya untuk dibakar, pastu Cuya kutip balik.

Bapak2 memang gitu eh dulu2? Suka bertindak melulu..kesian kat anak2. Nasib baik sekarang ayah Cuya tak macam tu. Kalau tak, Cuya sorokkan barang dia 🤣🤣 balas dendam terus ehhh haahahah

32 comments:

  1. Hahahaha balasa dengan balik sorok kan barang ayah ya cuya 🤣

    Saya bersyukur papa saya suka sangat membaca. JD memang dari kecil kami dibiasakan membaca buku, dan bebas beli buku apapun. Dulu tiap birthday, saya dan adik dapat hadiah boleh beli buku sebanyak apapun asal kami berdua kuat bawa keranjangnya.

    Jadi kami cari akal bagaimana nak bawa sebanyak mungkin buku tp masih sanggub bawa. So keranjang kami taro lantai, lalu dorong berdua 🤣🤣

    Papa cuma ketawa saja. 😄. Kalo buku, papa tak pernah banyak tanya, pasti dibelikan. Tp kalo mainan, diinterogasi dulu mainan apa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah Cuya juga sebenarnya tak kisah kalau Cuya beli buku banyak2
      Tapi kadang2 mood dia tak berapa betul hehe

      Delete
  2. wooowww byknya!!! lawak kampus tu my zharfan pernah beli jugak zmn2 dia sek men

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak lelaki mesti pernah merasa beli hehe

      Delete
  3. Kita waktu kecik-kecik dulu suka membaca tapi jarang membeli hehe, selalu baca dekat library takpun pinjam kawan. Sekali sebulan ibu kita belanja beli satu novel. Bila dah besar pegang duit sendiri ni sumpah rasa nikmat betul bila boleh beli buku bila-bila kita nak :'))) Sekarang pun suka baca komik hehe, tengah follow Siri Prince tu hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann bila dah besar seronok nak membeli banyak buku. Hahaha
      Oh siri Prince pon panjang gila... sama macam siri candy, jenuh jugak nak catch up , macam lawak kampus la :)

      Delete
  4. Banyak nya komik Cuya. Kadang rasa menyesal bagi orang komik dan buku cerita yang kita kumpul lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya kalau gitu pon nyesal. Sebab tu Cuya jual je, dapat gak duit beli baru.. hehe

      Delete
  5. Sejak dah tua ni lama dah tak sentuh komik.. Yang ada pon orang lain tolong bacakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lagi meningkat dewasa bahan bacaan Cuya akan bertukar

      Delete
  6. Bestnya bisnes jual komik, Mak Lin pun suka baca komik. Dragon Ball, Detective Conan, Dr. Slump, Mutiara Naga, semua-semualah. Semoga komik-komik preloved tu cepat dapat tuan baru ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak, takdela membazir komik yg ada
      Terima kasih atas doanya. Aamin

      Delete
  7. Dulu2 baca Gila Gila. Hehe. Komik kurang baca. Buku cerita ada juga baca....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila gila Cuya tak pernah baca... Takpe janji kita membaca juga

      Delete
    2. Membaca jambatan ilmu. Dengan duit jual komik, Cuya boleh beli buku2 baru.

      Delete
    3. Ya betul! Jual dan beli buku baru untung begitu

      Delete
  8. majalah n komik lama tu kebanyakannya abe kie dah buang kerana kesempitan ruang di rumah ni. sayang tu syg la tapi terpaksa buat gitu. huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut abe kie jual je, dapat gak duit.. tapi nak wat cane kan

      Delete
  9. Baguih Cuya simpan dalam beg plastik ziplock, semoga bisnes berjalan lancar 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru je mula pakai .. baru dapat kesedaran hahaha

      Delete
  10. yeahhhhh jual Cuya! ramai peminat komik mencari tu! hehehe

    ReplyDelete
  11. kalau boleh tag, sy tag blogger bola katok
    dia peminat komik2 ni

    ReplyDelete
  12. Ibu Cuya ugut camana?
    "Kita bako! Kita bako!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa..takdela gituuu. ibu cakap "Ibu nak buang je komik kau ni" hehe

      Delete

Followers