Followers

Tuesday, January 31, 2023

Main Conteng-Conteng Muka


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini Cuya nak share koleksi contengan muka Cuya. Cuya perasan sejak kecik lagi Cuya suka mekap2 ni. Keperempuanan sungguh!

Dah besar, dah pandai beli mekap sendiri, lepastu tengok tutorial konon2 boleh jadi MUA ( makeup artist) yang berjaya. HAHA

Selalu bestie Cuya akan datang rumah and kitaorang main makeup2. Dulu noob, sekarang dah terer sikit. Sikit jelaa. Jadilah daripada takde kan.. eheks

Jom tengok macam mana Cuya conteng muka Cuya.


Ni makeup inspirasi sempena Merdeka.



Ni smokey eyes gituuu




Makeup Bad Bitch 😂


Ni makeup ala2 arab gitu. Ada rupa arab tak Cuya? Eheks

Ni bestie Cuya yang makeup kan. Simple cute makeup

 Ni Dolly makeup. Bestie Cuya juga yang create this look. Dia ada pergi kelas makeup masa tu. Masa ni memang acah model tak berbayar habis! HAHAHA

Save the best expression at ending 😂


Cuya kalau makeup memang kadang2 suka buat ekspresi serius ala model gitu. Yalah kita berangan jadi model dulu, mana tahu impian jadi kenyataan. Aaminn

Macam kelakar pulak kan tapi who knows ? 🙈
Apa komen korang dengan makeup looks Cuya?
Banyak kena improve ni.. Hehe


Aku borong komik Lawak Kampus!

Assalamualaikum , Helo Coconuts!


Entri harini patutnya dah lama dah buat, tapi Cuya bukan jenis suka draft. Cuya jenis, harini punya cerita, taip harini juga. Kira berita tu masih panas lagi. Walaupun cerita Cuya takdelah panas macam Melodi. HAHA

Bagi yang dalam dengan blog Cuya mesti tahu Cuya ni peminat komik serta penjual komik preloved juga. Jadi Cuya ni banyak join group jual beli komik di Facebook. Dekat sana senang sikit nak menjual sebab orang kat situ memang sah2 peminat komik. Cuya kalau nak beli komik preloved juga dekat situ.

So ceritanya, Cuya ada mencari penjual komik Lawak Kampus (LK) yang lama2. Sebelum ni Cuya pernah juga beli Lawak Kampus, tapi ada yang hilang ( orang pinjam tak geti pulangkan. Herm! ) , ada yang Cuya jual balik.



Total 22 buah buku Lawak Kampus dan 3 buku free.
Harga cuma RM65 termasuk postage.
Berbaloi- baloi ni.



Walaupun semua ni buku lama, tapi masih elok boleh dibaca. Cuya tak kisah sangat kalau ada yang koyak2, asalkan masih boleh dibaca dan cukup muka surat. Sebab Cuya bukanlah collector tegar yang buku kena cantik belaka. Benda murah kan, Cuya sapu je la. HAHA

Dulu-dulu Cuya takde peluang nak beli Lawak Kampus selalu. Sekarang ada duit sikit, boleh la membeli hobi kita ni. Kebetulan anak2 buah Cuya pon suka LK. Jadi diorang pon ada pinjam buku Cuya. Zaman sekarang ni susah nak mencari anak muda yang suka membaca. Jadi Cuya tak kisah diorang nak pinjam buku Cuya memandangkan buku pon buku preloved, kalau hilang takdelah susah hati. kekeke

Btw, LK ni dah lama siri dia. Siri dia masih on going kira laku juga la LK ni. Alhamdulilah Cuya membesar dengan komik LK ni. Kalau tak berkemampuan untuk beli komik baru, cari saja yang preloved. Jimat pon jimat.

Setakat ni, Cuya masih belum habis baca semua. Walaupun memang ada buku yang Cuya pernah baca, tak salah baca sekali lagi kan? Kalau korang tengok dekat list buku dekat blog ni, yang dekat page bawah sekali korang akan nampak buku yang Cuya baca adalah siri LK dan komik-komik lain.

Cuya memang teruja tengok komik banyak2 ni. Walaupun usia dah meningkat, tapi jiwa muda youallss.. HAHAHA


Sampai sini saja, 
adios amigos!



Friday, January 27, 2023

Aku dapat Suprise Parcel. Siapa bagi ni?

Assalamualaikum Hello Coconuts.

Beberapa hari lepas Cuya berangan kalau ada orang buat suprise delivery untuk Cuya. Berangan jela mampu....

Eh tup tuppp

Semalam Cuya terima parcel misteri. Bila Cuya tengok nama penghantar dia, macam familiar tapi Cuya tak cam. Terkejut tengok isi dia. Yalah nama pon suprise kan...hehe



Macam tahu2 Cuya suka warna pink. Cantik pulak tu hadiah dia.

Seingat Cuya, Cuya takde menang giveaway. Cuya mula terfikir, sape pulak admire kat aku ni? HAHAHA berangan kejap. Takkan la crush aku ke...ex aku kee

Lepas tu Cuya cuba search nama penghantar tu di internet.


Laaaaa Baru Cuya tahu. Dari


Cuya pernah menang GA dari sis Ray. Alhamdulilah, rezeki Cuya. Sebenarnya Cuya lambat bagi alamat Cuya, siapa sangka dapat juga. Terima kasih Ray!


Moga tahun baru ni akan ada lebih banyak rezeki untuk Cuya dan pembaca blog ni . Aamin



Wednesday, January 25, 2023

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband



Burung merpati dua sejoli,
Disatukan jua takdir Illahi,
23 tahun bersatu hati,
Melayari segala onak duri.

Bahtera dilayar tak indah selalu,
Tapi dia tetap ada untukmu,
Syukur Tuhan takdirkan kamu,
Dua hati saling bertemu.

Ucapanku mungkin biasa,
Tapi dari hati untuk jiwa,
Moga kamu tampil bahagia,
Di samping sang kekanda.

Tuhan mendengar doamu,
Tadahkan tangan ke langit kamu tuju,
Rahmat Tuhan turun bagaikan salju,
Moga ia membanjiri hidupmu.

Kadangkala hujan membasahi bumi,
Tanda kamu punya rezeki,
Rezeki rumahtangga menjadi-jadi,
Kuasa Illahi tak siapa ketahui.

Doaku untuk mu,
Moga jodohnya dia yang satu,
Rezeki datang beribu,
Sampai ke Syurga berdua kamu menuju.


Aamin ya Rabb

Ucapan Cuya bentuk puisi khas untuk akak dan suami. Harap suka dengan puisi ringkas Cuya..heheh

Jom ramai2 join!

Sunday, January 22, 2023

Bekerja Sebenarnya Untuk Apa? #CuyaCariKerja


Assalamulaikum, Ola Coconuts.

Mungkin ada yang tak tahu, Cuya baru je lepas habis degree . Graduation day dijangka bulan 6 tahun ni. Cuma sekarang masih belum ada apa-apa berita. Macam biasalah, lepas habis belajar mesti kita kan ke step yang seterusnya iaitu mencari kerja.

Mungkin orang ingat Cuya ni macam tak cari kerja, duduk rumah je. Yalah, ada masa untuk up status dan ig story. HAHA Sebenarnya Cuya cari juga kerja tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada 'pegawai besar' yang tapis kerja yang Cuya nak.

Siapakah Pegawai Besar Cuya tu? Tak lain tak bukan Ibu Cuya yang tercinta.

Ada je kerja kosong di kawasan rumah Cuya, bukanlah kerja besar2 tapi adalah kerjanya. Cuya dah siap ambil borang semua. Ada tu dah isi, tapi tiada khabar berita. Ada tu dah isi, tapi ibu tak bagi Cuya hantar borang tu.

Cuya dah search dah kerja kosong kat internet. Tapi ibu ada masanya tak setuju dengan pemilihan kerja Cuya. Ibu ada kata 

"Ibu taknak kau menyesal bila kau dapat kerja tu"

Cuya faham, ibu sangat titik beratkan kerjaya apa yang Cuya pilih sebab Cuya tahu dia cuma mahu yang terbaik untuk Cuya. Walau kadangkala Cuya kecewa dengan jawapan ibu, ada masa Cuya fikir ada hikmahnya ibu memberi pesan sebegitu.

Pernah juga Cuya luahkan rasa kesal pada abang-abang Cuya tentang keizinan ibu untuk Cuya bekerja.
Nyata jawapan abang simple je

"Apa apa pon doa ibu yang terbaik. Abang kerja ni sebab doa ibu. Minta ibu doakan yang terbaik untuk Nasuha"

Bila abang cakap macam tu, Cuya muhasabah diri. Ada benarnya apa abang kata. Tanpa redha ibu, Cuya tak mungkin ke mana. Cuya berjaya sampai sekarang pon sebab doa ibu dan ayah.

Cuya hanya mampu berdoa, akan ada kerja yang terbaik buat Cuya, bos yang terbaik, staf yang terbaik, gaji yang terbaik dan environment kerja yang baik yang boleh buat Cuya suka dengan kerja Cuya.

Aamin Ya Rabb...

Harap pembaca pon doakan Nurnasuha Mohd Fadzil :)

Sebelum tu, kawan Cuya pernah tanya, sebenarnya kita kerja untuk apa? Jawapan Cuya mudah.

  • Kerja untuk membantu meringankan beban ibu ayah
  • Niat untuk bantu diri sendiri
  • Bantu masyarakat
Dan mungkin boleh niat untuk benda baik lain.
Apa apa pon kerja kita, niat kena betul. Niat yang baik akan membawa ke jalan yang diredhai Allah. InshaAllah.

Wednesday, January 18, 2023

Bagaimana rasanya di reject dan ditinggalkan?

Assalamulaikum dan selamat malam.

Pernah ke korang suka seseorang, dan orang tu reject korang?

Sejujurnya Cuya tak pernah alami insiden sedemikian. Tapi Cuya pernahlah macam reject orang tapi macam tak reject. Maknanya takdelah secara direct Cuya tolak dia.

Kebiasaan Cuya akan berbasa basi menolak dia. Adalah ayat yang Cuya adjust 😂

Tapi memang Cuya tak pernah kena reject, cuma dipermainkan perasaan tu pernah la. Ni cerita dulu2.

Cuya suka lelaki tu, dia ada makwe dah. Tapi dia macam beri harapan pada Cuya.

Lepastu Cuya ambil tindakan untuk block dia di social media. Setahun kemudian, Cuya ada chat dia, tapi sebab nak suruh dia ambil duit dari kerajaan. Lepastu kami berdua terus senyap.

Cuya delete no fon dia, block ig dan tiktok dia.
Cuya rasa itulah jalan terbaik untuk Cuya teruskan hidup.

Biarlah kami bahagia dengan cara sendiri.
Cuya dah maafkan dia.

He was my bestfriend dulu, tapi takdir Tuhan layaknya kami dipisah :/

Namun begitu, tidak bermaknalah semua lelaki sama sifatnya.

Cuya akui Cuya diuji dengan pelbagai cara. Bila Cuya suka seseorang, tengok2 dia ada makwe.
Bila Cuya suka someone, Cuya tak berani jujur dengan perasaan Cuya. 

Kena tinggal pon sakit 🥺

Kawan Cuya suruh Cuya join je apps dating
Tapi Cuya tak percaya apps dating. Banyak fuckboy je dalam tu nak ambil kesempatan, laki orang pon ada.

Cuya malas la nak bercinta banyak kali, kena orang yg salah. Buang masa tahu tak?

Kita cari yang serious nak kat kita, nak bina masjid... Hermm..

Mungkin Cuya kena usaha lagi.

Tula, orang nak kat Cuya, Cuya taknak. HAHAHA

Bila Cuya nak dia, dia lak taknak Cuya...

Ujian...ujian 

Apa apa pon, hidup perlu diteruskan, chin up and move forward!




Wednesday, January 11, 2023

2022 Reading Challenge Seketul Cuya. Pass ke?

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Kabare? Alhamdulilah Cuya di sini sihat- sihat saja. Sedang cuba untuk aktifkan blog sementara ada banyak free time. 

Harini dah 11 hari kemasukan tahun baru 2023. Rasanya tak terlambat untuk Cuya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua bloggers di Malaysia ini!

Azam tahun baru? Nak ada boyfriend baru... KAHKAHKAH
Tak serious ni, nak boyfriend.. XD   Helo, umur Cuya ni dah patut ada partner tau. Takkan sibuk tengok orang lain je ada partner. Kita pon nak... kekeke


Okay, taknak la cerita pasal azam, tu simpan dalam doa je la. Tapi Cuya nak cerita pasal Reading Challenge 2022 yang lepas.



Walaupun cabaran kali ni jumlahnya tak setinggi tahun2 sebelum ni, alhamdulilah Cuya berjaya baca 32 buah berbanding target Cuya yang asal iaitu 20 buah buku.

Cuya baca buku ringan2 je. Cuya dah tak serajin zaman muda mudi dulu. Dulu gigihlah selak buku. Sekarang mood dia tak seGah dulu-dulu.


Apa-apa pon, tahun ni Cuya akan cuba yang terbaik untuk baca banyak lagi buku.
Kambate kudasai! (Berusahalah!)





Thursday, January 5, 2023

Borong Perfume Dekat Tiktok. Murah Amat!

Assalamualaikum Hello Coconuts.

Malam semakin tua, tapi mata masih belum lena. Jadi Cuya nak story mory.

Sejak ada Tiktokshop ni, kemain lagi seketul Cuya shopping. Kalau dulu hanya di Shopee atau Lazada, sekarang dah beralih arah.

Maklumlah, ikut peredaran zaman. Tiktok ni beracun juga. Asyik asyik lalu iklan yang sama,mana taknya kita ni terjebak nak beli.

Nasib baik masih boleh beringat lagi. Jangan dibeli benda merapu, kalau untuk kepentingan diri okay lagi.

Cuma kadang2 tersasar juga. Eheks!

Benda pertama Cuya beli adalah Inai Cheta. Lepastu Cuya beli sabun, inai lagi, electric foot massage dan latest Cuya beli benda kat bawah ni.

Apa tu? Jeng jeng jenggg






Ya perfume! Cuya borong perfume guysss
Sumpah bau wangi sangat2. Cuya beli banyak2 satu sebab murah dan Cuya nak bagi pada orang.

Ada perfume lelaki, ada perfume perempuan.
Hari hari boleh tukar perfume.

Cuya bukan la peminat setia minyak wangi tapi sebab benda murah kan, kita grab jela.

Cuya order dua kali tau! Total perfume 20 botol, lagi 2 Cuya dah bagi ibu dengan kawan.

Seronok pula tengok perfume banyak2 ni. Macam takde keje kan. Alhamdulilah rezeki Allah bagi.

Biasa belanja komik je, kalini barang lain lak.
Dasar kaki shopping Cuya. 😂

Secebis Kasih Di Kertas Kumal

Seringkali bait lirik ku catatkan
Di atas kertas kumal kutuliskan
Dengan penuh rasa cinta membara
Namamu ku lorekkan jua

Bibirku menyanyi riang mesra
Tanda hati cukup bahagia
Teringat dirimu aku sengih tak semena
Mabuk cinta ke?

Jariku terus menari,
Mengarang rasa cinta mencuit hati,
Terbayang wajahmu terlakar,
Sungguh sayangku makin mekar.

Kopi sejuk kuhirup seketika,
Hati tetap berbunga-bunga,
Melihat lirik kutulis aku ketawa,
Cebisan kertas kumal ini,
Tanda cinta aku padanya.