Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥
Happy new year!
And happy birthday kepada sang rembulan yang namanya tertulis dalam doaku. Gitchuuu 💗ðŸ¤
Walaupun orang tu tak baca blog Cuya, takpe kita tetap wish dalam diam dan dalam doa.
Bagaimanakah tahun baru anda semua? Semoga semuanya baik baik sahaja. Cuya nak update sikit hari sebelum tahun baru Cuya ada keluar dengan ibuayah membeli barang.
Cuya ke Umbai, mencari dodol. Handphone takde internet, so mencari guna cara old
school, drive je kereta tu sampai jumpa kedai yang jual dodol tu.
Maka kami singgah la ke kedai MAMAMIDAH. Sebelum ni abang Cuya pernah belikan dodol daripada kedai ni. Memandangkan maklong Cuya balik ke Jasin, jadi ibu nak belikan buah tangan untuk makcik Cuya .
Kebetulan pula masa ni, dua orang abang Cuya datang rumah. Diorang nampak je cornflakes, terus ngapp dalam mulut sampai tinggal sikit je. Cuya perhati je diorang makan tak henti henti, memang habis ler jawabnya. Takpela, benda pon memang bikin ketagih makan.
Nampak tak dia tulis ADUCKTIVE ( addictive) yang membawa maksud ketagih. Memang abang2 Cuya sedap ler ngap sampai habis. 🤣. Takpela rezeki diorang. Nasib baik Cuya dah makan sikit.
Pastu ada beli dodol pandan dengan dodol durian. Tak sempat amik gambar.
Moga tahun baru ni akan jadi lebih bermakna. Untuk tahun baru ni Cuya nak fokus kepada kesihatan diri dan perbaiki diri sendiri sama ada dari segi perwatakan, kerajinan dan konsisten dalam dunia blog inshallah.
Sekali lagi, Selamat Tahun Baru!




