Thursday, January 22, 2026

Suplemen Lavva Skin dan Yolla

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni Cuya ada mention, hadiah duit yang Cuya dapat hasil daripada komen blog AbeKie Cuya dah guna untuk beli suplemen kesihatan.

Jadi Cuya ada survey di internet dan terjumpa suplemen minuman ni. Jadi saja je mencuba.

Minuman ni semua suplemen berperisa dan dia ada pelbagai perisa


Perisa pertama Cuya cuba adalah perisa beri campuran. Rasa dia sedap, rasa buah buahan beri. Dia takde gula putih jadi ianya tidak menggemukkan dan selamat untuk diminum.

Yang bestnya minum ni Cuya senang lawas. Asal minum je senang membuang.


Ni Cuya screenshot daripada kedai TikTok.
Dalam minuman ni ada ala botox untuk tegangkan kulit. Cuya baru botol pertama minum.

Cuya start minum masa 5 Jan. Setakat ni belum nampak sangat perubahan dari segi kecerahan kulit walaupun antara function dia untuk dapat kulit yang cerah.

Nanti bila Cuya dah consume lama baru Cuya share muka Cuya before and after consume.


Suplemen kedua ni pula nama dia Yolla Matcha. Memang rasa matcha yang kat kedai punya. Tersangatlah sedap! Cuya dah repeat kali kedua.

Yang matcha ni dia boleh mengenyangkan. Pon mencerahkan kulit . Tapi macam Cuya cakap, terlalu awal untuk Cuya tengok hasilnya.

Sebab keberkesana suplemen ni berbeza untuk setiap orang. Takpe kita usahakan. Walaupun Cuya berangan nak cerahkan kulit sebab muka Cuya dah gelap.

Sedang cuba dapatkan warna kulit asal Cuya. Tangan Cuya cerah, tapi mukalak gelap. Parahhh heheh


Yolla matcha bagus untuk kulit muka berjerawat, ada tiny bumps ke kan . So sesuai la untuk Cuya sebab muka Cuya pon jenis muka ada jerawat sikit2.

Minum ni Cuya tak membuang. Yang penting rasa dia macam kat kedai. 
Minum dengan ais pon tak jadi masalah.


Seterusnya Yolla Buttercream Latte Coffee. Minum kopi pon sekarang dah boleh jadi suplemen tau. Rasa dia lemak berkrim, memang sedap . Function dia pon untuk mencerahkan. Function lain Cuya tak jumpa di TikTok sebab dia nak discontinue produk ni. Alhamdulilah sempat juga Cuya merasa.

Pokoknya tiga2 ni memang function untuk mencerahkan kulit. Orang sekarang kan suka kulit cerah. Standard beauty kat Malaysia gitu ler ekk, nak cerah baru cantik.
Padahal muka kalau cantik, ko gelap ke putih ke tetap cantikkan?



Ni lak suplemen gluta plus untuk cerahkan juga parut2 jerawat. Live host kata kalau amik suplemen minuman dengan gluta ni kesan dia lagi senang nak cerah.

Taktahu ler Cuya baru nak cuba . Cuya makan gluta plus ni 20/1/26.

Kita nak tengok sejauh mana keberkesanan dia untuk hilangkan parut jerawat Cuya.


Skin booster ni pula dapat free. Tapi Cuya belum try lagi.

Function untuk baiki kulit, cerahkan dan lembabkan.

Pakai sekali sehari je. Malam karang Cuya baru nak cuba. Dia kena campur dengan moisturizer.

Nanti kalau berkesan Cuya akan share gambar sebelum dan selepas consume .

Setakat ni Cuya ada 6 botol suplemen air sebab baru topup.

Ni awal bulan 2 akan ada perisa baru iaitu Pistachio dengan kurma jadi Cuya simpan duit untuk try perisa baru 

Harga sebotol ni tak mahal pon, dalam Rm30 gitu jer. Okay la affordable la kan .

2 botol tahan untuk sebulan. Tapi kadang Cuya terlebih bancuh so cepatlah habis.
Tapi Cuya minum 2 scoop Laluna pagi, 2 scoop Yolla Latte petang, 2 scoop matcha malam.

So sehari 3 kali paling max boleh minum.
Kalau minum lebih2 takut tak berkesan lak.

Pape kalau berkesan Cuya update lagi disini.

Ikutkan dah 18 hari Cuya consume . Masih terlalu awal untuk menilai.

Moga2 berkesan la untuk dapat kulit yang lebih sihat.

Till then, adios amigos 👋🏻 










Kopi Saigon

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Semalam Cuya dan ayah ke hospital atas certain urusan. Pergi pada jam 12 lebih sebab senang ayah nak solat kat masjid.


Pagi2 dah bersiap semua. Awal Cuya siap sebab kita nak bermekap bagai. Ada gaya cikgu sekolah tak? 😂 Ke mak datin kekeke


Selfie bersama ayah. Jerawat kat dahi kemain timbul hah sebab tengah bendera jepun

No panggilan hospital.


Lepastu singgah kedai serbaneka, tengok ada jual kopi saigon. First time try. Memang sedap! Tak nyesal beli walaupun saja2 mencuba.


Sebab kita peminat Cheesekut, jadi kita pon beli satu. Memang sedap jugakla. Jarang Cheesekut tak sedap. 

Alhamdulilah, syukur untuk rezeki yang hadir. 

Macam mana dengan hari korang?
Cuya tengah skrol cari baju raya dari semalam. Dah pilih tema tersendiri. Harap sempat la beli sebelum habis stok.

Till then, adios amigos 👋🏻 


Monday, January 19, 2026

Beli belah


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semalam abang Cuya singgah ke Jasin. Jadi dia Whatsapp Cuya tanya nak ikut dia ke Mydin ke. Jadi Cuya pon mengiyakan. Agaknya dia pon tahu adik dia suka jalan2.

Sementara menunggu abang, kita dah siap makeup. Pastu tertidur keletihan pula menunggu abang tak datang2.

Katanya sebelum Zuhur nak gerak. Last2 lepas Zuhur baru gerak.



Selfie dengan anak buah Cuya, Nailah.
Seronok dia duduk dalam troli.
Teringat Cuya masa kecik2 dulu.



Abang dgn kak ipar beli barang dapur.

Ibu cuma pesan Cuya beli sabun basuh baju dengan pencuci pinggan jer.

Lepastu Cuya adalah beli coklat Appolo.


Pastu abang belanja Cuya roti. Cuya pilih roti pizza ni. Sedap


Petang kelaparan makan masakan kak ipar Cuya. Ada sup daging dgn sambal udang. Sedapp


Ni gambar cendol beli masa kat Kuantan.
Cuya yang request nak cendol. Minum panas2 memang sedap.


Cendol Rm5
Popcorn Rm7

Sedap popcorn dia.

Tulis dekat status " Menyendol di petang hari"

Kawan2 Cuya semua reply, ingatkan tengah menyondol. 😂 


Alhamdulilah atas setiap rezeki Allah beri.
Moga hari2 mendatang akan lebih baik daripada semalam.
Moga saya dimewahkan rezeki berlipat ganda yang tidak putus.

Aamin ya rabb


Till then adios amigos 👋🏻 



Saturday, January 17, 2026

Wedding di Kuantan

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini Cuya pergi wedding dua pupu Cuya di Kuantan Pahang. Abang Cuya yang drive ke sana.

Kami bertolak jam 9 pagi. Tiba di Kuantan masa tenghari.


Gadis ayu berkurung Kedah. Dah macam anak mami tak? Hahahah


Cuya dan ibu dalam kereta.


Abang menyelit di tengah. Oh Cuya ke sana enam orang sekali. Ada 2 abang Cuya yang ikut.


Senyum dulu baru kamu!

Tadi masa otw ke sana, lalu jugak rumah crush Cuya. Sayu hati nanti...

Ibu siap tanya " Kenapa sedih? Sebab nampak rumah dia ke?"
Cuya diam je menahan sedih di hati.

Nampak dekat rumah dia ada kerusi meja ...huhu seolah2 ada majlis yang disambut. Sedih hati ni.. apala daya.

Allah sebaik-baik perancang jalan cerita Cuya. Moga Allah kurniakan jodoh terbaik buat Cuya dunia dan akhirat.



Lauk kahwin. Amik sikit2 je sebab jaga portion.


Pelamin kahwin. Yang berkot tula dua pupu Cuya, si pengantin. Cuya tak pernah borak pon dengan dia sebab tak rapat. Ibu yang rapat dengan ayah dia.


Dapat doorgifts beras. Lepastu ada stesyen jajan so Cuya amiklah jajan banyak2. Hahahaha

Sepupu ibu bagi jugak sambal hitam, taktahu ler sebahagian drpd doorgifts ke apa.

Dalam ni pon ada doorgift beras.


Alhamdulilah, dalam kesayuan ada rezeki yang Allah sediakan buat Cuya. Senyum2 la Cuya, ada hadiah menanti kamu nanti.

Cuya ada conversation dengan ibu, mana nak cari jodoh ek? Kena online ke?

Ibu kata banyak2kan berdoa, tiba masanya akan ada juga. Ramai2 doakan Cuya kahwin pada waktu yang tepat. Cepat2lah kahwin, Cuya dah meningkat usia ni.

Taknak kahwin lambat. Kalau sekarang boleh kahwin, sekarang jugak nak kahwin 😂. Biarlah orang kata menggatal ke apa, sebab kita ada goals tersendiri.

Hellooo saya bukan muda lagi tau? 🤣 
Ingat saya sekolah lagi ke? Hahaha

Doakan Cuya ya semua! Mana tahu ada antara doa kalian dimakbul Allah.

Till then, adios amigos 👋🏻 

Thursday, January 15, 2026

Jajan Seaweed dan Fish Skin Salted Egg

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Jajan Cuya dah sampai! Sekarang ni order jajan pon daripada TikTok, tak main dah jajan kat kedai 😂 

Almaklum la hari2 duk skrol tiktok. Asal lalu lalang jajan, ada ajer ler nak mencubanya.
Moh ler kita unboxing!


Kecik je botolnya. Dua2 perisa salted egg. Tapi yang sedap yang seaweed. Tu pun dah habis makan 😂. Ngaapp sekali terus habis dah.


Rasa crunchy dan manis2 gitu yang seaweed. Sedap!


Ni lak fish skin. Ada masin2 sikit. Bolehlah...
Sedap lagi yang seaweed.



Comel je nota kat parcel! Kreatiff heheh


Sekarang misi nak mencari baju raya pula. Tak jumpa lagi baju rayaaaa
Korang dah beli baju raya??

Till then, adios amigos 👋🏻 


Followers