Pages

Monday, January 6, 2025

Selfie Bersama Ibu Ayah

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sepanjang Cuya blogging ni, tak ingat Cuya kalau ada post gambar ibu dan ayah  Cuya. Cuya memang jarang sekali nak share muka family dalam ni. Mungkin pernah, tapi jarang-jarang bak kata Nujum Pak Belalang. Hehe


Sesekali pos dekat sini ada bagusnya sebagai peringatan di masa akan datang, supaya memori tu tetap ada. Takde lah hilang.



My lovely mom. Orang kata muka Cuya time kecik rupa ibu, dah besar dah tak sama..
Hahaha


Ayah jenis tak photogenic , tak suka tangkap gambar. So ambil dari sisi je
Gambar ayah tak banyak. Orang cakap rupa Cuya ikut ayah.....rasanya ya lahhh

Dulu2 zaman sekolah kawan Cuya panggil ayah Bront Palarae sebab ada la iras sikit.
Cuya kelentong kawan yang ayah ni orang Turki pon orang percaya sebab hidung ayah terpatuk dan bridge hidung dia tinggi.

Dah lama hidup baru Cuya tahu ayah ada keturunan Syed ( Arab)
Tu kalau ayah pergi Mekah, orang cakap Arab dengan ayah, padahal ayah satu apa pon tak faham Arab. Haha

Orang pon cakap Cuya dan adik beradik muka mix Arab. Tapi dah duduk dengan orang Melayu, maka semuanya Melayu la... hahahah


Ibu dengan ayah makan dekat Negeri Sembilan masa otw nak pergi umah Wan ( Nenek) di Sri Menanti.
Ayah Cuya orang Sri Menanti, N9.

Ibu Cuya orang Melaka. Berjiran.. hehe




Ayah kalau tangkap gambar memang serious je. Tapi kalau Cuya melawak, kemain dia gelak.
Orang luar tengok ayah serius je, tapi Cuya dan family je tahu dia macam mana.

Garang tu jarang2, tapi kalau sekali keluar suara... hati-hati. hahahahah


Gambar-gambar ni Cuya simpan jadi kenangan abadi di sini. 

Moga Allah sentiasa merahmati kedua ibu bapa ku dan letakkan mereka di syurga Firdaus kelak.
Terima kasih ya Allah kerana memberi rezeki untuk aku bersama mereka sehingga ke saat ini. Moga aku dapat membalas jasa mereka dan membahagiakan mereka dunia dan akhirat.
Aamin ya Rabb


Hargai ibu bapa korang selagi masih ada :)




12 comments:

  1. Ayah nampak garang semasa memandu hihihi.. semoga ibu ayah sentiasa diberi kesihatan yg elok amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin... Aah rupa ayah memang garang hahaah

      Delete
  2. Wah good idea cuya simpan gambar selfie bersama ibu ayah disini. Saya pun dah lama tak pulang kampung rindu...boleh la nanti nak selfie dengan mereka ☺️👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ni sahaja kenangan yang ada, lebih baik simpan disini hehe

      Delete
  3. bestnya masih ada ibu ayah. simpan banyak2 memory bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur masih diberikan kesempatan

      Delete
  4. moga sihat2 selalu ..mak & abah Cuya & Cuya pun...
    bursyukur sbb dpt spent masa selalu dgn mak & abah kan..alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Ayah nampak segak, ibu pula nampak mcm chinese look lah. Semoga parents kita semua diberikan kesihatan yg baik dan dapat tengok kita berjaya 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, ibu memang rupa chinese. Dari dulu org ingat ibu cina hahaha

      Aamin ya Rabb

      Delete
  6. sapa yg percaya tu org turki?🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memberr hahahah
      Tengok depan2 agak ayah Cuya muka campuran hehe

      Delete